Bab 1 : Alisa

14.5K 735 9
                                    

"Good morning!" Sapaku dengan mesranya kepada keluarga 'tercinta'ku. Namun, tiada siapa mengendahkanku. Tapi, aku tetap mengukirkan senyuman manisku walaupun ianya tidak pernah ikhlas.

Huh~ Just rileks girl. Macam tak biasa je aku ni. Haha.

Aku melangkahkan kaki menuju duduk berseorangan di hadapan adik-beradikku, Airis dan Ariz. Aku melihat mereka dengan sedikit cemburu kerana mereka boleh lagi bersenang-senang dihadapanku sedangkan aku?

Aku masih tertanya-tanya, kenapa aku begini? Wait, yang aku emo sangat ni kenapa? Chill girl, aku yakin semua ni ada hikmahnya!

"Mummy daddy, harini sekolah Airis ada perjumpaan ibu bapa di sekolah untuk calon-calon PT3. So, boleh datang tak?" Soal Airisa atau lebih dikenali sebagai Airis dengan manjanya. Err, jujur aku menyampah sikit.

Dalam diam aku melihat mummy dan daddy mengangguk kecil lalu mummy mengusap kepala Airis dengan PENUH kasih sayang. Kasih sayang untuk aku tiada ke mummy? Aku perasan Airis tersenyum sinis kepadaku.

Ceh, dasar talam dua muka. Adik siapakah itu?

"Mestilah mummy and daddy datang. Mummy and daddy sayang SANGAT SANGAT kat Airis dan yang lain. Jadi, belajar rajin rajin ok. Biar jadi pemerintah, bukan jadi kuli." Balas mummy sedikit-sedikit memerliku. Ayatnya yang pedas itu membuatkan aku kecewa. Airis dan Ariz mengangguk lalu memandangku dengan semakin sinis.

Dan buat pengetahuan semua, ayat mummy yang 'yang lain' tadi tu only for Ariz. Not me.

"Err Alis pergi dulu. Bye!" Kataku meminta diri walaupun tiada sesiapa yang sudi membalasnya lalu bangun pergi ke tempat basikalku diparkir. Mesti pelikkan? Rumah besar, keluarga kaya raya tapi pergi sekolah naik basikal je. Basikal buruk pula tu. Tapi aku tak kesah dengan semua tu. Bukan tak mampu beli, malah lebih daripada mampu tapi aku lebih suka macam ni.

Aku melihat jam di tanganku. Oh Mai Gat! Dah lambat! Lagi 10 minit gate dah nak tutup! Ni mesti sebab aku online semalam. Aduh! Siap korang Harraz dan Fina ! Ni salah korang!

Kenapa terasa berat sangat apabila aku hendak menggerakkan basikal ni? Aku melihat kedua-dua tayarku. La! Pancit! Macam mana ni? Argh! Terpaksa berlari~

Pak!

Aduh siapa yang baling batu kat aku ni? Dah la lambat ni!

"Oi nerd!!!" Jerit seseorang dari belakang memanggil aku nerd. Aku terus memusingkan tubuhku. Ceh, dia ke. Afrizal Izzani atau nama glamornya Afriz. Tapi aku memanggilnya Api kerana apabila dia sedang marah, wajahnya akan merah seakan-akan api neraka. Haha.

Aku hanya mengendahkannya dan meneruskan larianku. Tak pasal-pasal nanti kena halau dengan Cikgu Zainuddin, cikgu disiplin. Si cikgu songkok yang handsome tapi garang nak mampus. Ada la juga 5 kali aku terlambat dan kena rotan di tangan. Memang berbisa seperti ikan keli rasa dia. Semuanya sebab yang sama.

Sebab aku online hingga ke lewat malam. Hehe.

Hap.

Aku terasa seseorang menarik tanganku. Rupanya Api yang menarikku. Apa masalah dia sebenarnya ni?

"Kau dah kenapa tergesa-gesa sangat ni?" Soal Afriz dengan tercungap-cungap. Mesti kejar aku berlari tadi. Padan muka kau. Muka kau pun merah macam api.

"Kau nak........apa?" Soalku sambil berpura-pura tergagap. Inilah salah satu rahsia aku.

"Kau...kenapa laju sangat lari ni? Nak pergi mana?" Soalnya masih tercungap-cungap.

"Nak per.....gi sekolah la." Balasku dengan bengang. Apa punya soalan la manusia ni?

"Kau gila ke. Nak kena rotan dengan Cikgu Zai ke? Cer kau tengok jam buruk kau sekarang pukul berapa." Eh sedap-sedap je dia kata jam aku buruk. Memang buruk pun sebenarnya.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now