Bab 35 : Alisa

6K 369 1
                                    

"First of all, terima kasih kerana sudi hadir ke majlis perasmian pelantikan presiden dan CEO A's Corp yang baharu pada malam ini. Walaupun amanah yang diberikan oleh saya ini sungguh besar, saya percaya kepada mereka serta dapat berjaya melahirkan ramai artis tanah air yang sungguh berbakat pada zaman sekarang ini. Juga kepada yang sentiasa bersama saya hingga ke hari ini." Papa Tahar berjeda sambil memandang para tetamu dengan terharu.

Selain majlis perasmian kami, papa Tahar juga turut serta untuk menyambut hari persaraannya.

"Kepada isteri saya yang tercinta hingga ke jannah." Ujarnya lalu memandang ibu.

Para hadirin semua terkejut. Yes, semua menyangka bahawa isteri sebenar papa Tahar dan meninggal dunia. Memang benar, dan ini hanyalah sekadar lakonan kami di hadapan keluarga mummy.

"Isteri Dato' Tahar?"

"Takkan Dato' Tahar kawin lain?"

Pelbagai persoalan yang berlegar-legar di minda para tetamu. Termasuk keluarga yang aku kenal, mummy dan daddy.

First, sebab tak sangka dengan pernyataan yang diberikan oleh papa Tahar. Second, sebab tak sangka isteri papa Tahar ialah ibu. Aku memandang mummy yang sudah gelabah dan gementar. Nampaknya, rancangan kami menjadi.

"Buat pengetahuan semua, isteri saya iaitu Puan Zurin juga merupakan ibu kandung kepada Cik Tasya iaitu presiden baru A's Corp."

Kata-kata itu semakin membuatkan mummy terkejut beruk. Daddy? Lagi la tak sangka. Mereka semua terbangun lalu memandang kami dengan pandangan yang memerlukan lebih penjelasan.

"Ibu kandung Cik Tasya? Bukankah Datin Hazel tu keluarga Cik Tasya?"

"Anak tiri je kot."

Pelbagai andaian yang diberikan. Walaupun terdapat juga andaian yang agak melampau, aku hanya membiarkannya.

"Dan untuk pengetahuan semua juga, Cik Tasya ini jugalah salah seorang artis yang bernaung di bawah syarikat ini...."

Aku terus memandang papa Tahar. Wait, ini bukan seperti yang dirancang! Memberitahu kepada umum yang Aelysh ialah Cik Tasya bukanlah sebahagian daripada rancangan kami!

Aku menggelengkan kepala untuk memberi amaran kepada papa Tahar untuk menghentikan ucapannya tetapi papa Tahar tidak mengendahkannya. Dia tetap dengan pendiriannya.

"Iaitu Aelysh."

Damn. Semua orang melihatku dengan pandangan yang tidak percaya dan terkejut. Termasuk mummy dan daddy. Em aku rasa mummy dan daddy masih tidak mengetahui siapa Aelysh yang sebenarnya. Hanya identiti sebenar Tasya sahaja yang mereka tahu.

"Da-daddy...apa yang dah berlaku ni?" Soal mummy tak sangka kepada daddy.

Walaupun berjauhan, dapat ku agak melalui gerak-geri mulut mummy yang berkata sesuatu kepada daddy. Daddy hanya terdiam terkelu sambil memandang ibu dengan tak sangka. I'm curious. Apa yang difikirkan oleh daddy tentang ibu ya?

Do you miss her, daddy?

...

Berita hangat : Terbongkar bahawa Presiden baru A's Corp ialah artis yang semakin naik daun iaitu Aelysh.

Pap!

Aku mencampakkan majalah yang baru dibeli atas meja kerjaku. Aku memicit kepalaku yang semakin pusing memikirkan semua hal ini. Haih, kenapa semua jadi sebegini? Niatku hanya menggertak mummy sahaja. Tapi, lain yang jadinya. Malam tadi pon aku tidak pulang ke rumah daddy malah bermalam di rumahku. Mujurlah ada ibu dan yang lain dapat menenangkanku.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now