Bab 32 : Tasya

6.7K 492 18
                                    

"Weiyh lama lagi ke sampai? Punggung aku dah kebas ni." Keluh Haikal yang berada di seat belakang.

Memandangkan kami berenam, jadi Ariz membuat keputusan untuk membawa vellfire kepunyaan daddy agar kami menggunakan satu kereta sahaja.

"Arr mengikut Waze ni, lagi 30 minit kita sampai. Lagipun, sekarang ni jalan jam kat highway tu yang lambat tu." Balas Afriz disebelah Ariz sambil memerhati Waze yang ada dalam phonenya.

"Oh okok. Apa nama tempat yang kita nak cari tu?" Soal Haikal lagi.

"Kampung Mata Ayer." Balas Afriz.

Kami semua mengangguk faham. Setelah beberapa jam di dalam kereta, akhirnya kami tiba di Kedah.

Tak sampai beberapa minit, Ariz memarkirkan kenderaannya di sebuah kedai makan biasa. Katanya dia terlalu lapar kerana drive terlalu lama jadi kami semua sudah bersetuju untuk berhenti sekejap mengisi perut masing-masing.

Suasana di restoran sini terlalu ramai membuatkan sedikit sesak. Jadi, sedikit sukar untuk mereka sedar akan kehadiran Day5 Band. So, tak perlu la memakai mask.

Selesai mengambil order, masing-masing mula membuat kerja sendiri. Ada yang duk berdating berdua. Siapa lagi kalau bukan Sarah dan Ariz? Ececeh .

Tapi, kadang-kadang aku cemburu juga melihat kemesraan yang selalu ditebar oleh mereka. Aku juga mahu seperti begitu bersama Afriz. Tapi, apakan daya? Masing-masing bersama dengan ego sendiri.

Afriz masih dengan perasaan kecewanya selepas mengetahui perjodohan aku dan Zarid yang ditentukan oleh keluarga masing-masing. Adeh, mengenai Zarid, aku masih tidak tahu apa perancangan Ariz dan apa kaitannya dengan semua ini. Kenapa perlu cari ibu kandung kami sendiri untuk menyelamatkan aku dari mummy?

"Ariz..." Panggilku.

"Ya?" Ariz terus memandang wajahku.

"Kenapa kita perlu cari ibu kandung kita?" Luahku yang sudah lama terbuku.

Ternyata persoalan aku itu didengari oleh rakan yang lain. Mereka turut memandang Ariz Mereka sepertinya juga ingin tahu tentang persoalan yang diberikan olehku tadi.

"Emm kan sebelum ni Ariz dah cakap yang ibu kita dimatikan oleh semua orang? Do you expect someone?" Soalnya pula kepadaku.

Erk.

Dimatikan oleh semua orang?

Siapa?

Takkan daddy? Kalau difikirkan semula, daddy tu seorang yang penyayang dan lembut dengan wanita. Tapi, lain la kalau ada ular disekeliling wanita tersebut, pasti daddy akan berhenti lemah lembut kepadanya.

Kalau dianggapkan melalui cerita tersebut, takkan la ibu aku seorang yang jahat? Apabila Ariz memberi gambar ibu tadi, aku dapat melihat ketenangan, kebaikan dan senyuman yang ikhlas yang menandakan dia seorang yang jujur terlukis di wajahnya. Lain la kalau... ibu difitnah?

Difitnah?

Siapa?

Yang sentiasa disamping daddy sekarang ialah... mummy?

Mummy?

Mummy adalah dalangnya? Mengapa?

"Mummy?"

Ariz mengangguk selamba. Aku mengerutkan dahinya aneh.

"Are you serious? Kenapa mummy buat macam tu?" Soalku pelik.

"Alis selama ni tak kan tak perasan dengan perangai mummy. Mana layan barang-barang murah. Suami dia kaya pon nak bangga. So?"

Emm bila difikir balik, betul juga tu.

"So, mummy la rampas daddy dari ibu kita?" Soalku.

Ariz mengangguk kecil.

What the hell -.-

Tak lama pesanan yang diorder sampai juga. Aku memandang wanita yang menghidangkan makanan kepada kami itu. Wajahnya terkesan familiar la. Tapi siapa ya?

Aku terpandang Ariz ketika aku leka berfikir mengingat sesuatu. Dia menjongket-jongketkan keningnya sambil menunjuk kearah wanita tersebut. Aku cuba membaca isyaratnya. Isyarat yang diberinta seolah-oleh berkata *dialah-orangnya*.

Dia?

Sekali lagi aku memandang wanita tersebut. Wajah yang tenang serta senyuman yang manis menunjukkan dia seorang yang jujur......

"Ibu??!" Aku terjerit hingga bangun dari kerusi sambil menatap wajah wanita yang dianggap ibu olehku.

Wanita tersebut memandangku aneh.

"Ya?" Soalnya aneh.

"Puan Zurin?" Soal Ariz pula.

Wanita itu mengangguk perlahan dengan berhati-hati seakan-akan takut tersilap langkah.

"Mana kalian tahu nama saya?" Soalnya curiga.

.
.
.
.
.

"Puan pernah ada anak kembar?" Soal Ariz di dalam bilik peribadi ibu kami yang terdapat di restoran ini.

Ternyata, ibu kami telah membuka sebuah restoran makan yang maju di negeri Kedah ini. Mujurlah, ibu bukan berada di dalam keadaan yang aku dan Ariz sangkakan. Iaitu dalam kesusahan.

"Kenapa kalian tanya saya seperti itu? Siapa kalian yang sebenarnya?" Nampaknya ibu keberatan untuk memberitahu hal yang sebenar.

"Apa nama anak kembar puan?" Soal Ariz lagi tanpa menjawab persoalan ibu tadi.

Aku memandang Ariz geram. Kalau aku ditempat ibu pon mesti rasa takut. Yela, tiba-tiba ada orang yang tak dikenali datang lalu tanya sebegitu dengan jelas. Aku tampo kang Ariz ni 😒.

Ibu mengeluh.

"Ariz Naufal dan Alisa Natasya. Kenapa kamu tanya pasal anak-anak saya?"

Ariz tersenyum kecil.

"Puan tak nak jumpa mereka?" Soalnya lagi.

Ibu mengeluh lagi.

"Tipulah kalau saya kata tak mahu berjumpa mereka. Tapi, saya tak boleh. Itu akan membahayakan mereka." Balas ibu dengan mata yang bergelinangan(?) apabila mengingatkan anak-anaknya yang ternyata berada di hadapannya.

Hap!

"Ibu..." Aku memeluk ibu dengan erat.

Ibu menolakku perlahan lalu memandangku dan Ariz.

"Ibu?"

Ariz mengangguk.

"Ya, kami la Ariz dan Alis." Balas Ariz.

Ibu bagaikan terkejut lalu melepaskan kerinduan yang bertahun lamanya terpendam bersama pelukan anak beranak ini.

"Ibu rindukan anak-anak ibu." Luah ibu sayu.

"A-alis pon." Balasku teresak-esak.

Aku menutup mata menikmati pelukan daripada ibu kandungku. Inilah perasaan yang paling nyaman yang tak pernah aku rasakan. Untuk kali pertama aku mendapat pelukan hangat daripada ibu dan aku tak akan biarkan aku ibu merana.

Jika mereka membenci ibu, takkan aku dan Ariz biarkan. Kami akan melindungi ibu kami. Walaupun mummy sakitkan ibu, tak akan kami diamkan. Dia ibu kami.

Dont forget vote comment

Tq

Aelysh's Secret ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt