Bab 10 : Tasya

10.3K 629 9
                                    

15 Mei

Tarikh ini. Merupakan tarikh Day5 Band membuat comeback. Aku membaca dengan sekilas lirik lagu yang diberikan oleh Haikal tadi. Hmm nampaknya aku harus nyanyikannya dengan rancak. Dan dalam lirik ini, aku perlu berduet bersama Afriz. Tiba-tiba aku teringat ketika di pertemuan fanclub haritu. Sampai sekarang aku masih malu-malu hendak bercakap dengan Afriz. Dia pun sama.

"Woi! Dengar tak apa yang aku katakan tadi?" Jerit Haikal yang membuyarkan lamunanku. Aduh.

"W-what?" Soalku kekok. Haikal mengeluh kecil melihatku.

"Aku cakap tadi. Kau kena nyanyi lagu ini dalam English. Faham tak?" Jelasnya. Aku hanya mengangguk kecil sambil tersengih-sengih. Ceh, memang selama ini aku nyanyi dalam bahasa English pun.

"Dah guys! Jom practise lagu ni. Pukul 4 karang kita nak buat rakaman musik di luar. Dah ready! Ready!" Sampuk Fina pula.

Beberapa minit kemudian, kami sudah pun bersedia di tempat masing-masing. Eh mana Afriz? Tak nampak batang hidung pun.

"Fina, Afriz mana?" Soalku.

"Cia cia tanya fasal Afriz~" Usik Zeeyad membuatkan semua orang ketawa kecil. Aku hanya memandang Zeeyad tajam lalu kepada semua orang membuatkan semua terdiam ketakutan. Hah tahu takut!

"Haha. Afriz....err dia ada hal! Hah dia ada hal." Balas Fina gugup. Dah kenapa minah ni macam tak yakin je dengan jawapannya. Ke dia ada sembunyikan sesuatu?

"Habis tu, siapa nak gantikan tempat Afriz?" Sekali lagi semua orang menyorakiku dan Afriz. Haish diorang ni memang suka sangat makan kaki ke?

"Biar Haikal gantikan buat sementara." Balas Fina apabila keadaan sudah reda. Aku hanya mengangguk kecil.

Selepas 2 jam kami practise lagu, kami pun membuat keputusan untuk berhenti apabila yakin kami sudah berjaya menghafal rentak dan semua tentang lagu ini.

Aku mengkerling jam yang berada ditanganku. Alahai, baru pukul 2 petang. Lama lagi nak tunggu sampai jam 4 petang. Aku melihat apa yang ahli-ahli lain sedang buat. Haikal dan Zeeyad sedang bermain. Ceh tak padan dengan umur. Apalagi Zeeyad yang berumur 20 tahun. Manakala Sarah dan Fina sedang bergosip mengenai artis. Hmm tak berminat aku bab gosip-gosip ini.

Kring!

Aku melihat siapa yang menghantar mesej kepadaku.

Daripada: Afrizal Izzani

Boleh tak aku nak jumpa kau di rooftop? Aku ada hal nak cakap sesuatu kepada kau.

Aku pun membalas mesej itu.

Kepada: Afrizal Izzani

Okay. Give me 5 minutes.

Dengan segera aku bangun dan keluar dari studio ini. Tapi, sebelum aku sempat keluar, Haikal sempat menanyakan sesuatu.

"Nak pergi mana tu Tasya?" Soalnya dengan memanggilku 'Tasya'. Sejak aku meluahkan perasaanku haritu, semua pakat memanggilku Tasya kerana bagi mereka dengan memanggilku Tasya, hubungan kami akan lebih akrab.

"Err I have.....something to do....Err bye." Balasku gagap lalu meninggalkan mereka dengan segera. Nanti banyak pula mereka menanya aku hal-hal yang aneh.

Ketika dalam perjalanan ke rooftop, tidak tahu lah kenapa hati ini dari tadi terasa berdebar-debar sahaja. Aku berfikir, kenapa agaknya Afriz ingin menemuiku. Berdua pula itu. Hmm bagi aku Afriz itu memang handsome, hot, pandai dan baik. Kadang-kadang ada la juga secebis rasa suka kepada Afriz tapi dia tu menyebalkan juga. Ketika dia tidak mengetahui tentangku lagi, dia selalu mengacauku dan menggangguiku. Tidak tahulah kenapa.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now