Prolog

21.4K 762 4
                                    


3 September 1999

Pada tarikh ini, merupakan hari merupakan hari yang terbahagia bagi sepasang suami isteri dek kerana telah mendapat dua ahli baharu dalam keluarga kecil mereka. Sepasang kembar. Kembar pertama iaitu lelaki yang bernama Ariz Naufal. Manakala kembar yang terakhir iaitu perempuan yang bernama Alisa Natasya. Kedua-duanya sudah pasti kelihatan cantik dan comel.

Mereka berdua dilayan baik dan disenangi oleh semua orang yang melihat. Ibu bapa mereka memberikan kasih sayang yang penuh kepada mereka, bagaikan menatang minyak yang penuh. Namun, kembar tetap kembar bukan? Pemikiran mereka selalu sama sampaikan menimbul perasaan iri hati akan kelebihan masing-masing.

2001

Pada tahun ini pula, datanglah seorang lagi keluarga baharu dalam keluarga bahagia ini. Airisa Naediya. Puteri yang cantik dan kedatangannya menambahkan lagi suasana bahagia dalam keluarga ini.

Tapi, kedatangannya juga telah membawa malapetaka kepada si kakak perempuan, Alisa Natasya. Kerana kasih sayang, hubungan persaudaraan boleh terputus. Kerana cemburu, hati akan tersakiti. Kerana ketidakadilan, manusia boleh pergi.

....

Please abaikan gambar di atas

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now