Bab 74

30.1K 677 37
                                    

*empat tahun kemudian*

"sayang.. Kan bie dah cakap.. Jangan buat kerja rumah.. Sayang tu tengah mengandung tau.. Dengan perut boyotnye.. Haish.. Risau bie.."

Asyraf yang baru pulang kerja terkejut melihat Kris yang sedang menyapu lantai.

"entah.. Bonda dah cakap jangan, jangan.. Degillah isteri Ash ni.. Kasi basuh sikit.. Suruh dia rehat je.. Kesian bonda tengok. Payah benor nak duduk diam."

"entah.. Mama pon naik risau tengok Kris tu.. Aktif sangat.."

Puan Sri Ayuni dan Datin Zulaikha mencelah sebaik keluar dari bilik mandi. Mereka berdua baru selesai memandikan cucu kembar mereka, Mohd Amar Haikal dan Mohd Amar Faizal. Mereka baru berusia dua tahun.

Sekarang Kris mengandung lagi. Namun kali ini bukan kembar, cuma seorang. Tetapi mereka sekeluarga tetap bersyukur dengan anugerah itu. Kemungkinan kali ini mereka akan mendapat anak perempuan.

"aduh bie ni... Rilek ah.. Menyapu je kot.. Bosan ah.."

Kris menyalam tangan Asyraf dan ingin mengambil beg kerja Asyraf namun segera ditepis Asyraf.

"tak payah lah sayang.. Biar bie bawak sendiri je.."

Asyraf mencium dahi Kris.

Mereka bergerak duduk ke sofa. Entah dari mana Puan Sri Ayuni menatang dua gelas air.

"nah Ash, Kris.. Minum.."

"thanks ma.."

Asyraf berkata pada mamanya.

"aik? Bila mama masuk dapur? Bukan mama tengah uruskan Haikal ke tadi?"

Kris berkata pelik.

"hehe..mama kan superwoman.. Of coz lah multifunction.."

Puan Sri Ayuni berkata bangga.

"hahaha!!"

Semua yang berada di situ tergelak mendengar ucapan Puan Sri Ayuni.

"assalammualaikum putera papa. Sihat? Nakal tak hari ni?"

Asyraf duduk di karpet. Datin Zulaikha dan Puan Sri Ayuni mendodoikan kedua kembar yang sedang baring di atas tilam mereka.

"tak.. Hari ni Haikal dengan Faizal baik je papa.."

Kris menjawab bagi pihak anaknya.

"oh.. Mama? Nakal tak hari ni??"

Asyraf kembali bertanya pada kedua putera mereka.

"mama lagi baik..."

Kris menjawab lagi..

Mereka semua meletuskan ketawa masing-masing.

Asyraf meminta mama dan mertuanya untuk menjaga Kris. Dia takut peristiwa lama berulang kembali. Sekarang, mereka sekeluarga sangat bahagia. Begitu juga dengan Athirah dan Farhan. Pejam celik pejam celik, anak mereka sudah masuk empat. Begitu juga dengan abang-abang Kris. Masing-masing bakal mendapat anak menjelang tahun depan.
Rakan-rakan mereka yang lain turut sama bahagia. Dalam diam rupanya Adam menjalin cinta bersama Anisha. P.A Asyraf. Mereka sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata.

Asyraf sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang sangat bertimbang rasa. Kris mudah dibawa berbincang dan cekap menguruskan hal ehwal rumah tangga. Walaupun begitu, dia tidak lokek untuk membantu Kris menguruskan rumah dan anak-anak.

Kris juga sangat bahagia dikurniakan suami seperti Asyraf. Asyraf sentiasa membantunya. Setiap malam Asyraf akan mengurut kakinya sebelum tidur. Dia juga akan membacakan ayat suci Al-Quran sebelum tidur.. Pada setiap malam, Asyraf akan bangun menunaikan solat sunat. Kris sangat bahagia. Walaupun usia perkahwinan mereka hampir menginjak enam tahun, namun keromantikan Asyraf tidak pernah berkurang. Setiap kali, pasti ada sahaja idea Asyraf yang bisa membuatkan jantungnya berdegup laju.
Dia berharap semoga kebahagiaan mereka kekal sehingga ke syurga. Amin..

Perjalanan hidup setiap manusia berbeza.. Semuanya unik.. Hidup kita tak seindah imaginasi penulis. Yang pasti bahagia selamanya.. Aku akan terus mengemudi bahtera kita Kris.. Agar kita dapat terus merasai kebahagian ini.. Sebab Kau tertulis untukku Kris..

-the end-

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now