Bab 30

15.7K 452 2
                                    

Kris merenung batu nisan milik Damia. Sungguh dia tak sangka yang Damia pergi meninggalkannya dengan begitu cepat. Terasa baru semalam dia berkenalan dengan Damia.

Damia.. Nanti mesti mama rindu nak buat kek dengan Mia. Nanti sapa nak join mama kenakan papa? Sapa nak tolong mama basuh pinggan? Nanti mama nak bercerita dekat sapa? Mia.. Walau dimana pun Mia berada, tolong jangan lupakan mama ye sayang. Mama akan selalu doakan kesejahteraan Mia dan keluarga Mia di sana.

"sayang.. Dah..jom.. Dah lama sangat sayang kat sini.. Jom kita balik?"
Asyraf memujuk Kris untuk balik.
Kris bangun dan berjalan beriringan dengan Asyraf ke kereta.

Sebelum naik kereta, Kris berpaling ke arah kubur Damia yang ditaburi bunga..

******

Sepanjang di dalam kereta, Kris hanya diam merenung jalan.

*flashback

"Mia ingat tau apa yang mama suruh tadi?"

"okay mama!"
Damia berkata sambil mengangkat ibu jarinya.
Damia melangkah ke bilik Asyraf sambil memegang krim pencukur Asyraf.
Damia merangkak ke arah Asyraf yang sedang tidur di atas katil. Damia duduk di sisi Asyraf.

"papa demam eh?? Meh Mia sapukan ubat biar panas dekat muka hilang."

Damia menyapu keseluruhan muka Asyraf dengan krim pencukur.

"hahaha.. Mia.. Papa geli lah.. Sejuknya.. Apa ni?"
Asyraf membuka matanya dan terkejut apabila mendapati Damia memegang botol krim pencukurnya.

"oh..papa dah bangun.. Morning papa!! Mama cakap muka papa panas.. Papa demam.. So mama suruh Mia sapu ubat dekat muka papa ni.."
Damia menunjukkan botol itu sambil membuat muka innocentnya.
Kris yang berada di sebelah dah pecah gelak melihat reaksi Asyraf.
Kris ketawa sehingga teduduk di atas sofa melihat muka Asyraf yang penuh dengan krim pencukur yang berwarna putih itu..

"Mia.. Ni bukan ubat lah sayang."

"eh? Tadi mama cakap ni ubat.. Mama cakap lagi banyak Mia letak, lagi cepat papa sembuh."

Alahai...comelnya Damia ni.. Nak marah pon tak jadi... Makin sejuk pulak hati tengok muka innocent dia ni...

Asyraf mengecilkan matanya memandang Kris..

"Mia tolong papa boleh?"
Asyraf berbisik pada Damia.

"tolong apa?"

"Mia tolong kuncikan pintu.. Lepas tu, Mia duduk dekat pintu tu sambil tutup mata.. Can you do that?"

"oh..okay papa!"

Damia terus menutup pintu bilik dan duduk di bawah pintu.

Kris tidak sedar akan hal itu kerana asyik ketawa.

"sayang....."
Asyraf memanggil Kris.

"hahahaha!!!! Ye?..."

Kris membuka mata bila Asyraf memanggilnya.
Terus mati ketawa Kris bila Asyraf betul-betul dihadapannya.

"errr...sorry?"

"heh! Sorry naik lori!"
Asyraf menyapu mukanya dan menyapunya kepada muka Kris.
Kris menjerit apabila mukanya dipenuhi dengan krim pencukur itu...
Keadaan mereka berubah..
Kini Asyraf yang ketawa terbahak-bahak.
Asyraf memandang Damia dan menyuruh Damia ke arahnya.
Setelah Damia betul-betul di hadapannya, Asyraf berterima kasih pada Damia.

"thanks sayang sebab risaukan papa.. Nak hadiah tak?"

"nak!"

"pejam mata."

"okay!"

Asyraf menggomolkan mukanya yang masih ada krim itu pada muka Damia.

"hahaha! Papa! Geli!!"

"hahaha! Sapa suruh kenakan papa. Hari ni kita satu family bercukur ek?! Barulah adil hahaha!!"

Ketiga-tiga mereka ketawa dengan bahagia dengan gelagat masing-masing.

End of flashback.

***

"sayang? Sayang dengar tak apa yang bie cakap ni?"
Asyraf menguatkan sedikit suaranya apabila Kris seperti tidak mempedulikannya.

"hah? Apa? Sorry.. Tak dengar."

"sayang fikir apa?? Sayang fikirkan Damia?"
Kris hanya menganggukkan kepalanya. Tubir matanya mula bergenang apabila mengimbas kembali peristiwa minggu lepas. Tak sangka baru minggu lepas diorang bergelak ketawa bersama-sama. Namun hari ini.. Damia sudah tiada menemaninya.

Asyraf memberhentikan keretanya di tepi jalan.

"sayang... Sayang kena kuat. Damia kan cakap yang mama dia ni kuat? Buktikan apa yang Mia cakap tu betul. Okay?"

"okay."

Asyraf membuka tali pinggang keledar dan memeluk Kris..

"shhh... Dah.. Tak mo nangis.. Tak comel dah isteri bie ni.."
Asyraf cuba berjenaka.

"eh..sayang tahu sayang sentiasa comel.. Hehehe"
Damia tersenyum.

"haaa.. Baru lah comel macam ni.. Tadi muka macam jamban tak siap pon ada.. Hahaha..."

"eii... Jahatnya.."
Kris memuncungkan mulutnya..

"haa...buat lah mulut macam tu.. Bie cium kang.."

Asyraf mendekatkan wajahnya..

"eii!! Tak senonoh!"
Kris berpaling sambil menutup mulutnya dengan tapak tangan.

"hahaha!! Tak senonoh pon dengan isteri sendiri.."
Asyraf memakai tali pinggang keledar semula dan meneruskan pemanduannya yang tergendala tadi.

Kris merenung Asyraf dengan pandangan yang tajam.

"tahulah bie ni handsome.. Tak yah lah tenung macam tu.. Pandanganmu menikam ke jiwa. Hahaha!!"

"eish mamat ni... Tak habis-habis dengan perangai masuk bakul angkat sendiri dia ni..."

Kris membebel sendirian.

"sayang kalau mengumpat tak boleh kuat lagi ke?"

"siapa mengumpat siapa?"

"sayang lah mengumpat bie."

"eh hallo Encik Amar Asyraf. Kalau mengumpat, orang tak cakap depan-depan macam nilah."

"lah.. Ye ke? Habis yang sayang dok kutuk bie tadi tu apa?"

"itu namanya melontarkan pendapat. Hahaha!"

"ceh... Pirah.. Ermm.. Apa pendapat sayang pasal cadangan bie tadi?"

"hah? Cadangan apa?"

"hah! Tulah.. Orang dok bercakap termenung lah lagi.. Kan dah tak dengar.."

"adeh.. Dari bie dok membebel, baik bie bagitahu apa bendanya tu?"

"heish.. Bie nak tanya pendapat sayang.. Why not kita pergi honeymoon? Dah sebulan kita kahwin.. Mesti parents kita pelik kalau kita tak pergi honeymoon. So amacam?"

"hurmm... Bila?"

"next month."

"kat mana?"

"haa! Ni nak tanya sayang. Sayang nak luar negara ke dalam negara?"

"dalam negara je lah."

"sure?"

"yep!"

"any suggestion?"

"how about puau Langkawi? Sayang tak pernah pergi sana."

"hurmm..okay then."

Kereta Asyraf memasuki halaman rumah Puan Sri Ayuni.
Mereka sekeluarga telah bersetuju untuk mengadakan kenduri tahlil di rumah Puan Sri Ayuni.
Terdapat beberapa kereta di halaman rumah. Tiga antaranya ialah kereta bonda dan abah Kris lagi dua kereta abang-abangnya.
Mereka tiba awal untuk membantu apa yang patut.

Kau Tertulis UntukkuDove le storie prendono vita. Scoprilo ora