Epilog

9.1K 489 23
                                    

6 tahun kemudian...

Hello Malaysia! Welcome back!

Aku menghirup udara di sekitar KLIA dengan penuh bersemangat. Sudah 6 tahun aku tidak menjejakkan kaki di tempat kelahiranku. Mataku terus meliar-liar mencari Ariz yang katanya ingin menjemputku. Aish tak ada pon!

Ting!

Aku melihat phoneku.

Daripada : Ariz Naufal.

Alis! Sorry Ariz tak dapat jemput Alis sebab Raina tiba-tiba meragam ni. Alis naik teksi terus ke majlis okay? Sorry sangat2 nanti kita jumpa sana tau. Bye muah muah HAHAHA ❤

Tak guna! Boleh lagi dia bagi Love? Dia pikir boleh buat hati aku sejuk huh? Aku memandang sekeliling di luar KLIA ini. Mananya teksi semua penuh la!

Kemudian aku memandang jam ditangan. Oh mai gat! Lagi setengah jam majlis dah nak habis! Sempat ke aku nak pergi sana?!

...

Hotel La Diva

Aku berlari-lari anak menuju ke ruang dewan hotel ini. Para tetamu yang hadir memandangku dengan pandangan yang aneh serta terkejut dengan kehadiranku yang tanpa disangka. Ya, sudah lama aku tidak ke sini.

Aku berhenti di hadapan pintu utama. Sejenak aku memandang sebuah papan tanda besar yang bertulis "Afrina ft. Haikal" .

Aku tersenyum kecil. Alahai, tak sangka hari bahagia mereka menjelang hari ini. Dah la bagitau secara tiba-tiba. Sehari sebelum Fina berkahwin, baru nak inform  aku yang berada di Melbourne ketika itu. Haih, suka buat aku terkejut beruk mereka berdua ini. Tapi, sesungguhnya aku bahagia dengan kejayaan mereka dan aku berharap mereka kekal bersama hingga ke jannah.

"TASYA!" Seseorang menjerit memanggil namaku sebaik sahaja aku memasuki dewan. Aku memandang ke arahnya.

"FINA!" Jeritku pula lalu berlari memeluknya. Oh, 6 tahun tidak bersemuka dengan perempuan ini. Serius aku rindukan dia.

"Wei lamanya tak jumpa kau! Rindu kau. Kenapa degil tak mahu balik sini ha?!" Bebel Fina lalu memukul bahuku dengan lembut.

Aku mengaduh kecil seraya tersengih memandangnya. Tak lama kemudian Haikal datang menghampiri kami. Dia mengangkat tangan ingin menyapaku.

"Yo sis! Lama tak jumpa." Tegurnya.

Aku membalasnya dengan senyuman teruja.

"Yo hahaha. Ala sorry la beb. Aku busy sangat. Ala lagipun kita kan selalu skype chill la."

Pap!

Sekali lagi dia memukulku. Fina mengelap air matanya yang terkeluar.

"Skype dengan jumpa depan-depan tu lain la. Kalau skype aku tengok je muka kau. Kalau jumpa depan-depan aku boleh peluk kau tau." Balasnya tersenguk-senguk menahan tangisan.

Aku memeluk bahunya ingin memujuknya.

"Alala sorry beb. Okay aku janji aku dah tak akan tinggalkan kau okey?" Pujukku.

Dia memandangku aneh.

"Tak akan dah? Means kau dah tak tinggal sana dah?" Soalnya inginkan kepastian.

Aku mengangguk sambil tersenyum.

"Yes. Lagipun dah cukup lama aku menjaga syarikat di sana dan sekarang aku dah ada orang kepercayaan di sana. So, dia la yang akan jaga A's Corp disana." Balasku.

Fina tersenyum bahagia mendengar kata-kataku lalu tiba-tiba melepaskan pelukanku. Dia memandang diriku dari atas sampai ke bawah.

"Beb seriously ni kau? Kau dah lain wei. Makin lawa dan.....makin berubah." Hahaha mungkin dia perasan akan perubahan pakaianku yang lain sungguh dengan 6 tahun yang dulu.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now