Bab 19 : Aelysh

8.9K 492 6
                                    

Selepas tamat latihan tadi, akhirnya aku, Fina dan abang Harraz pulang bersama. Tapi kami membuat keputusan untuk singgah cafe sebentar untuk makan malam bersama. Memang tidak dapat disangka, aku terjumpa 'mereka'.

Keluarga Alisa Natasya.

Mereka bagaikan terkejut melihatku. Aku agak, mereka dah tahu siapa aku sebenar kerana bukankah sebelum ini aku pernah mengaku depan Airis?

"Err kalau kau nak makan kat tempat lain aku okey je." Aku tersenyum kecil lalu menggeleng.

"Tak apa la. Perdulikan saja mereka." Balasku dengan perlahan. Lagipun, kami baru sahaja selepas mengambil pesanan.

Daritadi aku perasan mereka asyik memandangku dengan.......riak yang sedih atau rindu? Adakah mereka rindukan aku?

"Err Tasya...kau.....tak nak pergi jumpa diorang ke?" Soal Fina tersekat-sekat.

Aku memandangnya.

"Walau apapun, diorang tetap keluarga aku. Tipulah kalau aku kata aku tak rindukan mereka. Tapi, apabila aku ingin jejakkan kaki mendekati mereka, hati aku selalu berkata-kata. Macam mana kalau diorang tetap bencikan aku? Aku masih berasa kecewa terhadap mereka." Balasku dengan sayu.

Fina menggenggam tanganku dengan matanya yang berkaca-kaca. Abang Harraz juga turut bersama.

"Sorry kalau soalan aku menyakitkan hati kau. Apapun, kau jangan terlalu kecewa, kerana aku dan abang Harraz tetap berada di sisi kau. Kami kan keluarga kau." Pujuk Fina bersungguh-sungguh.

Aku menghadiahkannya senyuman manisku kepadanya agar Fina tidak berasa risau terhadapku.

Selepas mengambil pesanan, masing-masing dok layan telefon. Tak ada apa yang ingin dibuatnya. Satu mesej dihantar oleh seseorang dalam telefon aku. Rupanya mesej Afriz.

Hey babe :D Wat ape tu ?????

Aku tersengih kecil. Macam budak-budak la si Afriz ni. Rasa nak cepuk pun ada. Nasib baik sayang.

"Hah, tersengih-sengih macam kerang busuk pasaipa. Dah la busuk, buruk pulak tu." Ejek Fina yang memang menusuk kalbuku hingga ke dalam paru-paru menerobos ke alveolus yang membolehkan kapilari darah dalam tubuh menjadi kering.

K maaf 😂

"Ala biarlah dia dik. Orang tu nak bahagia." Abang Harraz turut serta untuk mengenakan aku.

"Mana ada :( Ni haa Afriz mesej Tasya jer." Balasku sambil mencebik. Aku menjamu chicken chop yang baru tiba di hadapanku dengan geram.

"Haa, cebik lagi depan makanan. Ingat baik sangat la tu." Sindir abang Harraz membuatkan aku terasa. Aku mula menormalkan bibirkan dan makan dengan muka yang happy. Happy sangat.

"Err Aelysh?" Sapa seseorang dari belakang.

"Yes?" Soalku kepada seorang perempuan yang menegurku. Kawan lelakinya yang berada di sebelah hanya tersenyum malu ke arahku. Aku turut membalas senyuman mereka.

"Oh my god! I dah lama minat you since you jadi youtuber misteri yang terkenal tu!" Balasnya teruja.

Kata-katanya sedikit sebanyak membuatkan aku terharu. Tak sangka ada orang masih menyokongku dari dulu.

Aku meletakkan pisau dan garfu ke bawah dan memandang mereka teruja. Gila tak teruja, jumpa peminat weiyh!

"Really? Thank you very much sebab masih meminati saya. Saya amat hargai semua tu." Balasku sambil tersenyum.

"Err Aelysh sorry kalau kacau you dinner but can my friend and I take your picture and selfie together?" Pintanya sebersalah memandangkan aku masih tidak menyentuh makanan aku lagi.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now