Bab 32

14.3K 451 2
                                    

Setelah selesai kenduri tahlil dan aktiviti bergotong-royong, semua orang masuk ke bilik masing-masing untuk tidur.
Keluarga Kris bermalam di situ atas permintaan Puan Sri Ayuni.

Asyraf yang kepenatan merebahkan diri di katil.
Dia teringat akan gelagat Kris hari ini.
Kris telah berjaya menipu ramai orang. Dia kelihatan tenang sepanjang hari. Setiap kali berhadapan dengan orang, dia akan senyum. Namun, apabila dia jauh dari kelompok manusia, dia akan termenung dan kadang kala menitikkan air mata.

Kris yang baru keluar dari kamar mandi bergerak ke meja solek dan melakukan rutin hariannya sebelum tidur.
Setelah selesai, dia tutup lampu bilik dan bergerak ke katil. Kris berbaring di sebelah Asyraf.

Seperti biasa, Asyraf ingin memeluk Kris.
Namun belum sempat tangannya landing ke badan Kris, Kris terlebih dahulu bersuara.

"bie. Malam ni boleh tak bie peluk bantal peluk je? Sayang tak selesa. Sayang nak tidur. Ngantuk."

Belum sempat Asyraf menjawab Kris sudah baring membelakangi Asyraf.
Bantal peluk diletakkan antara mereka.

Asyraf tidak mengendahkan apa yang diperkatakan Kris. Dia mengambil bantal peluk dan mencampakkannya keluar dari petak katil. Dia memeluk pinggang Kris dari belakang.

"ash.. Aku dah cakap aku nak tidur kan?!"
Suara Kris bergetar.
Asyraf memaksa Kris untuk berpaling menghadapnya.
Kris terpaksa mengikut kerana kudratnya tidak setanding Asyraf.
Asyraf tidak terkejut apabila melihat air mata Kris.
Asyraf mengeratkan pelukannya...
Tangisan Kris semakin menjadi-jadi..
Dia masih terbayang-bayang Damia sedang bermain dengannya. Sepanjang hari ini, di setiap pelusuk rumah dia nampak Damia sedang bermain.

"sayang... Kenapa ni?"
Asyraf bertanya lembut sambil mengusap belakang Kris.

"Ss..sayang nn..nampak Damia.."

"shhh.. Sayang.. Tak baik macam ni sayang... Sayang kena redha."

"tapi Damia tu satu-satunya anak yang sayang ada. Tapi sekarang, sayang dah tak de anak.."
Kris merintih pada dada Asyraf.

"sayang.. Janganlah macam ni.. Tak baik tau. Sayang dah janji nak jadi mama yang kuat kan? Mana janji sayang tu? Sayang nak jadi manusia yang munkir janji ke?"
Asyraf mengangkat wajah Kris agar memandangnya.

"hurmm???"

Kris hanya menggeleng dengan pertanyaan Asyraf.
Kris menyembamkan wajahnya pada dada Asyraf.
Asyraf sabar memujuk Kris.
Setelah Kris tidur, Asyraf membacakan doa tidur untuk Kris dan dirinya.

Meet me in your dreams sayang. I love you.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now