Bab 71

17.5K 415 3
                                    

Sudah empat hari berlalu, kaki Kris sudah semakin kuat. Dia sudah boleh melangkah. Asyraf selalu mengurut kakinya. Asyraf sentiasa membantunya untuk berjalan. Kris nampak kesungguhan Asyraf. Namun dia takut. Dia terlalu takut untuk percaya. Kris sudah menutup pintu hatinya. Dia tidak mahu sakit lagi. Dia berazam untuk cepat sembuh agar dapat kembali ke biliknya.

Kris berusaha keras untuk kembali pulih. Dengan bantuan Asyraf, Kris berjaya pulih sepenuhnya dalam masa dua minggu.

******

"sayang... Makan jom.."
Asyraf menghidangkan makanan di meja makan.

Kris yang sedang menonton televisyen duduk di kerusi tanpa sebarang bicara.
Memang sejak dia pulang ke rumah, semua benda jadi terbalik. Asyraf yang membuat semua kerja rumah. Manakala dia hanya duduk goyang kaki.

Kris hanya makan sedikit. Dia kemudian berlalu ke sinki dan membasuh pinggannya.
Dia minum air dan berlalu ke biliknya.

Sikitnya dia makan? Hhmmpp..

*******

Semenjak Kris sembuh, mereka berdua seolah-olah orang asing. Mereka jarang bercakap. Walaupun Asyraf selalu cuba untuk menceriakan keadaan, pasti ianya akan disambut sepi oleh Kris.
Asyraf betul-betul kehilangan Kris.


Dua bulan telah berlalu. Dua bulan jugalah Asyraf sentiasa makan hati. Hati Kris sangat keras.. Dia langsung tidak menerima Asyraf.. Dia akan menjauhkan dirinya dari Asyraf. Dia akan sentiasa mengelakkan diri dari bertembung dengan Asyraf. Kalau Asyraf di luar, dia akan berkurung di dalam bilik. Selepas Asyraf masuk bilik, baru dia akan keluar makan..

Susah sangat ke kau nak maafkan aku Kris? Dah tak de ke ruang dalam hati kau untuk aku?? Apa yang patut aku buat untuk dapatkan kau semula? Kenapa kau nak jauhkan diri kau dari aku?? Jijik sangat ke kau tengok aku?

Setiap hari Asyraf akan merintih di dalam hati. Setiap malam dia akan menangis memikirkan Kris..

Ya Allah.. Kau berikanlah aku kekuatan.. Kau berikanlah kami jalan penyelesaian.. Sungguh, hamba tak sanggup kehilangan dia.. Kau lembutkanlah hati dia..

*******

Aku rindu kau Ash.. Tapi.. Aku takut.. Aku tak nak kau sakitkan hati aku lagi.. Aku dah serik.. Kenapa kau sanggup musnahkan kepercayaan aku? Kenapa kau sanggup lukakan hati aku? Kenapa??

Kris menangis sambil memeluk patung gergasinya. Setiap kali dia bersedih, patung itu akan dipeluknya. Sekurangnya patung itu tidak akan menyakitinya.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now