Bab 47

13.3K 372 0
                                    

Puan Sri Ayuni dan Tan Sri Razak menghantar Kris dan Asyraf ke rumah mereka.
Kris dan Asyraf sama-sama keras kepala. Sorang nak duduk di rumah keluarga Kris, sorang nak duduk di rumah keluarga Asyraf. Pening Puan Sri Ayuni dibuatnya.
Akhirnya Puan Sri Ayuni memutuskan supaya mereka tinggal di rumah sendiri. Dia dan besannya yang akan melawat ke rumah mereka.

Setelah mendapatkan rawatan di klinik, Asyraf makin pulih walaupun selalu muntah dan sakit kepala, namun tak seteruk Kris yang selalu muntah sehingga perutnya masuk angin.

Asyraf menjaga Kris dengan baik dengan bantuan ibu bapanya dan mertuanya.
Dia melarang Kris membuat semua kerja. Asyraf menawarkan dirinya untuk membuat semua kerja rumah walaupun dirinya penat dengan kerja.

Kris hanya menggeleng kepala dengan perlakuan Asyraf.

Walaupun dia bosan dan rasa terkongkong, namun perbuatan Asyraf sangat mengharukan baginya.

Setiap malam dia tak boleh tidur jika Asyraf tidak memeluknya. Asyraf yang akan memasakkan sarapan, makan tengah hari dan makan malam untuknya. Kris telah dilarang dari membuat sebarang kerja rumah.

Kris bertekad untuk menjaga kandungannya itu demi kebahagiaan Asyraf..

******

"hello... Assalammualaikum.. Biee.."

"waalaikummussalam sayang.. Kenapa ni?? Sayang sakit ke?"

"tak lah.. Sayang nak mintak izin bie ni.."
Kris bersuara menggoda di hujung talian.

"apa?"

"sayang nak keluar jumpa Aliesha boleh?"

"hah? Keluar pergi mana?"

"alah bie.. Keluar makan je.. Boleh?? Pleaseeee... Sayang dah lama tak jumpa dia.. Dia baru balik dari Australia... Dia study dekat sana.. Kiteorang dah lama tak jumpa... Pleaseee... Kejap je.."

"hurmmm.."

"bie.. Pleasee..."

"hurmm.. Yelah.. Sayang boleh pergi.. Tapi jangan lama-lama tau.."

"ye.. Thanks bie.. Love you.."

"hurmmm.. Take care.. Love you too.."

"assalamualaikum."

"waalaikummussalam."

Selepas mematikan talian, Kris bersiap ala kadar untuk berjumpa dengan sahabatnya.

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now