Bab 15

16.3K 506 0
                                    

"woi! Kristal Nadia! Kau ni mandi ke berenang! Cepat lah mandi tu! Kang aku pecahkan pintu bilik air ni kang! Dah setengah jam kau mandi! takkan dah kering air tangki baru kau nak keluar kot!"
Asyraf mengetuk kasar pintu bilik air Kris.

Tadi lepas dia keluar bilik air, dia terlupa nak bagi tahu Kris yang mereka akan solat dulu sebelum pergi sebab kejap lagi dah nak zohor. Nak solat berjemaah di teratak kasih mungkin tak sempat sebab mereka solat sejurus azan.
Dia dah ketuk pintu tandas tadi bagitahu. Lepas dia pakai baju siap bentang sejadah dia duduk berzikir. Tapi lepas sepuluh minit batang hidung pun tak nampak. Bila dia masuk bilik Kris, rupanya dalam bilik air lagi.

"woi bangla!! Aku berak lah!! Sabar lah sikit! Aku sakit perut lah!"
Kris menjerit dari dalam bilik air.

Hah kau! Bengang aku!! Dah tak de nak lapik-lapik dah! Aku nak melabur pon tak senang!

"hesy! Patutlah! Eh kau ni berak batu ke apa?! Bukan kemain lama lagi?!"

Lah patut lah lama. Melepas upanya..

"hish! Memekak ah kau! Dah lah! Blah lah doh! Aku nak melepas pon tak senang!"

"hurmm...yelah-yelah. Take your time. Aku tunggu."

Asyraf bergerak ke katil Kris. Dia baring di katil Kris.
Asyraf terbangun apabila Kris membuka pintu bilik air.

"woi! Bangla! Aku nak melepas pon tak senang tahu tak! Memekak je kerja. Hah! Tunggu apa lagi?! Blah lah! Aku nak pakai baju ni...."
Asyraf tidak berkelip memandang Kris.
Badannya hanya berbalut tuala sahaja.

Weh Ash! Kau jangan nak macam-macam! Solat pon belum ni.

Tiba-tiba hatinya berbisik.
Dia kemudian tersedar dan ingin berlalu dari bilik Kris.

"ish kau ni! Kau pakai jamban ke buat jamban? Giler lama! Dah lah! Aku tunggu kau. Make sure dah siap pakai telekung! Kau masuk bilik aku tak pakai telekung lagi siap kau! Kepala kau yang aku pelangkung! Faham?!"

"hurrmm yelah."

Asyraf masuk ke biliknya dan mengambil wuduk semula..
Dia sengaja berkata begitu kerana Kris sangat cantik pada pandangannya.

Heish minah ni! selamba je pakai tuala depan aku. Dia tak tahu malu ke? Ish ish ish! Sabar lah wahai hati...

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now