Bab 31 : Alisa

6.8K 429 10
                                    

Aku memandang Zarid yang berada di hadapanku dengan tak puas hati. Aku rasa macam mahu sahaja mencekik lelaki ni.

"Jadi, perancangan yang sudah lama kita berdua idamkan itu akan tercapaikah?" Soal aunty Dira dengan teruja.

Mummy hanya tersenyum lalu mengangguk tanpa meminta persetujuanku. Sebenarnya, mummy masih tak bagitahu perancangan sebenar mereka tapi aku boleh agak dengan sendirinya sebaik sahaja aunty Dira menyebutku sebagai 'calon menantu'.

Semua yang terjadi sungguh memeningkan kepalaku. Kenapa masalah yang hadir datang secara mendadak dan besar sungguh masalahnya.

Selepas menjamu selera, keluarga aku dan Zarid kembali bersembang di ruang keluarga. Tapi yang malangnya, dengan secara tiba-tibanya mummy menyuruhku dan Zarid meluangkan waktu bersama diluar.

What the...

Aku membuat keputusan untuk mengajaknya lepak di kolam renang di belakang rumah. Nak ajak keluar? No way!

"So, apa yang terjadi?" Soalku tanpa basa-basi.

Aku tahu. Sudah tiada masa untuk aku berlengah. Aku tak mahu keadaan menjadi semakin keruh jika aku tidak soal sekarang.

Zarid tersenyum sinis mendengar soalanku itu.

"Apa yang terjadi? Well, my parents and yours sedang berbincang untuk masa hadapan kita. And, you are gonna be my future." Balasnya dengan romantik.

Tapi jujur aku cukup meluat mendengar perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya. Lain la Afriz.

Aku menggeleng kecil.

"No. It's wrong. Awak pon tahu hubungan saya dengan-"

"Afriz?" Potongnya.

Aku tersentak. Tekaanya sungguh pantas.

"Y-ya. So? Awak dah tahu kan?"

Zarid menggangguk secara sambil lewa.

"Ya, I know. But, korang just couple belum kahwin lagi right? So, tak salah kalau saya cuba untuk mengambil hati awak untuk masa yang singkat ini?" Ujar Zarid lalu mendekati aku.

Zarid mengambil tanganku lalu meletakkan di dadanya. Tak tahu la kenapa, aku dapat rasa betapa lajunya jantungnya berdetak.

"Do you feel it? Ya, my heart beats so fast because..."

Sebab apa Zarid?

Please jangan cakap ayat yang tak kuinginkan itu.

"I love you."

Damn. I can't.

.

.

.

.

Aku memandang mummy dengan seribu pandangan. Pelbagai persoalan yang membuat dalam diriku ini. Termasuk Airis dan Ariz disebelahku.

Mummy mengerutkan dahinya.

"Why my children pandang-pandang mummy ni? Ada problem ke?" Soal mummy tanpa berasa bersalah or what mengenai kejadian tadi.

"Mummy still boleh tanya kenapa? Mummy tak sedar ke apa yang mummy buat tadi terhadap Kak Alis?" Soal Airis geram.

Mummy yang baru sedar hanya meng'oh kecil.

"La pasal tu ke. What's wrong? Lagipun, mummy memang berkenan dengan Zarid." Balas mummy selamba.

Aku berdesis.

"Ya, I know kalau mummy berkenan. Tapi kenapa mummy tak minta persetujuaan Alis? I had someone that I very love with him."

"Kalau macam tu, just break up with him. Tak susah pun kan?" Cadang mummy selamba tetapi cukup membuatkan hatiku terenyak.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now