Bab 55

13.3K 360 0
                                    

Kris menyediakan makan malam untuk Asyraf.

Hurmm... Harap Ash suka.. Aku masak makanan fovourite dia hari ni.. Huhu... Excitednyaa!!

Kris menjadi teruja apabila melihat makanan yang disediakan.. Kris sangat berpuas hati dengan masakannya. Dia memastikan hidangannya nampak menarik dan rasa yang memikat. Kris berharap hati Asyraf akan sedikit cair dengan masakannya.
Kris duduk di meja makan dan merenung makanan di atas meja.

Hurmm... Nak tambat hati, kena tambat perut dia dulu.... Hurmmm... Ash.. Aku harap kau suka.. Penat aku masak ni tau.. Penuh kasih sayang nii... Asyraf.. Kenapalah kau curi hati aku? Aku benci kau.. Tapi.. Setiap kali, aku rindu kau.. Aku rindu setiap detik indah kita.. 7 tahun weh.. Sekarang ni, aku bukan je hilang suami.. Tapi aku hilang bestfriend aku.. Aku hilang musuh aku.. Wehh.. Aku rindu kau.. Aku nak kau peluk aku.. Macam dulu.. Haishh.. Kau tahu tak.. Aku ni dah macam orang gila dah wehh.. Peluk teddy bear.. Tapi bayangkan kau.. Hurmm.. Selamat kau kasi aku teddy bear hari tu.. Boleh lah jugak lepaskan rindu..

*flashback*

"sayang..."

Kris yang sedang memilih cenderamata untuk ahli keluarga menoleh apabila dipanggil.

"ye??? Aww! Comelnyaa!!"

Kris memeluk patung beruang bewarna biru yang bersaiz lebih besar dari dirinya.

"surprise!!"

Asyraf muncul dari belakang teddy bear biru gergasi itu.

"bie.. Apa ni??"

"surprise.. Bie tahu yang sayang suka teddy bear kan?? And your fovourite colour is blue.. So this is yours.."

Asyraf mendepakan tangannya kepada Kris..

"tapi.. Ni mahal sangat lah bie.."

"sayang suka?"

"suka.. Tapi mahal lah bie.. Membazir je.."

"sayang jangan risau lah.. Bie dah kaw tim dengan tauke kedai.. Dia kasi diskaun lah.."

"series? Berapa percent?"

"adalah....mana boleh bagi tahu. Ni rahsia lelaki.."

Asyraf mengangkat kening dan tersenyum bangga pada Kris.

Kris mengembungkan pipi dan membuat muka menyampah.. Kris lantas memeluk teddy bear itu.. Teddy bear yang lebih gemuk dan tinggi dari Kris membuatkan Kris lenguh memegangnya lama-lama. Lantas dia menyerahkannya pada Asyraf.

"thanks bie.."
Kris memeluk Asyraf dan dibalas oleh Asyraf.

"okay.. Dah.. Malu lah.. Hehehe.."
Kris meleraikan pelukannya setelah perasan yang ramai mata memandangnya.

"eleh.. Malu tapi mahu.."
Asyraf giat mengusiknya.

"heishh.. Dah lah..malu lah. Dah.. Bie tolong ambilkan gambar Kris dengan Mr.Bear ni..."

Kris mnghulurkan telefon pintarnya kepada Asyraf.

"hurmm yelah.. But before that.. Promise me first.."

"what?"

"janji yang sayang takkan tukar tempat bie dengan Mr.Bear."

"hah? Apa?? Tak paham.. Blur kejap.."

"no.. Well.. Since Mr.Bear ni sama tinggi dengan Bie and sama comel macam bie.. Janji hanya bie je sayang peluk waktu tidur.. Mr.Bear duduk luar.. Boleh? Faham?"

"faham.. Tapi bie.. Bie? Cute? Eww please lah.."

"eleh...blah lah.. Kalau tak comel tak da nye sayang peluk bie tiap-tiap malam."

Asyraf tersengih memandang Kris.. Muka Kris memerah memandang Asyraf.
Asyraf merenung Kris dengan pandangan yang menggoda. Jantung Kris sudah berdegup laju melihat pandangan Asyraf. Kris mengalihkan pandangannya. Dia kembali memilih cenderamata walaupun mukanya sudah memerah.

Dah.. Badan bie hot sangat.. Tu yang best peluk tu..huhuhu..

Kris hanya bermonolog dalam hati.

*end of flashback*

"hurmmm... Bestnya dulu.. Bie selalu manjakan sayang.. I miss that moment bie..."
Kris tersenyum apabila memikirkan kenangan indah mereka bersama.

Asyraf yang hanya memerhati Kris dari tadi mula bersuara apabila kelibatnya tidak disedari oleh Kris yang sedang berangan.

"aku dah buat kesilapan besar dengan kahwin dengan kau! Aku sepatutnya biar je kau kahwin dengan si Nordin tu! Aku menyesal kahwin dengan kau!"

Kris tersentak apabila terdengar suara Asyraf yang kuat.

"bie? Bila bie balik?"

"eh pompuan.. Geli lah bila kau panggil aku bie. Kau tu tak layak nak panggil aku macam tu!"

"ermm.. Ash.. Saya dah masak.. Makanan favourite awak.. Jom makan.."

"eh! Kau ni memang tak paham bahasa kan?! Mulai hari ni, aku tak nak makan masakan kau lagi! Mungkin sebelum ni kau selalu bagi aku makan benda kotor.. Sebab tu lah aku tak nampak perangai setan kau ni! Dah! Lepas ni, kau makan lah sorang-sorang makanan kotor tu!!"

Asyraf berlalu dan meninggalkan Kris yang sedang mengalirkan air mata..
Kris terlalu sedih untuk membidas kata-kata Asyraf.
Setiap kali Asyraf buka mulut, pasti ada sahaja perkara yang menyakitkan hatinya..
Seleranya pada malam itu, patah. Namun dijamahnya sedikit makanan kerana memikirkan kandungannya.

"maafkan mama sayang.. Mama tak de selera nak makan.."

Kris mengusap perut kempisnya sudah mula membuncit.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now