Bab 54

12.7K 349 1
                                    

"aaarrrggghhhhh!!!!!"

Asyraf menjerit di dalam kereta. Keretanya diberhentikan di tepi jalan kerana keadaan emosinya yang tidak stabil.
Asyraf menangis semahu-mahunya di dalam kereta.
Hatinya seperti dihancur lumat tatkala menjadi penyebab kepada kesedihan Kris. Hatinya tidak sanggup melihat Kris bersedih. Namun, dek kerana ego yang menguasai dirinya, dia seolah tidak dapat berfikiran secara rasional pabila berhadapan dengan Kris.. Bahkan, dia tegar menyakiti hati Kris.

"Kris!!! Kenapa kau sanggup buat aku macam tu?! Aku sayangkan kau! Aku cintakan kau! Tapi kenapa kau buat aku macam ni?!! Kau khianati aku! Kau curang dengan aku!! Tak puas ke kau?! Tak cukup baik ke aku?!! Aaarrggghhh!!!!"

Tapi Ash, dia tak bersalah!

"huh! Terang-terang dia kena tangkap khalwat dengan jantan lain! Tak salah apa tu?!!"

Kau tak dengar lagi penjelasan dia.

"heh! Aku cuba fikir yang kau diperangkap Kris.. Tapi bila fikir pasal gambar tu, aku tak rasa kau difitnah Kris.. Gambar-gambar tu semua cukup membuktikan yang kau salah! Kau curang di belakang aku! Kris, selama ni aku percayakan kau! Aku respect kau! Tapi kau hancurkan semua perasaan tu! Aku akan pastikan kau menyesal Kris!!"

Asyraf berkata sambil air matanya tidak berhenti mengalir.

Setelah lama menangis, Asyraf kembali memandu. Walaupun kepalanya mula berdenyut kerana terlalu banyak menangis.
Asyraf dapat merasa yang badannya mula panas. Dia tahu yang dia akan demam.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now