Bab 16 : Tasya

9.6K 569 8
                                    

Lagi sehari. Tarikh SPM ku. Saat ini aku, Afriz, Haikal dan Fina sedang membuat study group di rumahku dengan bertutorkan Sarah dan Zeeyad. Huh, mujurlah mereka berdua tergolong dalam manusia yang pintar dan cerdik. Lagipun, sejak aku menjadi ahli Day5 Band, sudah terlalu banyak aku dan yang lain ketinggalan dalam pelajaran.

"Weiyh kita rest dulu tak boleh ke? Dah dua jam study! Boleh sakit otak aku." Keluh si Haikal dan dibalas anggukan oleh Fina dan Afriz.

"Ala sikit je lagi ni." Bantahku lalu menyuruh Zeeyad untuk menyambung tutornya. Mereka bertiga mengeluh kecil dan terpaksa ikut.

Selepas Zeeyad mengajar, aku memintanya untuk berhenti. Kemudian aku meminta izin kepada mereka untuk mengambil makanan ringan di dapur. Mulalah si Haikal tergedik-gedik nak ikut kerana katanya, pilihanku semasa memilih makanan ringan tidak sesuai dengan keinginannya. Dasar!

"Weiyh Tasya." Panggil Haikal ketika aku sedang terjengket-jengket mengambil makanan ringan kegemaranku di atas almari yang terlalu tinggi itu. Siapa pula letak di tempat tinggi ni? Tahu la aku ni pendek.

"Hmm?"

"Kenapa aku tak pernah nampak kau balik rumah kau dah?" Soalnya sakarstik membuatkan aku tidak jadi mengambil makanan ringan itu. Akhirnya, aku melihat Haikal tolong mengambilnya selepas dia menyoalku

"Oh, aku fikir kau dah tahu mengenainya." Aku mengaru-garukan kepala ketika menjawab. Salah aku juga tidak memberitahu perkara yang sebenar kepada mereka.

"So?"

"Aku dah keluar dari rumah itu." Balasku singkat lalu terus meninggalkannya dengan pelbagai tanda tanya. Please Haikal, lagi sehari SPM menjelang. Jangan bagi aku stres.

Tapi sayang.

Permandangan di hadapanku ini lagi membuatkan aku stres. Haikal juga turut berhenti dan turut memandang permandangan yang menyakitkan mata kami berdua. Afriz dan Fina. Mereka berdua sedang bermesra dan bermanja.

Aku cemburu? Bolehlah sikit kerana hatiku sudah dapat menerima Afriz sedikit demi sedikit. Tapi ini balasannya? Kenapa Afriz? Kenapa?

Aku melepaskan paket-paket makanan ringan yang ku pegang lalu terus meninggalkan ruangan itu. Sakit mata aku memandangnya. Dapat aku dengar panggilan-panggilan daripada Afriz tapi aku endahkan. Apa lagi Afriz? Afriz nak cakap yang Afriz sudah menjumpai kekasih hati yang lain dan ingin lupakan Tasya?

Pfft.. kenapa semua orang ingin meninggalkan aku? Keluargaku....dan sekarang Afriz?

Ok fine!

"Tasya!" Panggil Afriz dari luar bilik. Aku hanya mengendahkannya dan membaringkan diriku di atas katil sambil meratap nasib malangku. Tiba-tiba aku teringat kata-kata mereka dahulu.

"Kau tu anak pembawa si*l!"

"SUDAH LA!" Jeritku kegeraman sambil menutup kedua belah telingaku. Tolong...aku tak mahu mendengarnya!

Kleck

Aku mendengar pintu bilikku dibuka. Aku melihat Fina memasuki bilikku dan duduk di birai katil. Dia masih memandangku dengan bersalah. Sebenarnya aku lagi bertambah berasa bersalah dengannya. Sudah terlalu banyak aku bergantung kepadanya. Mungkin jika aku melepaskan Afriz untuknya, dapat membuatkan gadis ini bahagia.

"Maafkan aku." Aku mendahului perbualan. Selepas itu Fina memelukku sambil mengalirkan air mata. Nak tak nak, air mataku juga turut mengalir.

"Aku yang bersalah. Please maafkan aku. Sepertinya, aku perlu menjelaskan sesuatu kepada kau. Kau dah salah faham ni." Ujar Fina lalu mengusap air mataku. Aku hanya mendiamkan diri. Kalau aku bercakap, lagi bertambah air mataku akan keluar.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now