Bab 56

13.4K 356 3
                                    

"Kris!!!!!!"

Kris yang sedang mengemas rumah segera berlari ke bilik Asyraf pabila namanya dilaung.

Kris bergerak ke katil Asyraf apabila melihat Asyraf yang cuba bangun dalam keadaan yang sukar. Mukanya kelihatan pucat tak bermaya.
Kris bergerak ke arah Asyraf yang cuba untuk turun dari katil. Asyraf kelihatan sedang menahan sesuatu. Kris duduk di sisi Asyraf yang kelihatan sangat lemah.
Asyraf muntah di atas skirt yang dipakai Kris. Asyraf muntah dengan agak banyak dan kembali berbaring apabila sudah habis memuntahkan isi perut.
Bau hanyir yang menerjah hidung Kris menyebabkannya tidak tahan dan berlalu ke bilik air untuk muntah.

Kris! Kau kena kuat! Kau tak boleh terus macam ni! Kalau kau pon muntah, macam mana nak jaga Asyraf.

Kris yang baru habis muntah keluar dengan membawa tuala.

Dia membasuh muntah Asyraf di atas katil dan di lantai.

Asyraf yang berada di atas katil tersentuh melihat Kris yang cuba mengawal diri agar tidak muntah.. Dia sedia maklum yang Kris juga mengalami alahan sepertinya. Namun dia dengan sengaja muntah di atas Kris untuk terus menyeksa wanita itu. Pun begitu, Kris tetap sabar dan tabah menghadapi dugaan itu.

Setelah membersihkan muntah Asyraf, Kris kembali ke katil Asyraf untuk melihat keadaannya. Kris melekapkan tangannya di dahi lelaki itu untuk merasa suhu badannya.
Kris terkejut apabila mendapati dahi Asyraf panas. Kris menjadi risau apabila melihat Asyraf yang langsung tidak boleh bergerak.
Kris segera mencapai telefon dan memanggil farhan dan Athirah ke rumah untuk memberi rawatan pada Asyraf.

Setelah membuat panggilan, Kris bergerak ke almari untuk mengambil tuala bersih.
Dia membawa keluar mangkuk yang berisi air sejuk dan diletakkan di meja sebelah katil.
Kris mencelup kain itu di dalam mangkuk dan membilasnya. Kris mengelap kepala dan tubuh tegap Asyraf untuk mengurangkan panas.
Kris membuatnya dengan penuh lemah lembut dan ikhlas. Wajahnya tampak risau melihat keadaan Asyraf.

Asyraf yang terasa sejuk dengan sentuhan itu membuka matanya. Dia sungguh terharu dengan kesungguhan yang terpancar di wajah Kris.
Namun ego menidakkan perasaannya.
Asyraf menepis kasar tangan Kris. Walaupun dirinya sungguh tidak bermaya, namun digagahkan tangannya untuk menepis tangan Kris.
Kris yang terkejut dengan tindakan Asyraf.
Kris ingin berkata-kata namun terhenti apabila mendengar bunyi loceng rumah dibunyikan.
Kris segera bergegas ke biliknya dan mencapai tudung sebelum membuka pintu.


"An.. Cam ne ngan Ash?"
Kris bertanya pada sahabatnya. Dia melihat Asyraf yang sudah terlena kerana penangan ubat yang disuntik ke tubuhnya.

"Asyraf demam panas. Standard ahh.. Mamat ni kalau dah demam memang teruk.. Tapi kau jangan risau.. Nanti aku bagi ubat.. Pastikan dia banyak mandi, tak tinggal makan dan makan ubat yang aku bagi.. Okay?"

"hurmm.. Thanks weh.. Kalau korang tak de tak tahu aku nak minta tolong siapa.."

"eish! Apalah kau ni.. Kita ni kan kawan.. Apa guna kalau tak boleh saling tolong-menolong.."
Athirah yang duduk di sebelah Kris memeluk erat sahabatnya..

"hurmm.. Menyusahkan korang je.."

Kris berkata segan.

"alah kiteorang free lah hari ni.. Rilek ah der.. Kau ngan Asyraf tu bestfriend kiteorang tau.. So tak payah nak malu-malu.. Kalau ada apa-apa call je.. In Sha Allah.. Selagi mampu, kiteorang tolong."

Farhan berkata sambil duduk di birai katil Asyraf.

"eh. Sorry.. Kejap eh.. Aku buat air.."
Kris berura-ura bangun dari sofa ingin ke dapur.

"ehh.. Tak payah susah-susah.. Kiteorang dah nak balik ni.."

Farhan berkata kepada Kris yang berada di pintu bilik.

"haah lah weh.. Kiteorang nak keluar kejap lagi.. So tak pe lah.. Terima kasih.. Kiteorang dah nak balik ni.."
Athirah bangun dari sofa dan bergerak menarik Kris dalam pelukannya. Dia tahu apa yang dialami Kris. Dia tak nak susahkan Kris. Dia turut simpati dengan nasib Kris. Namun dia hanya mampu menunggu berita dari Hafiz..

Sabar lah Kris.. Aku sentiasa doakan kau..

Athirah berbisik di dalam hati.

"lah.. Dah nak balik ke?? Awalnya.. Tak sempat minum pon.."

"tak pe lah Kris.. Kiteorang pon nak keluar kejap.. Nak pergi beli barang dapur jap."
Farhan menambah.

"hurmm.. Okaylah.. Sorry ek sebab tak hidangkan air.."

"tak pe lah weh.. Lain kali pon boleh.. Gerak ulu ah.. Assalammualaikum."
Farhan berkata sambil menuruni tangga.

"hurmm okay.. Waalaikummussalam."

Kris menghantar Farhan dan Athirah di muka pintu.

"terima kasihlah sebab sudi tolong aku.."

"eh kau ni.. Aku kata tak de apa la kan.. Kau ni..."
Farhan berkata sambil bergerak ke keretanya.

"entah.. Sekali lagi kau kata terima kasih, aku pelangkung kepala kau tu... Hahaha..."
Athirah di sebelah Kris berkata sambil ketawa dan diikuti oleh Kris.

Kris dan Athirah berpelukan sebelum Athirah bergerak ke kereta.

"okay Kris.. Gerak ulu.. Be strong Kris.. Aku tahu kau boleh lalui semua ni.. Aku doakan kau bahagia.. Ingat.. Jangan ikut sangat angin kau tu.. Ingat anak dalam perut kau tu.. Tau?? Assalammualaikum.."

Athirah membisikkan kata-kata semangat buat Kris.

"waalaikummussalam.. hurmm.. Thanks weh.. Aku pon harap aku boleh lalui semua ni.. Btw.. Kalau ada apa-apa dari Hafiz kau roger aku.. Aku tak boleh contact dia.. Aku takut Ash salah sangka.. Tolong ehhh?? Aku harapkan kau ngan Farhan je.."
Kris berkata lemah.

"ye weh.. Kiteorang akan cuba sebaik mungkin.. Kiteorang tahu kau tak salah.. Sabar ek.. Bye.. Sayang kau.."

"hmmm.. Thanks.. Bye.. Sayang kau jugak.."

Mereka meleraikan pelukan dan Athirah masuk ke dalam perut kereta bersama Farhan.

Setelah kelibat kereta mereka menghilang, Kris masuk semula ke dalam rumah.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now