Bab 5

20.1K 575 1
                                    

"Assalammualaikum mama!"
Laung Asyraf apabila tiba di hadapan pintu rumah.

"waalaikummussalam. Lah dah sampai dah menantu mama ni.. Dah jom masuk."

Selepas Kris menyalami tangan Puan Sri Ayuni, dia masuk ke dalam bersama sekotak kek di tangan.

"err puan sri, ni saya ada bawak buah tangan sikit.. Tapi buah tangan biasa-biasa je lah.."

"eh?! Apa puan sri puan sri ni? Panggil mama je. Lagipon tak lama lagi pon kita dah nak jadi family kan?"

"err...okay ma.."
Kata kris girang.. Sememangnya dia seorang yang girang. Walaupun dengan orang yang baru dia jumpa. Ada dia kesah? Manusia juga.. Tak makan orang pon..hahaha..

"eh? Buat susah-susah je beli kek ni untuk mama."
Kata puan sri Ayuni pabila mereka tiba di dapur.

"eh? Mana ada beli ni ma.. Ni Kris buat sendiri tau. Khas untuk mama..hehehe"

"hah?! Seriousely?! Kris buat sendiri??"

"haah. Actually ni eksperimen Kris. Kris nak jual, tapi nak kasi mama orang pertama yang makan.hehehe.. So kalau ada apa-apa boleh komen.hehehe"

"lah...ye ke? Kris ada bukak kedai kek ke?"

"haah ma..alah kedai kek kecil je."
Ujar Kris rendah diri.

"oh..apa nama kedai tu? Mana tahu mama pernah pergi ke?"

"oh..ermm.. Nama kedai Kris 'evergreen and kristal cafe'"

"yang sebelah kedai bunga tu?!"
Tanya puan sri ayuni penuh minat.

"haah. Cafe tu Kris dengan kawan Kris punya."

"lah! Mama tak tahu pon tu cafe Kris! Mama selalu makan kat sana. Mama suka semua kek yang ada kat sana.. Semua sedap-sedap!"

"oh!err hahaha...thanks ma... Kalau mama nak tahu, semua kek tu, Kris yang buat tau... Hehehe."

"lah...hurmm kalau macam ni, lepas ni, tiap-tiap harilah mama makan kek buatan Kris ni...hahaha..."

"hahaha...ma dah lah...tu si Asyraf lama tunggu kat luar.. Tak payah buat air ke?"
Kata Kris untuk mengalih topik perbualan..

"laahh..lupa pulak mama.. Ermn kris tolong buat air ek? Biar mama hidang kek ni.. Boleh?"

"settle ma! Hahaha"

"good. Nanti kita makan sama-sama ya."

"okay."

Puan sri Ayuni melangkah ke hadapan untuk menghidangkan kek.

******

Mereka sekeluarga berborak sambil menikmati kek yang dibawa Kris.

"kris, sedaplah kek yang Kris buat tu...boleh jual tu..mama yakin, mesti ramai yang beli."
Puji Puan Sri Ayuni..

Mereka meluangkan masa untuk berborak dan berkenalan sehingga jam lima petang. Sempat juga mereka solat zohor berjemaah dan makan tengah hari tadi..

"ha Ash! Dah lambat ni. Tak reti nak hantar Kris balik ke?"

"oh haah lah.. Errmm jom awak."

"jom!"

Sepanjang berada di rumah puan sri ayuni, mereka menggunakan panggilan saya-awak.

"lagi satu Ash.. Tadi masa Ash bawak Kris ke sini, ada minta izin ayah Kris tak? Yelah bawak anak dara orang tak minta izin. Nanti apa orang cakap kang. "

"alah. Don't worry lah ma.. Ash siap pergi pejabat abah dia minta izin tadi."
Ujar Asyraf selamba.. Kris di sebelah merenungnya dengan pandangan tidak percaya.

Bila mamat ni pergi jumpa abah aku?!

"oh..baguslah tu..pandai anak mama ni.."

"hehehe...of coz lah.. Ni Amar Asyraf lah..."
Asyraf mendabik dada..

"eleh...poyo je lebih.."
Ujar Kris..

"haah..memang poyo pon mamat ni... baru puji sikit dah kembang... Tarik balik lah cam tu... Hahaha!"
Puan Sri Ayuni mengutuk anaknya.

"hahahaha!"

Puan sri ayuni dan kris galak mentertawakan Asyraf.

"amboi maa...dah ada geng dah nampaknya... Sampai anak sendiri pon dia bahan sekaki.."

"hahaha...nasib kamu lah Ash.. Memang mama dah dapat geng baru pon... Nanti rajin-rajin lah kris datang sini ye? Boleh teman mama.."
Pinta puan sri ayuni.

"In Sya Allah ma.. Kalau ada rezeki, ada jodoh, sampai lah Kris ke sini ye.. Balik dulu ye maa..Assalammualaikum."
Pinta Kris lalu mencium tangan puan sri ayuni.

"waalaikummusslam.. Hati-hati ye."
Pesan puan sri ayuni pada Kris.

"pergi dulu ma."
Pinta Asyraf sambil menyalami tangan mamanya.

"haaa...bawak kereta elok-elok.. Jangan melencong tempat lain pulak."

"ye maa...assalammualaikum.."

"waalaikummusaalam.."

Kris dan Asyraf masuk ke dalam kereta dan mula bergerak ke rumah Kris..

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now