Bab 23 : Tasya

8.2K 471 23
                                    

"My love!"

"Papa!" Jeritku keriangan lalu berlari ke arah papa.

Aku memeluk papaku dengan erat. Rindu. Rindu sangat dengan lelaki tua yang kupeluk ini.

Papa. Antara 'mereka' yang menyayangiku sebagai Alisa Natasya. Nama sebenar papa ialah Ahmad Tahar atau Dato' Ahmad Tahar. Kalau nak tahu, syarikat A's Corp tu, dia la bangunkan pada mulanya. Aku hanya pewarisnya yang sudah mengambil alih tempatnya kerana usianya yang sudah melangkau.

Bagaimana aku pula jadi pewarisnya?

Mungkin kerana wajah aku serupa dengan arwah isteri tercintanya. Isterinya meninggal ketika ingin bersalin malah, bayinya turut mengikuti arwah isterinya. Sejak kejadian itu, papa Tahar bernekad untuk tidak berkahwin lagi.

Papa Tahar menjemputku masuk ke dalam banglonya dengan senyuman yang tak lekang dari wajahnya. Mungkin dia amat merinduiku?

"Papa sorang je ke? Mana Kai?" Soalku dengan kepalaku yang meliar-liar mencari kelibat Kai.

Kai. Anak angkat papa Tahar tapi Kai bukanlah senasib sepertiku. Papa Tahar mengambilnya dari rumah anak yatim dan menjaganya sejak kecil lagi.

"Kat office lagi la. Ni haa papa nak tanya. Kenapa datang tak bagitahu? Kalau tak boleh papa masak makanan favourite my love ni siap-siap tau." Bebel papa Tahar. Aku hanya tersengih kecil.

Walaupun setahun lebih tidak berjumpa, papa Tahar masih tidak mengubah nama manjaku yang diberinya iaitu my love. Sweet kan my papa?

"Tasya rindu sangat dekat papa. Tu Tasya datang sini." Balasku.

"Ye la tu rindu. Ingat papa tak tahu sebab yang sebenar?" Papa Tahar mengerlingku.

Aku terkaku.

"Eh macam mana papa boleh tahu? Hah sejak bila pakai saka ni?" Soalku selamba lalu memasukkan cadburry yang berada dalam peti ais. Sedar tak sedar, kami sudah berada di dapur. Macam biasa, mesti papa mahu membuat spagetti kegemaranku.

"Auchh mulut tu! Papa sumbat dengan spagetti ni karang! Sia-sia je hidup tu." Balas papa Tahar lalu menunjuk-nunjuk spaggeti yang masih tajam itu.

Aku tergelak kecil. Perangai aku dan papa Tahar bila bersama tak nampak langsung seperti ayah dan anak. Layanan yang diberi oleh kami seperti bersama kawan. Gurau kasar.

"Papa tahu la apa yang anak papa lalui sekarang ni. Ingat kat rumah papa ni tak ada televisyen ke? Papa bukan kuno k." Balas papa Tahar lagi. Sempat lagi dia memerliku😒

"Owh senanglah Tasya tak perlu nak jelaskan. I hope papa tak kesah Tasya tinggal sini untuk beberapa hari." Balasku.

"Boleh je. Tapi my love kena bayarlah. Sejam RM5 ye." Balas papa selamba badaknya sambil mengacau kuah spagetti yang merah tu.

"Choii! Cekik darah sungguh!" Balasku.

"Hehehe. By the way, A's Corp okey ke?"

"Okey je. But....sorry la papa. Tasya tinggalkan untuk sementara. I need space and relaxing my mind. Tapi Tasya percayakan abang Harraz dan Fina. Diorang pasti boleh handlekan company tu dengan baik." Balasku tenang.

Papa Tahar mengangguk kecil.

"Papa tak marah pun. Lagipun, kenapa Harraz dan Fina tidak bersama Tasya?" Soal papa Tahar dengan curiga.

"Emm sebenarnya tadi kami bergaduh sikit." Balasku perlahan.

Papa Tahar terus memperlahankan api lalu pergi ke meja di dapur. Dia duduk di hadapanku.

"Why? Do you have problem?" Soal papa Tahar dengan prihatin.

Aku mengangguk kecil. Lalu, aku membuat keputusan untuk menceritakan semuanya kepada papa Tahar dari aku berhenti menjadi Alisa Natasya hingga sekarang.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now