Bab 9 : Aelysh (F)

10.3K 671 4
                                    

Sudah 2 jam kami berlatih untuk lagu baharu kami, akhirnya kami membuat keputusan untuk berhenti berehat. Aku perasan semua sudah berpeluh termasuk diriku walhal di dalam studio ini berkeliling dengan penghawa dingin.

"Eh Aelysh nak tanya sesuatu boleh?" Soal Sarah apabila dia sudah berada disebelahku. Saat ini kami berehat dengan membuat bulatan. Aku duduk diantara Sarah dan Fina. Fina baru sahaja tiba dari urusan mengenai Day5 Band.

"What?" Soalku sebelum meneguk air mineral yang diberi oleh Fina tadi.

"Kenapa ketika kau jadi youtuber, kau 'sembunyi' daripada semua orang?" Mujurlah aku tidak menyemburkan air yang kuminum ini selepas mendengar soalan daripada Sarah itu.

Aku melihat Fina tersenyum ke arahku sambil menggenggam tanganku. Kemudian aku terasa seseorang menggenggam tanganku yang lagi satu. Sarah rupanya.

"Jangan risau. Kami semua adalah kawan kau. Aku dan yang lain boleh terima kau dari A-Z." Aku melihat bola mata Sarah untuk mencari kejujurannya. Aku yakin bahawa dia jujur. Aku perasan semua sudah memberi perhatian kepadaku.

"Sebenarnya...." Aku berjeda sebentar untuk mengambil nafas.

"Sebenarnya selama ini aku sering dipinggirkan oleh keluarga aku. Aku bagaikan bayang-bayang dalam keluarga itu. Aku mempunyai seorang abang kembar dan seorang adik perempuan yang korang kenali sebagai Ariz dan Airis."

"Wait. Ariz dan Airis yang sekolah sama dengan kita tu? Yang ibu bapanya kedua terkaya di Malaysia ini?" Sampuk Haikal tiba-tiba. Aku hanya mengangguk kecil. Mereka seakan-akan tidak percaya bahawa aku sebahagian daripada keluarga itu.

"Tapi kenapa kau dipinggirkan daripada mereka?" Soal Zeeyad pula. Aku hanya mengangkat bahuku tanda tidak tahu. Kemudian aku menyambung ceritaku.

"Aku pun tidak tahu. Apa yang aku buat mesti salah dan apa yang Ariz dan Airis buat mesti betul. Aku sering difitnah oleh mereka berdua sampaikan mak ayah aku percaya mereka bulat-bulat. Tapi aku tetap sabar kerana aku tahu bahawa semua yang berlaku pasti ada hikmah. Jadi, aku pun menjadi Aelysh untuk meluahkan segala perasaanku. Boleh sahaja aku menulis diari, tapi aku memang tiada feeling apabila menulis jadi aku hanya menyanyi. Tapi memang aku tidak sangka bahawa banyak orang yang mendengar luahanku. Aku...aku jadi semakin takut. Bimbang dan gusar kalau mereka tahu siapa diri aku sebenarnya. Jadi aku mencipta nama 'Aelysh' agar orang tidak mengetahui tentang aku. Aku juga risau jika keluargaku semakin membenci aku kerana selama ini aku sering ditindas oleh mereka. Pastinya aku tidak boleh lebih daripada mereka." Jelasku panjang lebar dan membuatku mengalirkan air mata. Selama ini aku tak pernah nangis dihadapan orang. Ini buat kali pertamanya.

Sarah dan Fina memelukku dan aku melihat mata mereka sudah pun sembab. Aku tersenyum kecil.

"Hey why are you guys crying?" Soalku dengan suara yang serak basah. Aku perasan mata si Haikal juga sudah berair selepas mendengar ceritaku.

"Actually, my story almost same with you." Balas Haikal sambil tersenyum kekok. Aku mengerutkan dahiku termasuk yang lain.

"What do you mean?"

"Aku ni anak tunggal dan keluarga aku juga sering keluar oversea untuk urusan perniagaan sampaikan mereka lupa anak mereka ini. Memang semua kelengkapan sungguh cukup mereka berikan kepadaku tapi.......apa guna semua itu jika tanpa kasih sayang? Kerana itu jugalah aku berusaha masuk ke kelas terakhir untuk mencari perhatian mereka tapi hasilnya nihil. Mereka malah lebih mengabaikanku." Luah Haikal.

Jadi patutlah, selama ini dia berperangai sebegitu. Sekarang aku yakin, sebenarnya Haikal ini baik jika dia mempunyai kasih sayang yang penuh daripada keluarganya. Termasuklah aku.

"Tapi takkan korang hendak hidup sebegini sampai bila-bila? Ditindas dan tidak disukai oleh orang ramai walhal korang tidak seperti yang mereka fikirkan." Ujar Zeeyad tiba-tiba dan membuatkan aku dan Haikal terdiam dan kaku.

"I'm not sure." Balas Haikal perlahan.

"Beginilah. Macam mana kalau aku cabar kalian." Kata Zeeyad singkat.

"Cabar apa?" Soal Haikal dengan terasa sedikit tercabar.

"Apa kata kalian buktikan kepada semua orang bahawa kalian juga boleh? Aku tahu kalian boleh sebenarnya. Takut? Kalau kalian terapkan perasaan itu, pastinya kalian selama-lamanya akan hidup dalam kegelapan. Korang kena yakin tentang kehidupan. Memang kita perlu hormat kepada ahli keluarga, tapi kita juga punya hak untuk bersuara. Jangan risau, korang lakukan secara slow and steady kerana kami sentiasa ada untuk membantu kalian bukan?" Katanya lalu memandang ahli yang lain. Afriz, Fina dan Sarah mengangguk sambil tersenyum.

"Betul itu. Apa guna kawan kalau tak tolong kawannya yang sedang kesusahan?" Balas Afriz dengan semangat.

Aku memandang Haikal dan Haikal memandangku lama. Aku dan Haikal masih terfikir dengan cabaran Zeeyad tadi. Aku mahu mengambil cabaran itu tapi aku perlu yakin. Masalahnya, aku sudah cukup yakinkah dengan semua itu.

"Jangan terfikir terlalu lama untuk memikir bahawa kalian sudah yakin atau belum kerana itu akan menambahkan lagi ketakutan dalam fikiran korang. Korang juga mahu keluarga kalian 'menghormati' kalian bukan?" Soal Zeeyad yang memanasi fikiran kami dan membuatkan aku semakin kuat.

Tak lama kemudian, aku dan Haikal mengangguk setuju terhadap cabaran yang diberikan oleh Zeeyad itu.

...

"Sebenarnya....ketika itu saya masih tidak bersedia untuk dunia mengetahui tentang saya. Saya masih tidak yakin dengan kemampuan saya. Tapi, sejak saya bersama 'mereka', saya menjadi semakin yakin dan kuat." Balasku dengan semangat kepada peminat yang bertanyakan soalan kepadaku itu. Aku yakin mereka pasti ada yang tidak memahami maksudku tapi, cukuplah setakat itu sahaja aku memberitahu tentangku kepada mereka.

Ahli Day5 Band semua pakat mengukirkan senyuman manis kepadaku. Termasuk Harraz yang berada di belakang pentas. Nampaknya dia baru tiba daripada urusan penting.

"Emm boleh saya tanya. Saya lihat Haikal dan Aelysh sepertinya rapat dan mesra semacam. Ada something ke ni?" Gurau si MC itu membuatkan para DayLove menyorak kami berdua dan ada yang sudah shipkan kami.

"Eh mana ada lah." Nafiku.

"Betul itu. Lagipun Aelysh bagaikan adik saya walaupun kami sebaya kerana kami.....banyak persamaan. Nanti marah si Afr-" katanya tidak habis kerana mulutnya ditutup oleh Afriz. Ramai yang ketawa besar melihat gelagat mereka termasuk aku.

"Wait, wait. 'Marah si Afriz'? But why? Do you like her Afriz?" Goda si MC. Dalam hati memang aku mencarut-carut namanya.

Aku melihat Afri blushing sambil memandangku. Dah kenapa. Diam pula tu.

"Ayok kantoi!" Goda lagi MC itu membuatkan bahang terasa diseluruh mukaku. Dah kenapa?

"Cia! Cia! Cia! Love at first sight ke ni!" Haikal lagi memanasi kami.

Haih ada juga karang balik atas tayar ni. Siap kau Haikal!

.......

Thanks sudi baca =)

Vote & Comment ✔✔✔

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now