Bab 36 : Tasya

6K 331 20
                                    

"Sebenarnya, aku dan Fina dah official." Ucap Haikal dengan ringkas.

Kami hanya meng'oh sahaja lalu melanjutkan makanan kami semula. Haikal dan Fina melihat kami dengan pandangan tak percaya. Hahaha sebenarnya kalau perkara sebegini terjadi pon, kami tak akan terkejut sama sekali. Cara mereka berkomunikasi sebelum ni pon dapat diagak oleh kami.

"Oh tahniah. Aku merestui hubungan korang. " Ujar Afriz.

"Ish tu je? Cadang nak bagi suprise kat korang tau tak?" Soal Haikal kegeraman.

Kami semua tersengih.

"Hahaha bukan apa. Korang memang sesuai dan dapat diagak dah yang korang ni berjodoh. So, aku harap hubungan korang berjaya sehingga ke jinjang pelamin dan ke jannah okay?" Ucap Zeeyad sambil tersenyum manis.

"Yup." Sahutku.

"Terima kasih semua." Ujar Fina terharu. Kami hanya melemparkan senyuman yang terbaik kepada pasangan sejoli itu.

"Hah Afriz dengan Tasya macam mana? Berita tentang perkahwinan korang tu serius ke?" Soal Haikal ingin tahu.

Kami berdua mengangguk sambil tersengih.

"Of course la serius. Tapi, bukan sekarang la. Lagipun kami berdua masih muda. SPM pon baru habis." Balas Afriz seadanya.

Aku mengangguk tanda bersetuju dengannya. Memang betul pon, aku dan Afriz sudah merancang untuk berkahwin apabila usia kami menjejaki 23 tahun ke atas. Lagipun, masing-masing mempunyai cita-cita tersendiri. Tapi, rasanya cita-cita aku yang ingin menjadi doktor kemungkinan tidak akan terjadi? Kalau aku jadi doktor, siapa yang ingin menguruskan A's Corp? Huhuhu.

"Eh, awal lagi nak balik ni. Any plan for tonight?" Soal Zeeyad.

Kami semua terdiam memikir.

"Hah!" Celah Fina.

"Idea?"

Fina mengangguk kecil.

"Kita lepak kat dataran je nak?" Ajak Fina.

Kami mengerutkan dahi. Bukan tak nak, tapi...

"Karang kita pergi bukannya melepak. Jadi sesak dengan DayLove macam mana?" Soal Afriz.

"Pakai la mask. Pleaseeee." Rayu Fina.

Hah nak tak nak kami pergi juga dek tak mahu menghampakan Fina. Lagipun, lama kami tak lepak bersama. Mungkin selepas ini, kami akan berjarang berjumpa dan sibuk dengan hal masing-masing.

Dataran Putrajaya

"Wei korang, aku nak pergi beli aiskrim kat hujung sana. Korang nak beli something tak?" Soalku kepada yang lain.

Ada yang mengangguk ada juga yang menggeleng.

"Tolong belikan aku sosej yang ada cheese tu tau hehe." Pesan Haikal.

"Aku nak air. Aku hausssss." Ujar Zeeyad seakan-akan tidak pernah berjumpa dengan air.

Aku mengangguk kecil lalu bersedia untuk pergi.

"Tasya nak Afriz teman?" Soal Afriz kepadaku dengan prihatin. Aku menggeleng kecil.

"Tak payah la. Belakang tu je. Don't worry." Balasku ringkas.

...

"Bang, aiskrim vanilla satu." Pesanku kepada abang yang membuat aiskrim itu.

Abang tersebut hanya mengangguk kecil lalu mengambil kon aiskrim dan aiskrim vanilla. Dengan pantas dia meletakkan aiskrim vanila di atas kon. Dia mengambil sehelai tisu lalu dibungkuskan disekeliling luar kon. Dia memberikan aiskrim tersebut kepadaku.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now