Bab 68

16.6K 431 6
                                    

Asyraf tetap setia menanti Kris. Masuk hari ini, genap enam bulan Kris tidak sedarkan diri.

Sejak tiga bulan lepas, Asyraf mula solat di bilik Kris. Masanya banyak dihabiskan dengan berborak bersama Kris dan beribadat pada yang Maha Esa.

Selepas Asyraf menunaikan solat Isyak, dia membaca Al-Quran dan berzikir.. Setelah agak lama berteluku di atas sejadah, Asyraf bangun dan menuju ke katil Kris. Dia mencium dahi Kris dan memegang tangan Kris.

"sayang.. Dah genap enam bulan sayang tak buka mata.. Sayang tak kesiankan bie ke? Sayang.. I miss you.. Bangun sayang.. I'm missing you so damn much! Your lovely eyes.. Bila nak buka?? Sayang... Bangunlah.. Bie merayu ni..."

Asyraf ralit mengusap tangan Kris..
Perbuatannya terhenti apabila jari Kris bergerak sedikit.

"sayang?!"

Sekali lagi jari-jemari Kris bergerak. Kelopak matanya mula bergerak-gerak.

"sayang!! Doktorr!!!!"

Asyraf menekan butang untuk memanggil doktor.

"sayang.. Buka mata sayang..."
Asyraf menampar lembut pipi Kris.

Kris membuka matanya perlahan. Dia melihat wajah gembira Asyraf sedang mengalirkan air mata.

Doktor yang bertugas tiba bersama beberapa orang jururawat.

Mereka melakukan pemeriksaan terhadap Kris.

"alhamdulillah Encik. Puan Kris dah sedar. Dia tak apa-apa. Cuma mungkin dia akan berasa sukar untuk gerakkan badan dia. Yelah, enam bulan terbaring, mesti sukar untuk dia menggerakkan tubuh badannya. So nanti, Encik kena selalu bagi dia semangat and selalu tolong dia gerakkan badan dia. Harap encik terus bersabar ye."

Doktor muda itu memberi galakan dan semangat pada Asyraf.

"ye doktor.. Saya akan buat apa yang doktor suruh tu. Boleh saya jumpa isteri saya?"

"ye.. Silakan.. Encik dah lama menunggu.. You deserve it.."

Doktor wanita itu tersenyum melihat Asyraf. Baginya Asyraf sangat romantik. Sejak kris tiba di hospital, sehinggalah sekarang, Asyraf setia menanti di sisi Kris.

Asyraf masuk ke bilik Kris. Kris sudah dipindahkan ke wad biasa.
Kris sedang merenung jauh ke luar tingkap.

"sayang!!"

Asyraf terus menerpa dan memeluk erat Kris.

"sayang... Bie rindu sangat dekat sayang... Sayang tahu tak betapa terseksanya bie tengok sayang macam tu? Tak sedarkan diri.. Enam bulan sayang tidur.. Bie rindu nak dengar suara sayang."

Asyraf meleraikan pelukan dan memandang Kris.
Kris hanya diam merenung tingkap. Sedikit pon tidak dipandanganya Asyraf.

"sayang? Please.. Say something."

Asyraf memegang tangan Kris.
Kris hanya membiarkan apa yang dibuat Asyraf. Dia terlalu lemah untuk melawan.
Asyraf diam memandang Kris.

"Kris...."
Datin Zulaikha dan Puan Sri Ayuni masuk ke bilik Kris. Begitu juga dengan suami mereka.

Mereka melepaskan rindu pada anak dan menantu mereka.
Kris masih sama seperti tadi. Diam sambil termenung.

"bonda... Mama... Anak-anak Kris mana??"

Semua yang berada di situ berasa serba salah. Mereka tahu, lambat laun Kris pasti akan bertanya akan hal itu. Mereka juga sedia maklum yang Kris sangat sayangkan anak-anaknya.

"sayang.... Bonda harap sayang bersabar ye? Kita kena redha.."

Datin Zulaikha duduk di sisi anaknya. Dia membelai rambut Kris.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now