Bab 64

16K 374 2
                                    

"doktor isteri saya macam mana?!"

"macam mana dengan anak saya doktor?"

"menantu saya macam mana doktor?!"

Datin Zulaikha dan Puan Sri Ayuni turut menerpa ke arah doktor muda tersebut.

"Alhamdulillah.. Puan Kris dah lepasi tahap kritikal."

Semua yang berada di situ mengucap syukur mendengar berita itu.

"tapi... Dia mengalami koma.. Kami tidak dapat pastikan bila dia akan sedar.. Kita hanya boleh terus berdoa dan beri semangat padanya."

Kata-kata yang meluncur keluar dari bibir merah doktor itu cukup merentap setiap jiwa yang mendengar. Tan Sri Razak dan Dato' Zainuddin memeluk isteri masing-masing. Begitu juga dengan Athirah, Asyihikin, dan Athirah. Kesemua mereka sangat terkejut dengan apa yang baru didengari.
Asyraf terdiam. Dia merasakan badan dan dirinya terlalu ringan. Lalu rebah ke lantai..

Kris...

*******

Asyraf tersedar dari pengsannya. Kepalanya terasa berdenyut..
Dia melihat dirinya terbaring di katil hospital. Tangannya dicucuk jarum. Mamanya sedang berbaring di sebelahnya. Tiba-tiba dia teringatkan Kris. Dia cuba bangun. Namun badannya terasa lumpuh. Dia terlalu lemah untuk bergerak.

"mama..."

Puan Sri Ayuni yang terasa ada pergerakan segera bangun.

"Ash... Kenapa sayang?"

"Kris mana?? Anak Ash mana?"

Puan Sri Ayuni serba salah untuk memberitahu Asyraf.

"Ash.. Kris still koma.. Tapi, Doktor tak bagi Ash bangun. Badan Ash terlalu lemah. Ash dah tiga hari tak sedarkan diri nak.. Mayat kedua-dua anak Ash dah dikebumikan... Papa, Adam,  Farhan, abah dan abang-abang Kris dah uruskan. Jangan risau ye?"

"tapi ma.. Kenapa bukan Ash?! Tu anak Ash.. Ash yang patut kebumikan diorang...."

"Ash.. Ash kan dah tiga hari tak sedarkan diri.. Takkanlah kami nak tangguhkan pengkebumian tu? Ash nak seksa mayat diorang ke? Tak kan sayang.. So sekarang ni Ash doakan kesejahteraan diorang dan kesihatan Kris. Ash kena redha. Semuanya dah tertulis Ash.. Sekarang ni, kita kena berdoa dan terus bagi semangat dekat Kris.. Dia perlukan kita Ash.."

Puan Sri Ayuni mengusap air mata yang mengalir di pipi Asyraf.

"maa... Ash.. Ash menyesal maa.. Ash terlalu ikutkan perasaan.. Kalau Ash tak ikut perasaan ego Ash, mesti sekarang ni Kris tak apa-apa. Mesti anak Ash tak mati.."

"shhh.. Ash.. Tak baik cakap macam tu nak.. Ash cakap macam tu, seolah-olah Ash menyalahkan takdir. Dah.. Sekarang ni.. Ash kena kuatkan semangat Ash.. Ash kena kuatkan badan Ash.. Demi Kris.. Dia perlukan Ash di sisi dia.. Ash kena gembirakan dia.. Tapi, Ash tak boleh pergi sekarang.. Ash tengah demam.. Kalau Kris nampak Ash macam ni, mesti dia sedih kan? So Ash kena sembuh dulu.. Eh? Meh.. Kita mandi.. Lepas tu makan.. Then makan ubat ye?"

Asyraf yang mendengar ayat mamanya merenung Puan Sri Ayuni sedalam-dalamnya.
Ayat itu pernah diucapkan Kris semasa memujuknya sewaktu dia demam dulu..

Memori itu terimbas di kotak fikirannya.
Kelihatan Kris sedang memujuknya untuk mandi. Bayangan Kris semasa memandikan dan memakaikan bajunya muncul.

"Ashh! Berangan pulak dia! Dah.. Jom.. Mama tolong Ash.."

"tak pe ma.. Ash boleh buat sendiri.."

Asyraf mengumpulkan segala kudratnya untuk bangun.
Puan Sri Ayuni membantu memapah Asyraf ke tandas.

Asyraf keluar dari tandas dengan badan yang sedikit segar.
Dia melangkah ke katil. Dia melihat seorang jururawat sedang memandangnya.

Ni kejap lagi mesti aku kena marah ni.. Hmmm...

Asyraf bermonolog dalam hati. Masakan tidak. Selamba badak dia je cabut jarum di tangannya tadi.

"encik Asyraf. Kenapa encik cabut jarum tadi?"

Jururawat tadi menyoal Asyraf.

Puan Sri Ayuni di sebelah hanya tersengih memandang Asyraf.

"tadi saya tidur lasak. Tu jarum tercabut. Dah tu saya terbangunlah. Haa.. Lepas tu saya rasa nak mandi.. So saya masuk bilik air dan mandi. The end."

Asyraf berjalan selamba ke arah katil.
Jururawat perempuan itu hanya memaki hamun di dalam hati.

Huh! Muka je hensem.. Tapi kau.. Perangai macam apa!

Jururawat terbabit mencucuk jarum baru ke tangan Asyraf. Dia meminta agar Asyraf tidak bertindak sesuka hati. Lalu dia beredar dari bilik Asyraf.
Asyraf hanya diam.
Mamanya hanya menggeleng melihat perangai Asyraf.

"assalammualaikum."
Pintu dibuka dari luar. Athirah dan Farhan muncul.

Farhan dan Asyraf bersalaman.
Manakala Athirah bersalaman dengan Puan Sri Ayuni.

"Ash.. Ni.. Bini aku ada buatkan bubur untuk kau.."
Farhan memberitahu Asyraf.

"haah.. Lepas aku tahu kau dah sedar, terus aku masak.. Make sure kau makan tau.. Kau perlukan tenaga.."

"entah.. Kau jangan tak makan pulak.. Bukan selalu kau makan masakan dia ni.. Hahaha"

Sebelum ni, Farhan jarang beri masakan isterinya pada orang lain. Takut tertawan dengan masakannya kononnya.

"hmm.. Dah kau tak kasi.. Aku tak makan lah.."
Asyraf tersenyum memandang pasangan suami isteri di hadapannya.

"dah lah.. Kiteorang nak kena balik awal.. Ada hal.. Gerak ulu.. Assalammualaikum.."

"hmm..thanks.. Waalaikummussalam."

Athirah dan Farhan keluar dari bilik Asyraf. Lega sedikit melihat senyuman  Asyraf.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now