Bab 23

16.2K 456 0
                                    

Setelah dua minggu bercuti, Asyraf dan Kris kembali bekerja. Pada waktu pagi, Damia akan dihantar ke sekolah..manakala Pada waktu petang pula, Damia akan berada di rumah Puan Sri Ayuni dan Datin Zulaikha secara bergilir sementara menunggu mama dan papanya balik kerja.

"nenek.. jom bagi ikan tu makan.."

Damia mengajak Puan Sri Ayuni ke kolam ikan di halaman rumah. Hari ini Damia tidak bersekolah kerana sekolahnya cuti peristiwa.

"ye sayang. Jom."

Mereka berpimpinan ke kolam ikan.

"nenek... Mama dengan papa dengan adik-adik Mia mesti tengah bahagia dekat syurga kan??"
Damia berkata sambil melempar makanan ikan.
Puan Sri Ayuni tersentak apabila Damia berkata begitu.
Sayu hatinya melihat Damia..
Lantas, puan Sri Ayuni memeluk Damia.

"ye sayang.. In Sha Allah, diorang bahagia di syurga. Kita doakan je ek?"

"hurmm.....agak-agak kan.... Mesti sekarang diorang tengah tunggu Mia kat sana kan nenek? Tapi bilalah Mia boleh jumpa diorang."

"Mia...jangan cakap macam tu sayang.. In Sha Allah... Kalau Mia nak masuk syurga, Mia mesti jadi budak baik. Mesti selalu doakan keluarga Mia.. Baru boleh masuk syurga. Dah jom masuk, nenek nak ajar Mia buat kraftangan... Nak tak?"

Puan Sri Ayuni cuba menarik minat cucu angkatnya. Dia tidak mahu Damia dihantui bayang-bayang lampaunya lagi. Dia tak nak Damia bersedih. Biarlah Damia bahagia dengan mereka.

"nak!"
Damia segera mengikut neneknya ke atas.

*******

"okay..now, kita masukkan filling dia dalam casing ni.."
Damia hanya mengikut apa yang puan Sri Ayuni buat.
Mereka memasukkan filling ke dalam casing yang mereka jahit separuh tadi.. Puan Sri Ayuni mengajar Damia cara membuat keychain berbentuk haiwan..
Damia membuat dua bentuk iaitu kucing dan harimau..

"nenek..nanti kan.. Mia nak hadiahkan ni dekat mama dengan papa!"
Damia berkata sambil menunjukkan hasil kerjanya kepada Puan Sri Ayuni.
Puan Sri Ayuni tersenyum memandang Damia.. Dia bangga dengan Damia. Masih boleh tersenyum dengan ceria walaupun banyak masalah..

Sedang mereka berborak di bilik atas, kedengaran suara memberi salam.
"Assalammualaikum!"

"waalaikummussalam!"
Puan Sri Ayuni dan Damia menjawab serentak. Mereka turun ke bawah untuk melihat gerangan yang datang.

"mama!"
Damia segera menerpa ke arah Kris dan menyalam serta mencium pipi Kris.
Kris membalas pelukan Damia dan mencium dahi Damia lalu Kris bangun untuk bersalam dengan ibu mertuanya.

"hai Kris. Awalnya balik hari ni?"
Puan sri Ayuni mengerling ke arah jam yang menunjukkan pukul satu tengah hari.

"hurmm.. Kris rindu lah dekat Mia. Lagipun ma, Kris dah fikir masak-masak dah. Mulai esok, Kris akan buat semua kek dekat rumah. Pastu nanti baru hantar dekat cafe. Kris nak luangkan masa dengan Damia. Lagipun, si Afiqah dengan Aina ada jaga Cafe tu. Gym dengan butik pulak kakak2 ipar Kris uruskan.. Kris just jadi pemegang syer pasif je.. Oh ye! Tadi Athirah dah selamat lahirkan baby dia.. Comel.. Baby boy.."

"oh! Alhamdulillah.. Nanti kita ramai-ramai pergi lawat dia ye..hmm.. Bagus lah tu Kris. Tak delah si Damia ni sunyi sangat dekat rumah."

"mama... Nenek.. Mia lapar lah.."
Damia merengek sambil mengayunkan tangan Kris.

"alolo...ciannye anak mama.. Lapar ye.. Meh.. Jom makan.."
Kris memimpin tangan Damia ke meja makan.

"eh?! Ya Allah! Kris.. Mama lupa lah nak masak!! Ralit sangat melayan si Damia ni... Adoyai.. Sorry sesangat Kris..."
Puan Sri Ayuni berasa bersalah kerana lupa untuk masak makanan tengah hari..

"oh...alah ma..takpe...bukan selalu.. Hurmm Mia.. Nak tolong mama masak tak?"
Kris mengajak Damia untuk membantunya di dapur.

"Nak!!! Yay!!"
Damia bersorak keriangan apabila diajak menolong di dapur. Damia memang selalu membantu Kris di dapur.

"jom Kris. Mama tolong sekali."

Mereka menapak ke dapur untuk memasak. Rumah Puan Sri Ayuni tiada pembantu kerana dia ingin menguruskan hal ehwal rumah tangganya sendiri.

Kris dan Puan Sri Ayuni memasak makanan yang simple untuk juadah tengah hari.
Damia menolong apa yang patut seperti membasuh pinggan mangkuk dan mencuci sayuran.

*****

Setelah jam menunjukkan jam 4.30 petang, Kris meminta diri untuk balik ke rumahnya dan Asyraf untuk memasakkan makanan buat Asyraf.
Tadi dia sudah menghubungi Asyraf mengatakan yang dia akan masakkan makan malam di rumah mereka.

"mama..kiteorang balik dulu ye."
Kris menyalam dan memeluk ibu mertuanya.
Damia juga turut berbuat perkara yang sama.

"humm.. Kris..bawak kereta tu elok-elok tau."
Sempat Puan Sri Ayuni berpesan pada menantunya.

"ye lah ma... Mama pon hati-hati ye."

"ye.dah nanti jammed pulak jalan tu."

"ye lah ma. Gerak dulu. Assalammualaikum."

"waalaikummussalam."

"bye nenek..... Nanti Mia datang lagi kita buat kraftangan lagi tau."
Damia berkata ceria.

"haha. Yelah. Nanti nenek ajar macam-macam dekat Mia..tapi Mia kenalah selalu datang sini tau."

"okay janji! Assalammualaikum!"

"waalaikummusaalam."

Damia menerobos ke dalam kereta Honda Accord putih milik Kris dan keluar dari kawasan perumahan elit itu.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now