Bab 67

15.6K 376 6
                                    

"sayang.. Jangan lari.. Nanti jatuh.. Perut sayang tu dah lah berat.."

Asyraf risau melihat Kris yang sedang berlari dengan perut boyotnya..
Kris langsung tidak mengendahkan panggilan suaminya.. Dia terlalu asyik mengejar rama-rama yang berterbangan. Perangainya sekarang dah serupa budak berumur 4 tahun..

Tiba-tiba Kris tersadung batu lalu terjatuh.. Darah keluar mencurah-curah dari celah kangkang Kris.

"sayaannggg!!!!"

Aayraf terbangun dari tidurnya. Satu badannya berpeluh. Dia melihat jam di dinding bilik.

Ya Allah! Dah nak pukul 8 dah.. Aku tak solat maghrib lagi!

Asyraf segera bangkit dan menuju ke bilik air.

Asyraf menunaikan solat Maghrib di biliknya. Asyraf berzikir dan membaca Al-Quran sementara menunggu waktu Isyak.

Setelah solat Isyak, Asyraf kembali turun ke bilik Kris. Dia membersihkan segala habuk dan menyapu lantai. Dia juga turut mengemop lantai..

Asyraf mengambil keputusan untuk tidak tidur di rumahnya. Hatinya tidak tenang memikirkan Kris. Lebih baik dia tidur di hospital. Walaupun tak selesa, namun hatinya lebih tenang di sana.

Dia bersiap-siap dan turun ke bawah. Semasa menuruni tangga terakhir dia baru teringat akan sesuatu.

Dia melangkah ke bilik Kris. Dia melihat telefon pintar Kris ada di situ. Patutlah dia tidak melihat telefon itu di mana-mana.

Ni mesti minah ni lupa bawa telefon..

Asyraf tersenyum memandang telefon itu. Dia mengambil telefon dan charger di atas meja.

****

"assalammualaikum abang long."

Asyraf masuk ke dalam bilik Kris. Keadaan Kris makin pulih. Tangannya yang patah telah sembuh. Luka-luka di badannya sudah semakin surut. Pembalut di kepalanya juga telah dibuka. Wayar di badannya juga sudah semakin berkurangan..

Asyraf bersalaman dengan Abang sulung Kris yang sedang menjaganya.

"waalaikummusaalam.. Eh? Bukan Ash berehat dekat rumah ke?"

Terkejut dia melihat Asyraf di situ. Setahunya, dia dimaklumkan yang mereka sekeluarga akan menjaga Kris untuk tempoh seminggu.

"Ash tak tenang lah duduk dekat rumah.. Ash asyik fikirkan Kris je.. Bang.. Ash nak mintak maaf banyak-banyak.. Ash dah gagal jalankan tanggungjawab Ash.. Ash dah gagal bang.."

Asyraf memeluk abang sulung Kris. Badannya terhinjut-hinjut kerana menahan tangis.
Najmie memeluk dan mengusap belakang Asyraf. Walaupun dia kecewa dengan perbuatan Asyraf, namun dah namanya manusia.. Pasti ada membuat salah. Dia dan ibu bapanya sudah memaafkan Asyraf. Cuma adiknya, Kamarul yang sedikit keras hati. Kamarul terlalu sayangkan adiknya. Najmie hanya mampu memujuk dan menasihati adiknya agar terus bersabar dan redha dengan apa yang terjadi..

"tak pe lah bang.. Biar saya je yang jaga Kris.. Abang balik lah dulu.. Rehat.."

"haish dia ni.. Orang suruh dia berehat dia suruh kita pulak berehat.... Hmmmpp kalau dah itu kemahuan Ash, tak pe lah.. Abang balik dulu ye.. Assalammualaikum.."

"okay.. Waalaikummussalam.."

Asyraf memerhatikan belakang Najmie sehingga pintu bilik wad ditutup.

Asyraf mencium dahi Kris dan duduk di sisi katil Kris.
Dia mengambil tangan Kris dan membawanya ke wajahnya.

"sayang.. Bie dah kemas dah.. Mesti handsome kan?? Haaa... Kalau nak tahu bangunlah... Sayang... Tadikan, bie dah kemaskan rumah... Rumah kita tak bersepah.. Pandai sayang kemas rumah.. Ermm sayang.. Bila sayang nak bangun?? Bila sayang nak jawab semua soalan bie?? Huarrgghh! Ngantuk.. Penat.. Hmmm.. Tidur dulu lah ye sayang.. Good night.."

Asyraf mencium lagi dahi dan tangan Kris...
Dia membaca doa tidur untuk mereka berdua.
Asyraf tidur sambil memeluk tangan Kris..

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now