Bab 2 : Aelysh

12K 763 9
                                    

"Woi! Woi! Woi!" Sebaik sahaja pintu rumah dibuka, aku menjerit-jerit bagai orang gila. Hahaha biar dua ekor tu bengang.

"Hei ada orang gila! Abang! Call Hospital Bahagia cepat!" Pekik Fina berpura-pura membuat muka ketakutan. Dia menggoyang-goyangkan tubuh abangnya yang berada di sebelah. Pening aku tengok Harraz dilakukan sebegitu. Haha padan muka.

"Kuajaq!" Kataku lalu menepuk bahu Fina. Kami bertiga ketawa besar melihat Fina merungut.

"Kenapa harini datang sini? Bukan waktunya kau kat office ke?" Soal Harraz apabila kami sudah melepak dihadapan televisyen.

"Hmm harini aku balik lambat sebab kena denda. Sebab korang la aku datang lambat!" Kataku memeluk tubuh sambil mengerucutkan bibir. Aku perasan mereka ada yang tergaru-garu kepala walaupun tidak gatal dan tersengih bagai kerang busuk.

"Err hehe sorry la Tasya. Eh kau pergilah mandi ke apa ke. Busuk!" Bebel Fina sambil menutup hidungnya. Eleh macamlah aku busuk sangat.

Tak lama kemudian, aku pun meninggalkan mereka berdua lalu pergi ke bilik aku untuk mandi. Aku membuka pintu bilik dan mengedarkan pandangan ke sekeliling bilikku. Setakat ni, bilik ni lagi bagus daripada 'sana'. Aku tertanya-tanya, bilakah aku boleh tidur terus di dalam bilik ini tanpa pulang ke sana langsung?

Katakanlah aku jahat. Tapi aku hanya manusia biasa yang mempunyai perasaan sedih, kecewa, marah dan bahagia. Tipulah kalau aku tak sedih apabila dipinggirkan oleh keluarga sendiri. Keluarga kandung pula tu. Kalau bukan kerana Harraz dan Fina, mungkin sekarang ni aku dah mati. Kerana 'mereka' aku hidup. Walau apa yang terjadi aku tetap bersyukur kerana ada yang masih sudi menerima aku seadanya dari aku menjadi Alisa Natasya hingga ke Aelysh. Aelysh? Hanya Harraz dan Fina sahaja yang tahu siapa aku sebenarnya. Siapa Harraz dan Fina?

Harraz dan Fina. Dua pasangan adik beradik. Mereka berdua ni la yang selalu memberi semangat kepadaku tak kira masa. Apabila aku sedih, mereka tahu cara memujukku. Ketika aku tersakiti, merekat tau cara menghiburkanku. Aku sangat berterima kasih.

Sebenarnya, rumah ni bukan sahaja rumah aku, tapi rumah kami bertiga. Yang aku geram, berkali-kali aku menyuruh mereka bekerja di syarikat aku tapi mereka lebih suka berdikari.

Aku melihat laptop kesayanganku. Di situlah, lahirnya seorang insan yang lain dalam diriku, Aelysh. Sebenarnya, Aelysh ialah seorang youtuber. Mulanya aku saja-saja sahaja menyanyi di dalam youtube kerana menyanyi sebahagian daripada hobiku. Esoknya selepas aku menguploadkan nyanyian sulungku bertajuk 'Loving', 30 ribu orang sudah melihat nyanyianku. Memang tidak disangka.

..

"Hmm! Sedapnya bau! Siapa masak ni?" Soalku kepada sesiapa sahaja yang berada di meja makan itu.

"Makan sahaja lah! Beria nak bau-bau bagai ni. Kira bersyukur kau dapat makan." Sinis sahaja Ariz berkata kepadaku. Sebenarnya aku tak adalah lapar sangat dek kerana tadi siang aku sudah makan Chicken Chop buatan Fina tadi.

Aku melihat Airis ketawa sinis kepadaku. Suka ye kau?

"Ermm mummy! Thanks sebab tadi sudi hadir ke sekolah." Kata Airis dengan riang. Adakah dia sengaja ingin membuat aku cemburu?

"Welcome Honey. Mestilah mummy datang. Lagipun tadi mummy tak sibuk sangat. Anything for you dear." Balas mummy dengan ikhlas.

"Daddy?" Soal daddy manja.

Airis ketawa kecil melihat telatah daddy. Kalau boleh aku ingin juga ketawa bersama, tapi keadaan tidak mengizinkanku.

"Owh baru perasan daddy dekat situ. Thanks daddy. Love you." Kata Airis lagi.

Aku cemburu. Aku cemburu. Aku cemburu. Wahai air mata, tahan la kau daripada terkeluar.

"Arr da-daddy?" Celahku gementar.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now