Bab 26 : Tasya

8K 476 10
                                    

"Hati-hati." Arahku ketika Ariz memapah Afriz yang masih tidak sedarkan diri menuju ke sofa di penthouse milik Sarah.

Macam tak percaya je yang Afriz boleh pengsan. Emm, kuat sangat ke aku goyang-goyangkan dia tadi?

"Yeye. Aku tahu la." Jeling Ariz.

Aku hanya tersengih kecil. Tak lama kemudian, Sarah datang sambil menatang dulang kemudian diletakkannya atas meja yang berada di hadapan kami.

"Minumlah dulu." Ujar Sarah sambil tersenyum kecil.

"Eh susah-susah je. By the way, thanks tumpangkan Afriz ke sini untuk sementara and sorry kalau kacau korang date tadi." Kataku dengan bersalah.

Aku memandang Ariz yang dibalas jelingan tajam olehnya.

"Memang ganggu pon. Dah la aku ni jarang free." Keluh Ariz sendirian membuatkan aku dan Sarah tergelak kecil.

"Eleh. Dugaan dalam hubungan ni la." Balasku selamba lalu menghirup air yang disediakan oleh Sarah tadi.

"Emm ye la. Dugaan oleh adik kembar sendiri kan." Sindirnya.

"Aish."

"Erghh..." Sedang kami seronok berbual -bergaduh dengan Ariz sebenarnya- , kedengaran suara erangan seseorang menghentikan perbualan rancak kami.

"Eh, kau sakit ke?" Soalku kepada Ariz.

Tapi aku rasa, okey je aku tengok si Ariz ni.

"Eh mana ada. Ke awak yang sakit?" Soalnya pada Sarah pula.

Sarah hanya menggelengkan kepala melihat kerenah kami. Pasaipa?

"Korang ni😒 Tak ingat ke siapa lagi dengan kita sekarang ni?" Soal Sarah tak puas hati.

Aku dan Ariz saling berbalas pandangan sambil memikirkan siapa yang dimaksudkan oleh Sarah itu.

"Adumak! Blur la korang ni! Ni ha, Afriz!" Pekik Sarah lalu menunjuk Afriz yang terbaring di sofa berhampiran kami.

"Eh a'ah la! Ya Allah, terlupa!" Aku menepuk dahiku perlahan. Memang la perlahan, takkan kuat pulak -_-

"Haih, dengan boyfriend sendiri dia boleh lupa?" Sarah menggeleng-gelengkan kepalanya manakala aku hanya tersengih kecil. Aku terus menghampiri Afriz.

"Kan. Ish ish ish. Tak patut. Tengok saya ni, kuat ingatannya kan?" Gedik aja aku dengar suara si Ariz ni😑

"Eleh, dia pon 2 kali 5 je. Puih!" Balas Sarah lalu terus beredar menuju ke dapur membawa dulang dan gelas-gelas tadi.

Manakala Ariz membuntutinya dari belakang dan tinggallah aku berduaan dengan Afriz.

Jangan berdua, sebab nanti tiba-tiba menjadi bertiga. Dan orang ketiga itu adalah syai-

"Afriz kat mana ni?" Soal Afriz sebaik sahaja dia tersedar daripada pengsannya. Dia bangun dari pembaringannya lalu duduk bersandar di sofa.

"Afriz kat penthouse Sarah. Tadi....Afriz pengsan."

Afriz membulatkan matanya selepas mendengar jawapan tadi.

"What?! Pengsan?! Haih, jatuh saham aku pengsan depan perempuan." Keluhnya sambil mengusap-usap kepalanya dengan stres.

Haih, time macam ni boleh lagi pikir macam tu?

"Tapi...macam mana Afriz boleh pengsan?" Keluar terus soalan maut daripadanya.

Sudah, aku nak jawab apa? Mesti dia marah kalau dia tahu aku la punca dia pengsan. Aku melihat wajah suci Afriz yang penuh kerutan di dahi.

"Err....takkan Afriz tak ingat?"

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now