Bab 33 : Tasya

6.2K 407 17
                                    

"Macam mana kamu berdua boleh sampai ke sini? Dan! Macam mana kalian boleh cari ibu?" Soal ibu seperti seorang penyiasat yang sedang menyoal suspek yang bersalah di ruang tamu rumah ibu.

Rumah yang ditempati ibu tidak la terlalu kecil dan tidaklah terlalu besar. Simple and sederhana. Melihat rumah ibu yang kemas dan teratur pun dah cukup nyaman dipandang.

"Ibu tak boleh selamanya sembunyi." Luah Ariz dengan muka rayunya.

Kami semua terdiam mendengar perbincangan antara ibu dan Ariz. Bukannya aku tak mahu masuk campur, tapi aku rasa lebih baik abang aku sendiri yang berbincang dengan ibu.

Ibu mengeluh kecil lalu mencuba untuk senyum menandakan yang dia tidak terlalu lemah.

"Ibu tak boleh buat apa-apa kalau ibu keluar sekalipun. Malah, nyawa korang yang akan menjadi sempadan antara kami. Ibu cuma tak mahu membahayakan kamu berdua. Ni kamu berjumpa dengan ibu pun boleh membuat kamu berdua masalah. Macam mana kalau mummy kamu tahu?" Ujar ibu membuatkan Ariz terdiam.

"Tapi...ni terdesak, ibu. Kami sudahpun berada dalam keadaan darurat. Takkan nak biarkan selamanya mummy menang?" Soal Ariz.

Ibu mengerutkan dahinya.

"Darurat? Apa yang terjadi kepada kamu berdua?" Soal ibu balik.

"Alis. Mummy paksa Alis kahwin dengan jantan durjana. Ya, nampak baik tapi dia tu bukan lelaki yang sesuai untuk Alis. Ariz kenal sangat si Zarid tu." Balas Ariz dengan geram.

Sepertinya, Ariz pernah berdendam dengan Zarid. Tapi, sebab apa agaknya?

Ibu memandangku sebersalah lalu menunduk memandang genggaman tangan kami yang dari tadi tidak pernah putus. Jujur, aku tak puas. Kami akan menginap disini hanya semalaman untuk memujuk ibu. Kalau ibu enggan, kami terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Oh ibu, tolonglah anakmu ini.

"Maafkan ibu. Ibu... cuma takut akan keruhkan lagi keadaan. Lagipun, apa yang ibu boleh buat?"

"Daddy?" Cadangan daripada Ariz itu membuatkan aku dan ibu terkejut.

"Daddy?" Soal ibu balik.

Ariz mengangguk kecil.

"Ya. Ibu sayangkan daddy lagi bukan?" Soal Ariz semula.

Dengan perlahan... ibu mengangguk kecil dengan riak wajahnya yang kesedihan.

"Dah hampir 18 tahun kami berpisah. Jujurlah kalau ibu tak rindukan dia. Tapi, apa boleh ibu buat? Daddy dah pun bencikan ibu. Mummy kamu fitnah ibu habis-habisan masa tu sampaikan peluang untuk ibu jelaskan perkara sebenar pun tiada." Balas ibu dengan bergenangan air mata.

Aku yang mendengarnya pun hampir menangis. Aku terkenang segala kesusahan dan keperitan yang dihadapi oleh ibu pada masa dulu. Tak sangka, ibu seorang wanita yang kuat. Mungkin kalau aku, boleh bawa kepada bunuh diri agaknya.

"Tapi... tolonglah, ibu. Hanya ibu je yang boleh bantu kami. Hanya ibu boleh kalahkan mummy." Rayu Ariz sekali lagi. Nampaknya, Ariz bersungguh-sungguh untuk yakinkan ibu.

Ibu menghela nafas kecil.

"Huh, ibu nak sangat bantu kalian. Tapi, apa yang ibu boleh lakukan? Mampukah ibu melawan mummy kamu?" Soal ibu.

Ariz mengangguk kecil.

"Pasti. Pasti ada caranya."

Ibu mengangguk bersetuju.

"Kalau macam tu, ibu ikutkan sajala. Tapi..." Ibu memandang ke arah Airis tiba-tiba.

Airis tersenyum mengerti maksud pandangan yang diberikan oleh ibu.

"Memang mummy ibu kandung Airis. Tapi Airis tak sanggup lihat kak Alis dan abang Ariz merana kerana perbuatan mummy Airis. Jika ini mendatangkan kebaikan untuk semua, Airis akan sokong kalian." Luah Airis sambil tersenyum matang.

Wah, tak sangka gadis seusia 15 tahun seperti Airis sudah pandai berfikir seperti Airis. Aku kagum. Airis sepertinya sudah bijak memikir dan mengenal hal-hal dunia yang terjadi sekarang.

..

"Nanti malam Alis dan Ariz tidur dengan ibu ya?" Pinta ibu sebaik sahaja perbincangan tadi selesai.

Aku dan Ariz mengangguk terutama aku yang berasa sungguh teruja. Untuk kali pertama dalam sejarah hidupku, aku tidur bersama ibu kandung aku bersama Ariz. Kan lagi bagus bersama daddy? Baru sempurna keluarga kecil kami. Aku berharap sangat keajaiban selalu muncul untukku.

"By the way, Alis nak ambil angin di luar sebentar boleh kan ibu? Lagipun Alis nampak tasek kecil kat depan tu." Aku meminta izin kepada ibu.

Ibu mengangguk kecil.

"Pergilah tapi jangan lama-lama."

Aku membalas dengan anggukan lalu keluar dari rumah menunju ke tasek yang berhadapan dengan rumah ibu ini. Oh, baru aku perasan Afriz yang sedang terduduk di atas pangkin yang berhampiran dengan tasek. Aku terus mendekati Afriz. Nampaknya, aku perlu memujuk hatinya yang merajuk itu?😹

"Hye?"

Dengan sedikit terkejut Afriz memandangku.

"Oh, hye."

Seperti memahamiku, Afriz bergesek ketepi sedikit memberiku ruang untuk duduk di sebelahnya.

"Are you okay now?" Soalku.

Afriz mengangguk perlahan.

"Okey la kot." Balasnya singkat.

Huh. Aku mengeluh kecil. Aku menghadap ke arahnya.

"Okay Afriz. Listen to me."

Afriz memandangku aneh.

"What?"

"Are you jealous?" Soalku.

Afriz mengerutkan dahinya.

"Jealous for what?"

"Me and Zarid?"

"Emm..." Afriz kembali memandang ke arah tasek tanpa membalas soalanku.

"Hey. No need to be jealous la. Don't worry. Yang pasti, Tasya tak akan kahwin dengan Zarid. Nonsense la semua tu! Kalau mummy paksa Tasya pon, Tasya tak akan lakukan semua tu. Lagipun, kita datang sini sebab nak elakkan semua ni right? So, bersemangat la sikit please." Ujarku mengenggam tangan Afriz erat untuk meyakinkannya.

"Afriz takut kalau Tasya tak akan jadi milik Afriz. Afriz bukan sesiapa seperti Zarid." Balasnya.

Aku tersenyum kecil.

"Are you serious Afriz? Siapa kata Afriz bukan sesiapa? Afriz kan kesayangan Tasya!" Balasku pula.

Afriz tergelak kecil. Mungkin ayat terakhir itu mencuit hatinya. Aku pon sebenarnya agak malu untuk menyebutnya sebagai 'kesayangan' . Like a seriously, aku bukannya typical girl yang bersweet bagai ni dengan kekasihnya. So, nasib la si Afriz hohoho.

"Pandai eh Tasya sekarang. Siapa ajar ni?"

"Afriz la!"

"Since when?" Afriz membulatkan matanya yang agak sepet itu.

"Since you are my lovely boyfriend!"

Ish! Kalau sahaja boleh, dah lama aku nak peluk lelaki ni. Aih dah kenapa gatal sangat ni Tasya😹 .

Ok gais sorry sorry sorry late😭
I hv many problem nih .
Tak lagi denan suckolah tu lagi 😭 tabah je la ai bila setiap minggu busy smpai x up wttpd. Sorry again weiyh😭😹

Btw story ni pon dah lama x up mesti ramai yg dah lupa en huhuhu😭😢

Btw dont forget vote and comment. Bye💜💜❤

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now