Bab 61

16.3K 382 3
                                    

"sayang... Please... Bangun.. Bie salah.. Tolong.. Jangan tinggalkan bie.. Doktor.. Tolong isteri saya doktor... please.. Jangan biarkan dia tinggalkan saya.."
Asyraf membawa Kris ke wad kecemasan. Asyraf tidak henti-henti menangis sewaktu menolak katil Kris ke bilik kecemasan.

Jururawat yang bertugas mengarahkan Asyraf supaya  tunggu di luar.
Setelah pintu ditutup, Asyraf tersandar di dinding.
Air matanya jatuh tanpa henti.
Asyraf terduduk di lantai. Kakinya terlalu lemah untuk berdiri. Separuh nyawanya bagai direntap melihat Kris terlantar lemah.
Segala perbuatannya terhadap Kris terbayang di kepalanya.

Ya Allah!! Kau selamatkanlah isteri dan anak-anakku.. Kau lindungilah mereka....berikanlah aku kesempatan untuk memohon maaf padanya.. Aku memohon padamu ya Allah..

Asyraf duduk tersandar di dinding. Baju dan tangannya yang dipenuhi darah tidak diendahkan.

Izni dan Afiqah duduk di kerusi menunggu.. Masing-masing masih trauma dengan kejadian tadi. Izzanie dan Aqilah dipeluk erat oleh mereka berdua.

Tidak lama kemudian, Athirah dan suaminya tiba di hospital.

Farhan melutut di hadapan Asyraf.
Asyraf mengangkat kepala. Dia terus memeluk Farhan erat.
Farhan membalas pelukan Asyraf. Dia tahu Asyraf memerlukan sokongannya sekarang.
Sedangkan dia yang hanya kawan Kris pon sedih. Apatah lagi Asyraf.
Dia memandang isterinya yang sedang berpelukan dengan Afiqah dan Izni. Kedua kanak-kanak di sisi mereka juga kelihatan penat dan pucat.

Doktor yang merawat Kris keluar. Asyraf terus menerpa ke arah doktor muda itu.

"doktor. Macam mana keadaan isteri saya?!"

"saya minta maaf. Tapi kedua-dua anak encik kami tak dapat selamatkan. Hentakan pada perut Puan Kris terlalu kuat.Puan Kris pula sekarang kehilangan banyak darah. Darah keluar dari kecederaan kerana kemalangan dan semasa keguguran. Puan Kris memerlukan darah jenis A positif.. Namun bekalan darah di hospital hanya ada satu beg sahaja. Dia memerlukan lebih dari itu.."

"doktor.. Ambil darah saya. Darah saya sama dengan dia.."
Asyraf terus menawarkan dirinya untuk menderma darah pada Kris.

"saya pon doktor. Darah saya sama dengan Kris."
Athirah pon menawarkan diri untuk menderma.

"no! Sayang tengah mengandung.. Kandungan sayang masih lemah... Biar abang je derma untuk Kris. Kebetulan kita semua dari kumpulan darah yang sama. So abang yang akan menderma."
Farhan membantah cadangan isterinya. Masakan dirinya ingin membahayakan nyawa isteri dan anak di dalam kandungannya.
Mereka sangat beruntung kerana darah mereka dari kumpulan yang sama.
Farhan telah memutuskan untuk menderma darahnya untuk sahabatnya.

"baiklah kalau macam tu.. Sila ikut nurse ni untuk buat pemeriksaan."

Asyraf dan Farhan berlalu ke bilik khas.

****

Semasa Asyraf dan Farhan kembali ke ruangan menunggu, keluarga Asyraf dan Kris sudah berada di situ.
Asyraf memeluk mamanya.. Dia memerlukan sedikit kekutan dari mamanya. Asyraf menangis semahu-mahunya di bahu mamanya.

"maaa... Anak Ash.. Ash dah tak de anak.. Dah tiga anak Ash hilang.. Ash berdosa mama...."

"shhh... Ash.. Allah lebih sayangkan diorang nak.. Kita kena redha.."

"Ash tak nak kehilangan Kris mama... Ash dah banyak buat dosa dengan Kris.. Ash banyak sakitkan hati Kris.. Ash dah lukakan hati dia... Ash ego ma.."

"Ash... In Sha Allah.. Kris akan selamat.. Kita kena doakan dia..."

Puan Sri Ayuni mengusap belakang anaknya.. Memang dia sangat marah dengan Asyraf. Namun dia juga sedar, Asyraf sangat memerlukannya.

Asyraf bangun dan memeluk ibu mertuanya.. Dia terasa sangat berdosa.. Dia mencium tangan Datin Zulaikha berkali-kali. Sebutan maaf tidak lekang dari bibirnya.
Tangisan Datin Zulaikha semakin lebat apabila melihat perlakuan Asyraf. Dia hanya memeluk dan mengusap belakang Asyraf.

"sabar nak.. Semua ni ketentuan Tuhan.. Siapa kita untuk menolak.."

Tangisan Asyraf semakin lebat mendengar suara mertuanya. Segala memori indah bersama Kris terlayar di ruang mata. Berselang seli dengan segala memori pahit yang dilakarkannya buat Kris.

"Ash.. Kita serahkan semuanya pada Allah... Banyakkan berdoa.. Ni Ash dah solat asar ke belum?"

Tan Sri Razak bertanya pada anaknya.
Asyraf hanya menggelengkan kepalanya.

"hmmpp.. Dah.. Jom solat.."
Mereka semua bergerak ke surau hospital untuk menunaikan solat asar.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now