Bab 57

13.9K 365 2
                                    

Kris membersihkan dirinya dahulu sebelum masuk ke bilik Asyraf semula. Dia melihat Asyraf masih lena di atas katil.
Kris bergerak ke katil Asyraf dan duduk di sisi Asyraf. Dia mengusap wajah Asyraf dan mencium dahi Asyraf.
Sungguh dia terlalu merindui Asyraf.

Aku rindu kau Ash.. Semoga kau cepat sembuh.. Series cakap kau tak hensem bila muka kau pucat.. Hahaha...

Kris berkata di dalam hati sambil tangannya bermain-main dengan muka Asyraf.

Asyraf yang terasa geli di wajah mencelikkan matanya. Terbuntang wajahnya pabila melihat Kris bermain dengan mukannya.

Kris yang terkejut segera bangun dari katil.

"woi betina! Kau buat apa dekat aku tadi hah?!!"
Asyraf menengking Kris. Walaupun dia tidak bermaya, namun entah dari mana dia dapat kekutan untuk memarahi Kris.

"s..sss...sss..sssaayang tak sengaja.."
Kris menjawab takut-takut.

"siapa sayang kau?! Dah! Kau pergi masak sekarang! Aku lapar!"

Kris segera berlari ke dapur untuk memasak.

Asyraf terbaring lemah di atas katil. Segala tenaganya yang tinggal habis digunakan semasa memarahi Kris. Dia hanya mampu baring dan menutup mata.

Kris.. Aku rindu kau mainkan muka aku macam tadi.. jujur aku cakap yang aku rindukan kau sangat-sangat.. Aku rindu gelak ketawa kau.. Aku rindu kenakalan kau.. Aku rindu suara ceria kau.. Aku rindu pelukan kau..Tapi setiap kali aku tengok muka kau, aku teringat balik peristiwa tu.. Kau betul-betul buat aku benci kau.. Kau kejam Kris.. Kau dera aku Kris.. Kau buat aku benci kau.. Tapi kau buat aku rindu kau.. Apa ni Kris?? Aku terseksa bila kau terseksa.. Tapi, kau yang buat aku jadi macam ni..
Asyraf mengeluh di dalam hati.

****

Kris memasakkan bubur untuk Asyraf. Kris sangat gembira apabila Asyraf memintanya untuk mamasakkan makanan untuknya.
Setelah bubur itu siap dimasak, Kris menatang semangkuk bubur dan segelas air putih beserta ubat yang diberikan.
Dia naik ke bilik Asyraf dengan hati yang riang.

****

"Ash.. Makan.."
Kris duduk di birai katil, di sebelah Asyraf yang lena.
Kris meletakkan dulang di atas meja. Dia menggerakkan bahu Asyraf untuk mengejutkannya. Kris juga mendemah kain basah di dahi dan leher Asyraf. Lena Asyraf terganggu apabila merasa kain basah di tubuhnya.

"sejuk.."
Asyraf merengek kerana kesejukan. Dia menolak lemah tangan Kris.

"shhh.. Kalau tak letak ni, nanti lambat baik.. Dah bangun.. Mandi dulu eh?? Lepas tu Makan sikit then makan ubat.."
Kris berkata lembut pada Asyraf.
Asyraf hanya mengangguk lemah. Dia terlalu lemah untuk terus bergaduh dengan Kris. Buat masa ni dia hanya mahu berehat dan melupakan masalahnya buat seketika.
Kris membantu Asyraf untuk bangun dan memapahnya ke bilik air.
Keadaan Asyraf yang terlalu lemah sehingga tidak boleh berdiri sendiri memaksa Kris untuk membantu Asyraf mandi. Pada awalnya Asyraf enggan dan memaki hamunnya. Namun memikirkan keselamatan Asyraf, Kris terpaksa menelan segala kemarahan Asyraf dan bertegas dengan jejaka itu. Dia tahu Asyraf tidak boleh berbuat apa-apa kepadanya.
Setelah mandi, Asyraf sedikit segar. Namun tiba-tiba dirinya ingin bermanja dengan Kris. Asyraf sengaja membiarkan Kris memakaikan pakaiannya.

Tenang rasa hati apabila berada dekat dengan isteri sendiri. Asyraf sengaja memberatkan tubuhnya apabila Kris memapahnya. Dengan cara itu, Kris akan memeluknya dengan lebih erat.

Kris menyuapkan bubur ke mulut Asyraf. Kris melayan Asyraf seperti seorang ibu menjaga anaknya yang sakit. Asyraf sangat bahagia dilayan sebegitu. Hatinya seolah-olah lupa akan apa yang berlaku.

Selepas Asyraf makan ubat, Kris menyuruh Asyraf baring dan tidur. Kris mengusap rambut Asyraf.

Asyraf memeluk pinggang Kris yang sedang duduk bersimpuh di sebelah Asyraf.
Tiba-tiba badan Kris terasa kejung.
Asyraf yang hanya berpura-pura tidur tersenyum merasa badan Kris yang dah macam tunggul. Keras!

Hahahahaha!!!!

Asyraf berpura-pura mengigau. Dia merengek seperti anak kecil yang mendapat mimpi buruk.

"bie? Kenapa ni? Bie.. Shhh..."

Kris yang risau terus baring dan memeluk Asyraf. Dia tak nak Asyraf mendapat mimpi buruk.
Kris memeluk Asyraf erat sambil mengusap rambut Asyraf.

Asyraf sangat terbuai dengan pelukan hangat Kris. Hatinya cair dengan setiap sentuhan Kris. Asyraf seperti berada di dalam dunianya sendiri apabila mendengar pujuk rayu dan desahan Kris.
Wangian dari badan Kris menggoncang imannya.

Wake up Ash!! Apa kau buat ni?! Kau tak ingat ke apa yang dia pernah buat dekat kau?!

Asyraf seperti baru tersedar ke alam realiti. Dia membuka mata dan menolak Kris. Hampir sahaja Kris terjatuh dari katil.

"kau buat apa dekat aku hah??!!"

Kris terkejut dengan tindakan Asyraf. Dia segera bangkit dari pembaringan.

"eh! Kau ni memang dasar perempuan suka ambil kesempatan kan?! Dasar perempuan murah!"

Asyraf terus menengking dan memaki hamun Kris. Kris ingin membuka mulut untuk mempertahankan dirinya namun memikirkan kesihatan Asyraf, Kris hanya diam merenung lantai.

Asyraf terus-terusan memaki hamun Kris tanpa memikirkan perasaan wanita itu.

"kau keluar dari sini!!! Keluar!!"

Asyraf yang masih berbaring di katil menghalau Kris dari biliknya.

Walaupun hatinya disakiti, Kris tetap risau memikirkan keadaan Asyraf. Hatinya tetap ingin terus berada di situ dan menjaga Asyraf. Namun mengenangkan betapa marahnya Asyraf, dia terpaksa berundur ke biliknya.

*****

Selepas pintu ditutup, Asyraf meraup wajahnya.

Apa yang kau dah buat ni Ash!!! Kau hampir tewas dengan dia..

Asyraf hanya mampu mengeluh dan memejamkan matanya. Badannya terlalu lemah untuk berfikir. Dia memejamkan mata dan berlalu ke alam mimpi.

Kalau kau tak musnahkan kepercayaan aku, mesti sekarang ni aku tidur dalam dakapan kau..

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now