Bab 29

14.8K 489 10
                                    

Kris jatuh terduduk di hadapan wad Damia.
Hampir luruh jantungnya apabila doktor mengatakan yang Damia menghidap barah otak tahap empat.
Selama ini, Damia tak pernah mengadu sakit apa-apa padanya.
Air mata tak henti-henti mengalir dari tubir matanya.
Sayu hatinya apabila melihat Damia yang terbaring lemah di katil wad.
Sayangnya pada Damia seolah-olah Damia itu anak kandungnya.
Dia tak sanggup kehilangan Damia.

Ya Allah! Ujian apa ni ya Allah? Aku tak sanggup kehilangan Damia ya Allah! Aku sayang dia ya Allah....

Damia merintih di dalam hati.

"sayang.."

Asyraf memeluk Kris untuk menenangkannya. Air mata lelakinya turut gugur. Walaupun tak sampai sebulan dia duduk dengan Damia, namun sayangnya begitu memuncak. Terlalu banyak kenangan manis bersama Damia.
Damia ibarat penyeri di dalam rumahnya.
Dia tak sanggup kehilangan anak yang baru dia dapat.

Kris dan Asyraf berpelukan dengan linangan air mata.
Masing-masing sedih dan terkejut dengan berita yang baru disampaikan.
Semuanya berlaku dengan terlalu pantas.

"Asyraf! Kris!"
Puan Sri Ayuni dan Datin zulaikha berlari mendapatkan Asyraf dan Kris.

"macam mana boleh jadi macam ni nak?!"
Puan Sri Ayuni berpelukan dengan Asyraf manakala Kris berpelukan dengan Datin Zulaikha.

"Ash tak tahu ma.. Doktor cakap Mia ada barah otak tahap empat."
Asyraf menyeka air matanya dan cuba bertenang.
Tan Sri Razak dan Dato' Zainuddin cuba menenangkan isteri masing-masing.

Mereka semua sangat bimbang akan Damia.
Damia pandai mengambil hati tua mereka dengan telatah comelnya.

"Dah lah tu ayu.. Dah ditakdirkan macam tu. Maybe ini yang terbaik untuk dia."
Tan Sri Razak bertukar posisi dengan Asyraf.
Begitu juga dengan Dato' Zainuddin dan Kris.
Kini para suami memeluk isteri masing-masing.

"haah lah ikha. Sekarang ni kita berdoa je biar semuanya berjalan lancar dan Damia selamat."
Dato' Zainuddin turut memujuk Datin Zulaikha.

"tak pe lah mama, papa, bonda, abah. Biar Asyraf dengan Kris jaga Damia dekat sini. Dah malam dah ni."
Asyraf bersuara setelah melihat jam yang dah merangkak ke jam 9 malam.

"hurmm.. Yelah Ash. Jom ayu. Lagipun kalau kita duduk sini pon bukannya boleh buat apa pon. Baik kita balik dan berdoa je ye?"
Tan Sri Razak mengajak Puan Sri Ayuni untuk pulang.
Begitu juga dengan Dato' Zainuddin.

Setelah kedua orang tua mereka pulang, Asyraf dan Kris bergerak ke surau untuk menunaikan solat hajat.

*******

Asyraf dan Kris tidur di sisi katil Damia. Kiri dan kanan sambil memegang erat tangan Damia.

Kris yang terasa tangan Damia bergerak segera bangun mendapatkan Damia.

"sayang?"
Kris mengusap ubun-ubun Damia.

"mama? Papa?"

"ye sayang. Mama dengan papa dekat sini sayang."
Damia menahan air mata dan cuba tersenyum di hadapan Damia.

"papa kat sini sayang."
Asyraf juga terjaga dari tidur sejurus mendengar suara Kris.

"mama.. Papa.. Tadikan.. Mia mimpi mama,papa dengan adik-adik Mia pakai baju putih.. Diorang cakap diorang tunggu Mia.. Diorang cakap diorang nak ajak Mia tinggal dengan diorang. Boleh tak kalau Mia nak ikut diorang?"
Damia berkata polos.
Kris yang mendengar terus mengalir air mata.
Begitu juga dengan Asyraf.

"mama. Papa. Jangan lah nangis. Nanti dah tak handsome ngan cantik lagi. Mama dengan papa Mia kan cantik. Handsome. Kuat. Mana boleh nangis."
Damia berkata sambil mengusap air mata Kris dan Asyraf.

Asyraf dan Kris memeluk Damia erat. Sungguh pilu hati mendengar Damia berkata-kata.

"mama.. Papa.. Kenapa Mia tak boleh gerakkan kaki Mia ek? Kebas... Sejuk.. Sakit.."
Damia bersuara sambil menangis.

"Mia..kalau Mia nak pergi ikut mama dengan papa Mia, Mia kena ikut apa yang mama cakap. Boleh?"
Kris menguatkan semangatnya.
Damia hanya mengangguk.

"okay sekarang mama nak Mia ikut apa yang mama baca."
Kris berbisik di telinga Damia.

Kris mengajar Damia mengucap dan berzikir.
Damia tetap mengikut walaupun agak susah dan tersekat-sekat.
Asyraf juga turut membantu Damia mengucap dan berzikir.

"mmm...mma..mmmaammaa.. Pppp...pppaappa.. DD..DDaamia..ngantuk sss..ssangat.."
Damia merengek pada Asyraf dan Kris..

"tidurlah sayang.."
Asyraf berbisik pada Damia..
Damia mencium Kris dan Asyraf.
Asyraf menyuruh Damia membaca doa tidur sebelum tidur.
Setelah membaca doa tidur, Damia memejamkan matanya.

Sejurus kemudian, mesin Jantung Damia berbunyi panjang.
Badan Damia sejuk.

"tidurlah dengan aman sayang."
Kris dan Asyraf mengucup dan memeluk tubuh kaku Damia.

"semoga sayang bahagia dengan keluarga sayang.. Jangan lupakan papa dengan mama ye sayang.."
Asyraf membisikkan kata ke telinga Damia walaupun dia tahu yang tinggal hanyalah jasad Damia.

Asyraf dan Kris melihat wajah Damia yang tersenyum. Sungguh tenang wajah itu.
Asyraf menutup muka Damia dengan selimut.

Walaupun kita hanya kenal tak sampai sebulan, namun papa yakin, kenangan bersama Mia akan tetap tersemat utuh dalam minda dan hati papa. Semoga pemergian Mia dapat menggembirakan Mia. Papa harap nanti kita akan berjumpa lagi. In Sha Allah. Amin.

Seketika kemudian, bunyi azan subuh berkumandang.
Kris dan Asyraf berpelukan.

"bie.. Mia dah tak de... Kita dah tak de anak.."

"sayang.. Jangan cakap macam tu.. Sayang kena redha. Biarkan Mia pergi dengan tenang. Lagipun hari ni kan hari jumaat. Hari baik. Semoga Damia tergolong dalam golongan yang diberkati Allah. Kita dekat sini kena sentiasa doakan kebahagiaan dia dan teruskan hidup kita.. Dah sekarang kita call mama dengan bonda.. Lepas tu kita solat subuh berjemaah ye?"

"hurmm.."
Kris hanya mengangguk.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now