Bab 44

13.8K 433 7
                                    

Asyraf masuk semula ke dalam biliknya dengan perasaan malu yang masih menebal. Adam yang berada di belakang menahan gelak bersama Anisha. Setiausaha Asyraf.

"agak arh nak gelak kat aku.. Nisha, buatkan saya  dan Adam kopi."

Nisha yang masih menahan gelak mengangguk sambil menuju ke pantri.

Asyraf duduk di kerusi sambil meraup mukanya.

Patutlah minah tu sikit punya baik dengan aku pagi tadi.. Ada agenda rupanya.. Arrhh!! Malunya!! Huaaaaa... Rasa nak nangis je..

"woi Ash! Kalau ye pon angau kan isteri, takkan sampai macam tu sekali kot?"
Adam tergelak mengingatkan peristiwa tadi.

*flashback*

Asyraf membuka beg kerjanya untuk mengambil fail dan laptopnya.

Terkejut berok Asyraf bila terdapat banyak gambar yang jatuh dari dalam begnya. Semuanya gambar dia dan Kris. Terdapat juga gambar-gambar  Kris.

Lebih malang, gambar-gambar itu semua jatuh berterabur di atas meja.

Semua pekerja yang melihat menahan gelak yang tidak tertanggung.

Tan Sri Razak hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Asyraf. Dirinya juga sedaya upaya menahan diri dari  tergelak.. Ni tak lain tak bukan mesti angkara menantunya yang nakal itu.

Adam di sebelah Asyraf mencubit dirinya dan menggigit bibirnya untuk mengelakkan ketawanya terburai.

Asyraf cepat-cepat mengutip kepingan-kepingan gambar yang berterabur di atas meja.
Dia hanya mampu tersengih walaupun mukanya merah menanggung malu.

Mesyuarat telah diadakan dengan jayanya.

Selepas bersurai, Asyraf dapat menangkap gelak ketawa pekerjanya di luar bilik mesyuarat. Adam di sebelah ketawa terbahak-bahak di sebelahnya.

Memang dia sedar, sepanjang mesyuarat diadakan, semua yang berada di dalam bilik itu senyum sampai ke telinga.
Tidak terkecuali setiausahanya Anisha.

"encik.. Saya nak buat permintaan boleh?"

"apa?"

"saya nak ketawa boleh tak?"

Anisha sedaya upaya menahan gelak demi menjaga hati majikannya.

"gelak lah.."
Asyraf mengetap bibir apabila Anisha tumpang sekaki gelak bersama Adam.

"kalau ye pon rindu kat isteri, tak payah lah bawak gambar dia sampai ke pejabat. Ni sampai gambar berframe pon ada.. HAHAHA!!"
Tan Sri Razak turut join Nisha dan Adam gelak.

*end of flashback*

"adoyai... Aku salute lah kat bini kau.. Sanggup dia dajjal laki sendiri eh? Hahahaha!!"

"diamlah kau!"

"tapi series lawak doh!! Aku tak tahan... Hahaha!!!"

Asyraf mengetap bibirnya. Mukanya mula kembali memerah. Macam anak dara dah lagaknya.

"lunch ni kau lunch dengan Nisha je lah.. Aku nak lunch dengan bini aku."

"hahaha!! Rindu bini ke bang?!"

"eh mestilah... Sape tak sayang bini? Ye dak?"

"hahahaha!!! Lunch lah kau.. Bagus jugak kau tak lunch dengan kami.. Mahunya tersembur makanan tu semua bila tengok muka kau. HAHAHA!!"

Asyraf memandang Adam sambil mengetap bibir...

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now