Bab 38

14.2K 412 3
                                    

Pada keesokan harinya, Kris dan Asyraf mengisi waktu mereka dengan pelbagai aktiviti. Selepas solat asar, Asyraf menunaikan niat Kris yang ingin mencuba skuba diving. Mereka berdua menyelam bersama. Asyraf terasa bahagia apabila dirinya dapat memberikan senyuman di wajah Kris.

"thanks bie!!! I'm so happy!! Thanks!!"
Kris mencium pipi Asyraf semasa mereka berada di dalam bot menuju ke pantai.

Asyraf terpana dengan tindakan Kris.

"bie..."
Tiba-tiba Kris merengek.

"hurmm??"

"ngantuk..."
Kris menggosok matanya sambil menguap.

"alolo ciannya... Dah puas main?"

Kris hanya mengangguk.

Alahai... Comelnya minah ni..

"meh sini."

Kris melentokkan kepalanya pada bahu Asyraf.

******

Setelah mereka sampai ke bilik, kris segera berbaring di katil. Tak sampai lima minit matanya dah tertutup.
Asyraf geleng kepala melihat gelagat Kris.

Eh minah ni... Tak menyempat. Tudung pun tak bukak! Eish!! Bini sapalah ni..

Asyraf bergerak ke katil dan membuka tudung Kris.

Selepas menyimpan tudung Kris, Asyraf baring di sebelah Kris.

Asyraf merenung wajah Kris.

Seketika kemudian, Asyraf bangun dan menulis nota kepada Kris.
Asyraf mengambil telefon bimbit dan wallet sebelum keluar dari bilik.

*******

Kris bangun apabila telefon bimbitnya berbunyi.

"hello assalammualaikum.."
Suara Kris agak serak.

"err waalaikummussalam. Sorry.. Mengganggu ke?"

"eh tak de lah.. Siapa ni?"

"ni aku lah.. Aliesha."

"hah?! Woi!! Bila balik Malaysia?!"
Kris berkata teruja.

"haha.. Baru balik.. Ni dekat KLIA.. Kejap lagi nak balik Kl. Tapi makanlah dulu.. By the way, kau kat mana? Jumpa jom!!"

"err...weyh sorry.. Aku kat Langkawi lah der. Tengah honeymoon."

"lah.. Habis aku tak kacau daun ke?"

"tak.. Aku kat bilik.. Husband aku entah ke mana.. Ambil angin kat bawah kot."

"oh.. Okay lah.. Weh.. Jangan bagi tahu diorang tau aku balik.. Aku nak suprisekan diorang.."

"oh... Boleh boleh.."

"sayang..jom.."

"weh.. Aku kena gerak ah.. Laki aku dah tunggu tu.. Chaw.. Nanti balik Kl jumpa aku tau... Assalammualaikum.."

"of coz lah jumpa.. Okay.. Waalaikummussalam."

Kris mematikan talian.

Arh! Rindunya dekat minah hot ni.. Hahaha.. Agak comel lagi tak..
Hurmmm... Tapi.. Laki aku ni pergi mana ekk?

Kris berjalan menuju ke bilik air. Namun, matanya cekap  menangkap nota yang berada di atas meja.

sayang.. Bie keluar kejap.. Ambik angin.. Sayang jangan pergi mana-mana tau.. Tunggu bie je dalam bilik tu.. Sebelum maghrib bie balik.. Hehehe..bubay ^_^

Ish mamat ni.. Keluar tak ajak. Hurmm.. Dah nak pukul 7 ni.. Tak balik lagi pon... Heh! mamat ni... Sepuluh dia cakap.. Lima belas aku tak percaya.. Hahaha..

Kris mencapai tuala dan bergerak ke bilik mandi.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now