Bab 21

15.8K 498 2
                                    

Kris keluar dari tandas dan menutup lampu tandas.

Eh?! Asal gelap je? Mamat tu dah tidur ke?

Keadaan bilik gelap. Lampu bilik sudah terpadam. Yang tinggal hanyalah lampu sisi di atas meja.

Aik?! Mana mamat mereng tu?

Asyraf tiada di atas katil. Kris menguap. Dia dah mula rasa mengantuk. Dia berjalan perlahan ke arah katil.
Namun, belum pun selangkah dia melangkah, kedengaran suara dari arah sofa.

"kalau bie cakap yang bie memang suka peluk sayang? Napa? Apa yang sayang nak buat?"
Kelihatan Asyraf yang hanya berseluar pendek duduk di atas sofa.

"err........"
Kris dah mula tak senang duduk.

Asyraf bangun dari sofa dan melangkah ke arah Kris.
Wajah Kris berubah cuak.

Oh mai! Apa dia nak buat ni?!!!

perlahan-lahan kaki Kris berundur ke belakang namun selangkah Kris berundur, selangkah Asyraf ke depan.

"A...Ash.. Kau nak buat apa ni?"

Kris berhenti apabila kakinya terlanggar katil.

Aish katil ni! Time-time macam ni lah kau nak dekat! Huaaa... Asal aku cuak ni!!!

Asyraf semakin menghampir. Dia tersenyum apabila kaki Kris berhenti melangkah.

"A..Ashh..kau nak apa?! Tak yah lah dekat-dekat!"
Kris buat-buat marah.
Asyraf hanya melangkah dan tersenyum.
Asyraf merenung dalam mata Kris.
Kris seakan-akan terpukau dengan panahan mata Asyraf.

Dengan secara tiba-tiba, Asyraf menolak Kris ke atas katil.

"A...A...A...Ash...Ash..Asyraf.. Ap.. Ap.. Apaa..k..kk..kau..na..na.. Nak..bb..buat..nn..nni...?"

Kris semakin gagap apabila Asyraf sudah berada di atasnya.

Asyraf mendekatkan wajahnya dan wajah Kris..
Wajah Kris semakin merah.
Dada Kris semakin berdegup kencang.
Kris menutup mata. Dia tak nak tahu apa yang bakal jadi.

"HAHAHAHA!!!!! Like seriousely??!!! Hahahaha!!!"

Kris membuka mata apabila Asyraf ketawa terbahak-bahak.

"kau pikir apa Kris???"
Asyraf memandang Kris sambil tersenyum herot.

Kris hanya kaku di situ. Dia tetap diam di posisi tanpa sebarang riak dan terus merenung mata Asyraf dengan.pandangan kosong.

Asyraf yang sedang ketawa bangun dari katil dan menekan perutnya.

"adoyai!! Sakit perut aku gelak! Hahaha!! A..a..a..ash..Asyraf.. Kau buat aa.. Ap.apa nn..ni? Hahaha!! Kau!! Sampai tergagap-gagap kau!! Hahahaha!!"

Asyraf terus gelak sampai mengeluarkan air mata.

Namun berbeza dengan Kris.
Kris merenung kosong siling bilik. Mukanya masih seperti tadi. Tanpa riak. Tak senyum tapi tak marah.

Setelah lima minit gelak sorang-sorang, Asyraf pandang Kris.
Kris tak bergerak walau seinci pon..

"woi!! Kau pahal?? Dah kena panahan asmara mata aku ke? Hahaha!"

Asyraf terus diam apabila lawaknya tak jadi.
Asyraf bergerak ke arah Kris untuk memastikan keadaan Kris. Dilihat mata Kris langsung tak berkelip memandang siling.
Asyraf menggoncang bahu Kris.

"weh.. Kris..? Kau knapa?"

Tiada sahutan.
Keadaan Kris tetap seperti tadi.

Asyraf mula cuak.

Aduh!! Eh? Minah ni okay ke? Takkan lah mati terkejut kot?!
Ya Allah!! Apa aku dah buat ni??!"

"weh Kris!!! Bangunlah!! Aku tak sengaja.. Aku saja je nak usik kau... Kris..kau bergurau je kan??? Weh Kris!!! Janganlah tinggalkan aku!! Kris!!!"

Asyraf menggoncang tubuh Kris sekuat hatinya. Mukanya pucat kerana takut.

"weh Kris!!bangunlah!! Aku janji, aku takkan buat kau macam tu lagi!! Wehh... Kris....."

Suara Asyraf mula bergetar. Empangan matanya mula menaik..
Sungguh dia takut akan kehilangan Kris.

Ya Allah!! Apa aku dah buat ni?!

Asyraf pantas mendapatkan tubuh Kris dan memeluknya dengan erat..

"hoi! Kalau ye pon, tak yah lah peluk aku macam tu!"

Tiba-tiba Kris menggeliat. Kris hanya menahan senyum apabila melihat muka pucat Asyraf.

Hahaha!! Padan muka! Tulah, suka-suki dia je nak kenakan aku. Hahaha!!
Ketawa Kris dalam hati.

"ya Allah Kris!! Kau tipu aku ek?!!!"
Suara Asyraf naik terus tiga oktaf!
Muka yang tadinya pucat kelihatan memerah. Urat di kepalanya timbul tanda dia betul-betul marah.

"Kris! Kau tahu tak aku risaukan kau?!"
Asyraf menggoncang bahu Kris dengan kuat.
Kris yang melihat wajah marah Asyraf terus terkaku.
Terus mati senyumnya apabila Asyraf menengkingnya.

"err...hehehe..rilek lah bro..gurau je...."
Ucap Kris tak sengaja.. Dia memarahi diri sendiri apabila urat di muka Asyraf semakin jelas.

"tu kau cakap gurau??!! Tu gurau Kris??!! Eh!! Kau tahu tak aku cuak gila tadi??!! Kau boleh cakap kau bergurau??!!!!!"

Asyraf terus berlalu keluar bilik.
Kris terkejut dengan tengkingan Asyraf tadi..
Sungguh, dia takut dengan Asyraf.

Aku just nak bergurau je.. Tak sangka lah dia amik series...

Kris hanya diam di atas katil.
Perlahan-lahan air matanya jatuh.. Dia sangat terkejut dengan tengkingan Asyraf tadi. Walaupun dah tujuh tahun diorang kenal, tujuh tahun asyik bertekak je, tapi inilah pertama kali Asyraf menengkingnya sebegitu.
Kris baring dengan linangan air mata. Badanya tak henti-henti menggeletar..

Berdosa ke aku?
Marah sangat ke dia kat aku?
Melampau ke apa yang aku buat tadi?
Apa yang patut aku buat?

Kris cuba untuk tidur.. Namun disebabkan badanya yang menggeletar,dia tak boleh tidur.
Kris hanya merenung tingkap bilik Asyraf..

Kau Tertulis UntukkuWhere stories live. Discover now