Bab 62

15.7K 381 3
                                    

Semasa mereka semua kembali ke ruang menunggu, kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di sebelah Afiqah yang sedang berpelukan dengan seseorang.

Apabila Asyraf menghampiri Afiqah, terkejut beruk dirinya apabila melihat lelaki yang pernah bercium dan berpelukan dengan Kris.
Asyraf ingin mara ke hadapan dan menumbuk wajah jejaka itu. Namun langkahnya terhenti apabila melihat jejaka keding itu memeluk seorang lagi jejaka yang agak berotot dan tinggi.

Athirah yang melihat reaksi Asyraf faham apa yang sedang bermain di minda sahabatnya.
Dia bergerak ke arah 'jejaka' keding itu dan memeluknya.

Sekali lagi Asyraf terkejut. Dia memandang Athirah dan Farhan silih berganti.
Dia tertanya-tanya.
Tidak marahkan Farhan apabila isterinya dipeluk lelaki lain?

Athirah memusingkan badan 'jejaka' itu menghadap Asyraf. Dia membuka hood yang sentiasa dipakai oleh 'jejaka' itu.

Saluran nafas Asyraf bagai tersekat apabila wajah 'jejaka' itu terserlah.

Asyraf sekali lagi terduduk di lantai.
Farhan mendapatkan Asyraf. Dia duduk di sebelah Asyraf.

"bro.. Kau okay ke tak ni?"

"weh.. Aku ni terlalu bodoh sebab percayakan gambar.. Aku terlalu bodoh sebab tak tanya dia dulu. Aku tak sangka weh.. Aku tak sangka yang.... Mamat yang Kris peluk tu sebenarnya perempuan... Asyihikin.. "
Asyraf meraup wajahnya.

Apa aku dah buat ni?! Kenapa aku tak tanya Kris dulu?! Kenapa?!!

"Ash..."
Asyihikin memandang suaminya, Aiman.
Aiman mengangguk dan melepaskan genggaman tangan Isterinya.

Asyihikin berjalan menuju ke arah Asyraf.
Dia melutut di hadapan Asyraf yang sedang duduk memeluk lutut.

"Ash.. Aku.. Aku mint maaf.. Sebab aku.. K..kkk.. Kau dengan Kris..."

"ni bukan salah kau syikin.. Aku yang salah.. Aku tak tanya dulu Kris pasal benda ni.. Aku tak bagi peluang dekat dia bercakap. Bukan salah kau... Salah aku..."

Asyraf kembali menangis. Seumur hidupnya, Asyraf tidak pernah menangis seteruk ini..

Asyihikin turut menangis di depan Asyraf.
Aiman datang dan memeluk Asyihikin. Setelah dia dan isterinya mengetahui apa yang terjadi, Asyihikin tak habis-habis menyalahkan dirinya.

"Ash.. Maafkanlah isteri aku.. Dia tak bermaksud nak.."

"bro.. Syikin langsung tak bersalah. Aku yang terlalu ikutkan perasaan.. Aku yang sepatutnya minta maaf sebab tuduh syikin dan Kris melulu.."

Asyraf tertunduk. Selama ni dia khilaf..

"Ash... Kami balik dulu lah ye.. Budak-budak ni semua dah penat ni.. Nanti kejap lagi kami datang balik ye."

Lembut suara kakak ipar Kris yang sulung berkata.
Asyraf hanya mengangguk. Dia memeluk Izzanie erat. Izzanie, anak sulung kakak iparnya, mengingatkannya pada arwah Damia. Dia sangat merindui Damia.

Setelah agak lama dia memeluk Izzanie, dia melepaskan pelukannya.

Izni dan keluarganya pulang ke rumah untuk menghantar anak-anaknya kepada ibunya.

Keluarga mereka yang lain menunggu Kris dengan sabar.
Abang kedua Kris, Kamarul, sangat kecewa dengan Asyraf. Asyraf telah menyakiti adik kesayangannya. Kamarul lebih rapat dengan Kris. Semua rahsia Kris berada dalam tangannya. Tadi dia pernah terfikir untuk menumbuk sahaja Asyraf.. Namun Asyraf bernasib baik kerana abang Kamarul, Najmie ada menghalang dan menasihatinya.

Sewaktu semua ahli keluarganya dan Asyraf ke kantin untuk makan, Kamarul berjalan ke arah Asyraf.

"Ash... Kalau apa-apa jadi dekat adik angah.. Angah takkan lepaskan Ash... Ash lebih pilih untuk percayakan orang lain dari isteri sendiri... Ash dah seksa perasaan Kris.. Selama ni adik angah seorang yang ceria.. Tapi bila Ash buat dia macam tu.. Angah dah mula hilang adik Angah.. Angah tak nak adik Angah hilang untuk selamanya.. Faham?!"

Kamarul berkata lalu terus berlalu dari situ. Dia takut dia akan hilang kawalan dan menumbuk wajah tampan Asyraf.

Athirah dan Farhan terkejut mendengar ugutan Kamarul.

Asyraf yang mendengar hanya menunduk kesal. Dia tidak risau akan ugutan Abang Ngahnya. Yang dia risaukan sekarang hanyalah Kris..

"assalammualaikum."
Satu suara garau menyapa Asyraf, Farhan dan Athirah.

Mereka bertiga menjawab salam itu. Athirah dan Farhan saling berpandangan manakala Asyraf bingung dengan gerangan di hadapannya. Dia tertanya-tanya siapakah jejaka itu?


Kau Tertulis UntukkuWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu