Bab 4 : Alisa

10.5K 649 35
                                    

"Tasya! Tasya! Tasya!" Jerit seseorang dari luar. Suaranya seperti Harraz. Mujurlah dia tidak sibuk.

"Ha-harraz." Ucapku dengan lemah. Tidak tahu la kenapa tapi aku rasa sungguh tidak larat dengan apa yang terjadi tadi.

"Tasya kau dekat dalam ke? Aku nak pecahkan pintu ni. So beredar dari pintu ni segera." Ujarnya dengan risau akan keadaanku yang tidak bermaya ini. Dengan segala kudratnya, aku merengsot ke tepi seperti yang disuruh oleh Harraz tadi.

Pak

Akhirnya pintu dipecahkan olehnya. Aku melihat Harraz dengan samar-samar. Aku perasan ada Fina sekali di belakangnya.

"Tasya!" Selepas itu aku terus tak menyedarkan diri. Semua pandangan menjadi gelap. Kalau boleh, biarlah gelap selamanya. Aku.....tak kuat.

.

Aku membuka mataku dengan perlahan lalu mengedarkan pandangan ke sekeliling. Rupanya aku berada di dalam 'bilik aku'. Tiba-tiba fikiranku melayar tentang kejadian tadi. Kejadian yang tidak dapat dilupakan.

Ariz... kenapa?

Klek

"Tasya kau dah sedar?" Soal Fina yang baru sahaja masuk ke dalam bilikku. Dia menghampiriku dan meletakkan semangkuk bubur dan segelas air yang diletakkan atas dulang di atas meja.

Kemudian dia memeriksa dahiku sama ada panas ke tidak, mungkin. Aku rasa sihat je.

"Alhamdulillah demam kau dah kebah sikit. So feeling better now?" Soalnya lagi seakan-akan nurse. Aku hanya mengangguk kecil. Sukar ingin mengeluarkan suara walaupun sepatah.

Tak lama kemudian dia mengambil bubur tadi dan menghalakan sudu yang berisi bubur kepadaku. Aku menerima suapan itu. Sungguh aku terasa terharu dengan perlakuannya sedangkan mummy pun tidak pernah melakukan sebegini kepadaku kecuali Airis.

"Hey kenapa menangis ni?" Soal Fina kerisauan lalu meletakkan bubur itu di atas meja.

Aku hanya membalasnya dengan gelengan. Apabila menyedari sesuatu, dia terus memelukku dan menggosok-gosok belakangku. A-aku sangat memerlukan sokongan daripada seseorang saat ini.

"Shhh shhh. Dah janganlah nangis. Buruk tau kau nangis. Nanti aku pun nak nangis juga." Katanya yang ingin mencuba untuk memujukku. See? Aku dah kata. Jika aku tersakiti, 'mereka' pandai cari cara untuk menghiburkanku. Aku sangat menghargai korang.

"Te-terima kasih." Ucapku ringkas. Fina hanya mengangguk faham dengan apa yang diucapkan olehku sebentar tadi.

"Dah dah. Jom sambung makan. See! Kau dah kurus. Nanti tak boleh aku nak cubit pipi kau yang chubby ni!" Katanya lalu mencubit pipiku dengan geram. Perbuatannya membuatku ketawa kecil.

Thanks friends.

..

"Tasya serius ke kau nak balik ni?" Aku hanya membalas soalan Fina dengan anggukan kecil disertai senyuman kecil untuk menyakininya.

Dia hanya mencebik melihat kedegilanku. Maklumlah, masuk ni dah 6 kali dia memujukku agar tidak usah pulang ke rumah. Tapi apa boleh buat? Kalau aku ingin keluar dari rumah itu, aku akan pastikan mereka mengetahuinya. Aku janji Fina, tak lama lagi.

"Kalau macam tu aku hantar la. No excuse! Kalau tak aku tak bagi kau pulang!" Hmm. Terpaksa juga la aku mengikuti segala perintah Harraz. Ala hantar pulang je kan?

"Baiklah captain!" Balasku semangat lalu mengangkat tanganku ke dahi.

"Ok fine. Bye Tasya. 'Hati-hati' tau." Pesan Fina sebelum kami berangkat menaiki kereta Harraz. Aku faham maksud 'hati-hati' itu. InsyaAllah Fina. Doakan untuk aku.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now