Bab 12

17.7K 537 2
                                    

"weh. Bak sini list dessert kau tu"
Kris menghulurkan tangannya dan mencapai telefon Asyraf.
Dia meneliti semua menu dan mula mencari barang.

"eh jap! Kita nak buat ni untuk bape orang makan ek?"
Tanya Kris.

"ermm.. 47 orang."

"owh! Okay then...now first, kau amik telur tiga papan..., then amik tepung tu sekotak..... Owh ceri ni dua paket..... Gula......."

Kris hanya jalan sambil menunjukkan apa yang diperlukan dan kuantiti.. Asyraf hanya jadi balaci, ikut belakang Kris dan punggah barang yang disebut ke kaunter..

Haih! Nasib kau lah Ash! Dapat bini tak bertimbang rasa ni... Huhuhu...

Setelah siap membeli barang, mereka memasukkan semua barang ke dalam kereta.

*******

Mereka memasukkan barang ke dalam rumah..  Lagaknya macam nak buat kenduri dah. Dengan bahan yang banyak, perkakasnya lagi.. Maklumlah di rumah Asyraf tidak mempunyai peralatan membuat dessert seperti pemutar, loyang kek dan sebagainya.

"fuh! Banyak jugak ek barang kita beli."
Kata Asyraf.. Yalah dari bahan mentah,sampai ke barang elektronik. Semua ada, cukup lengkap.

"heh! Dah kau demand nak dessert bagai kan? Hah padan muka! Hari ni je kita dah spend Rm10 ribu tau!! Giler membazir..selamat oven dengan microwave kau dah ada!! I bet kalau tak de mesti kau beli jugak! Huh!"
Keluh Kris..

"hehehe...memang pon..alah...benda ni semua kita pakai kan? Nanti lepas ni kalau aku mintak apa-apa kau boleh terus buat... Aku tahu..wife aku ni suka buat dessert..so, aku beli lah untuk kau..hahaha!!"

"pirah!untuk aku konon.. Ke kau yang suka makan?"
Kris berkata sambil membuat muka sinis..

"hahaha...tu pon betul jugakk! Hahaha..dah jom..susun ni cepat"

Asyraf dan Kris menyusun semua perkakas di dapur..

*******

Selepas solat isyak berjemaah, mereka bersiap-siap untuk berperang di dapur.
Mereka memakai apron dan topi chef.

"chef Kris dah bersedia?"
Asyraf bertanya sambil mengangkat sudip kayu.

"yes! Chef Asyraf dah sedia?"
Kris bertanya kepada Asyraf sambil mrngangkat spatula plastik..

"ye saya! Apa lagi! Jom kita mulakan!"
Asyraf menjulang sudip ke atas sambil menjerit.
Lagaknya diikuti oleh Kris.

"jomm!!"

"okay first, kita buat kek blueberry!"
Ujar Kris teruja.

"okay!"

"first, kau asingkan telur kuning ngan telur putih..telur putih kau masukkan dalam bekas pemutar ni... Ni aku tunjuk macam mana nak asingkan..kau ketuk telur ni. Then buat macam ni...okay? Kau buat 5 biji lagi.."
Terang Kris.

"hah...okay..."

Kris dan Asyraf membuat kesemua dessert itu bersama-sama.
Sepanjang malam mereka berjaga untuk membuat dessert tersebut..adakala mereka bergurau senda di dapur..

"Ashh..."
Kris memanggil Asyraf dalam nada menggoda.

"hurmmm??"
Asyraf menoleh ke belakang untuk melihat Kris.
Namun belum habis dia pusing 180 darjah, Kris mencuit adunan muffin pada hidung Asyraf. Dan dia berlari ke meja di dapur, berhadapan dengan Asyraf.

"Kriss!! Sini kau..ohh nak perang ek?? sini kau!!"

Asyraf mengejar Kris sambil tangannya penuh dengan krim untuk hiasan kek.

"arghhh!!!! Lari!!! Monster mengamuk!! Hahaha!!!"

Kris dan Asyraf berlari mengelilingi meja kerja di dapur..

Kedengaran hilai tawa mereka.
Keadaan malam yang sunyi menyebabkan suara mereka bergema ke luar rumah.

Asyraf terus mengejar Kris. Dia menangkap pinggang Kris.
Kris jatuh dihimpap Asyraf.
Jantung Kris yang dah sedia berdegup laju, makin laju..

Mata Kris dan Asyraf bersatu.

"hehehehe... Awak nak lari ke mana ni sayang??"
Asyraf membuat suara menggoda sambil menayangkan tangan kirinya yang penuh dengan krim.

"A....Asyraf....ap...apa yang kau nak buat ni??? Alah!! Aku mintak maaf lah weh!! Sorry okay...sorry..."
Rayu Kris

"heh! Kau dah usik aku.. Meh sini aku balas...hahaha!!!"
Asyraf menghampirkan tangannya pada muka Kris.
Sambil mengusik, dia mengambil kesempatan untuk menilik wajah isterinya.

Cantik!

Desis hatinya. Tangannya dikedepankan perlahan-lahan.

Ting!!

Bunyi oven memeranjatkan mereka.

"hah! Weh cepat..dah masak tu.. Kang hangus pulak cepat!"

Kris segera menolak dada Asyraf dan mengambil sarung tangan. Kris mengeluarkan cupcake yang dah siap dibakar dan meletakkannya di atas meja.
"Ash! Tolong aku sini!"

Asyraf blur. Dia segera membasuh tangan dan menolong Kris memasukkan adunan cupcake yang lain ke dalam cup..

Huh! Selamat dia tak sempat.. Hahaha!!

Ketawa Kris dalam hati.
Mereka menyambung kembali kerja yang tergendala dengan tekun dan gembira..
Tanpa mereka sedari, jarum pendek jam di dapur sudah menunjukkan angka 3.

"yay!! Dah siap pon semua!"
Jerit Kris teruja....
Asyraf yang melihat hanya tersenyum.. Dia membantu Kris menyusun sebahagian dessert ke dalam peti ais dan sebahagian lagi di atas meja..

Setelah siap, mereka meninggalkan dapur yang bersepah dan bergerak ke ruang tamu. Mereka melepaskan lelah dia atas sofa sambil membawa keluar sebiji cupcake..
Mereka berkongsi cupcake itu sambil memuji hasil tangan mereka..
Setelah habis makan, mereka menonton televisyen..
Asyraf duduk di sofa sambil menongkat kepalanya di tempat pemegang sofa. Manakala Kris berbaring di atas peha Asyraf.
Tanpa disedari, mereka tertidur dalam keadaan begitu...

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now