Bab 15 : Alisa

9.3K 569 14
                                    

Daddy menahan lenganku daripada keluar dari rumah ini. Aku memandang daddy ketakutan. Adakah dia ingin menyeksaku lagi seperti tadi apatah selepas mengetahui siapa diriku sebenarnya.

Tapi...

Dengan tidak sangkanya dan membuatku dan ahli keluarga lain terkejut ialah daddy memelukku. Daddy memelukku erat layaknya seorang ayah. Aku menikmati pelukan itu sebentar sebelum sesuatu perkara yang membuatkan aku teringat.

Aku benci mereka.

Aku melepaskan pelukan daddy. Aku memandangnya dengan marah dan tidak puas hati. Aku tak faham. Kenapa dia ingin memelukku? Adakah selepas dia mengetahui diriku siapa sebenarnya, baru dia sedar bahawa aku ini adalah ANAK KANDUNGNYA?

"Ma-maafkan da-daddy Alis." Kata-kata itu membuatkan aku tergelak kecil. Ahli keluarga lain memandangku aneh terhadapku dan daddy. Mereka masih tidak mengetahui siapa diriku yang sebenarnya.

"Maaf? Kenapa daddy minta maaf kepada Alis? Daddy ada buat salah ke?" Soalku berunsurkan sindiran yang membuatkan daddy dan yang lain terbungkam. Well, for the firstime in forever, aku membuka suara.

"Apa yang berlaku ni daddy?" Soal Airis yang tidak memahami keadaan sekarang. Daddy menghampiri mereka dan sepertinya berbisik sesuatu yang boleh aku agak isinya. Mereka semua memasang muka terkejut memandangku.

Mummy menghampiriku lalu memelukku. Mummy, kalau pelukan ini adalah ikhlas, dengan serta merta Alis sambut. Namun, Alis tak percaya erti ikhlas jika dibabitkan keluarga ini. Aku melepaskan pelukan mummy dengan kasar. Ingat Tasya, aku benci mereka.

"Ka-kak Alis..." Airis turut menundukan kepalanya bagaikan menyesali semua perbuatannya. Penipu.

Aku melihat tubuh badanku yang sadis ini. Membuatkan aku bertambah murka dengan mereka. Aku tersenyum kecil. Aku teringat kata-kata Harraz haritu yang membuatkan aku tersenyum.

'Maafkan mereka dapat membuatkan kau tenang.'

"Baiklah. Alis maafkan kalian." Mereka sekeluarga tersenyum kecil mendengarnya.

"Tapi..."

"Alis nak apa? Mummy dan daddy sanggup bagi apa sahaja." Soal mummy dengan teruja sambil memegang tanganku. Sebenarnya, sudah lama aku teringin mummy atau yang lain bersikap begini kepadaku, sungguh aku sangat menginginkan.

Aku melepaskan pegangan mummy dengan perlahan membuatkannya mengerutkan dahi. Aku tersenyum kecil kepadanya dan yang lain.

"Alis akan maafkan kalian semua asalkan kalian membenarkan Alis pergi daripada kehidupan kalian. Maafkan Alis tapi Alis tak sanggup menjalani kehidupan dalam penipuan kalian lagi. Cukuplah dengan apa yang kalian lakukan kepada Alis sebelum ini. Alis.....Alis dah penat." Ujarku dan tanpa disedariku air mata dari tadi mengalir dari kelopak mataku. Untuk kali pertamanya aku menangis di hadapan mereka.

Hap

Tanpa di sangka, Airis memelukku. Memelukku sambil menangis teresak-esak. Sukar untuk dipercayai. Haha. Adakah itu benar?

"Kak Alis. Maafkan Airis. Airis yang mulakan semua ini. Airis penyebab utama akak dibenci oleh keluarga ini. Maafkan Airis, Airis sedar akan kesilapan Airis selama ini." Katanya dengan tersenguk-senguk. Aku mengangguk kecil lalu melepaskan pelukannya itu.

"Akak tak pernah salahkan Airis. Memang terkadang terkilan dengan perbuatan Airis, tapi....Airis tetap adik akak." Balasku dengan lembut. Tidak tahulah apa yang dikatakannya tadi adalah ikhlas atau tak. Hati aku tetap dah tawar dengan mereka.

"Akak jangan tinggalkan kami?"

Aku mundur selepas mendengar persoalan Airis.

"Maafkan akak. Akak tak boleh tunaikannya. Sudah terlalu lama akak bersama kalian yang selama ini kalian menganggap akak sebagai orang luar. Sukar untuk akak percayakan kalian semula. Bukankah ini yang kalian pinta? Akak pergi dari kehidupan kalian. Sebelum itu, tolong benarkan Alis berpelukan dengan kalian?" Aku mendekati mummy lalu memeluknya erat dan mummy membalasnya. Lama sungguh aku tidak mendapat pelukan sebegini. Aku rindukan semua ini.

"Terima kasih mummy kerana telah melahirkan Alis walaupun Alis tidak sempurna seperti anak-anak yang lain. Mungkin selama ini mummy bencikan Alis, jadi Alis akan pergi untuk kebahagiaan mummy." Aku berbisik kepada mummy kemudian aku memeluk daddy pula.

"Thank you very much daddy kerana sanggup membela Alis selama ini walaupun dalam keadaan terpaksa. Alis hanya berharap agar daddy tetap menyayangi Ariz dan Airis dengan adil. Alis cuma tak mahu diorang menjadi seperti Alis yang bodoh sanggup tinggalkan kalian. Maafkan Alis sekali lagi."

Selepas itu aku berdiri di hadapan Ariz pula. Nak peluk ke tak? Apabila berhadapan dengan Ariz, aku menjadi takut apalagi dengan tragedi haritu. Baru sahaja aku ingin mengucapkan sesuatu kepadanya, Ariz terus memelukku dan berkata sesuatu yang membuatku terdiam.

"Maafkan Ariz. Selama ini Ariz jahat kepada Alis. Maafkan Ariz juga sebab tidak menjadi abang yang sempurna kepada Alis. Ariz bodoh sebab terlalu mengikut perasaan. Ariz sedar bahawa Ariz masih mempunyai seorang adik selain Airis yang perlu Ariz lindungi. Tapi Ariz buta. Terima kasih kerana menyelamatkan Ariz tempoh hari." Bisiknya membuatkan aku terkilan. Jadi dia tahu bahawa aku yang menolongnya sebelum ini? Tapi kenapa dia tidak berterus terang? Oh lupa dia kan tak pernah sayangkan aku.

Aku mengangguk kecil lalu melepaskan pelukannya. Kemudian aku mendekati Airis. Aku tidak memeluknya ataupun mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Aku hanya mengukirkan senyuman manis kepadanya dan dia bagaikan memikirkan sesuatu apabila melihat senyumanku itu.

"A-akak please jangan tinggalkan kami." Aku melepaskan genggamannya lalu melangkah keluar dari rumah agam itu. Aku mendengar Airis menjerit memanggil namaku namun aku endahkan.

Sambil berjalan menuju ke rumahku, aku mengira-ngira bintang yang bertaburan di langit dengan mata berkaca besertakan hati yang sebak. Kalau boleh aku tidak ingin pergi tapi hati kecilku telah memaksaku meninggalkan mereka. Aku terkenang nasib-nasibku yang sebelum ini. Diseksa. Difitnah. Dipukul. Dicaci. Walhal mereka keluargaku.

Kenapa selepas mereka mengetahui diriku yang sebenarnya, mereka berubah sikap terhadapku. Adakah dikeranakan pangkatku mereka sebegitu. Jika betul, mungkin aku tidak patut berpatah semula. Aku, Alisa Natasya tidak mempunyai keluarga. Aku bukan Alisa Natasya.

Aku ialah Tasya.

Aku ialah Aelysh.

Selamat tinggal Alisa Natasya.

.

"Tasya?" Aku tersenyum kecil melihat Fina dan Harraz di hadapan pintu. Dengan pantas aku memeluk Fina erat.

"Akhirnya..." Tiba-tiba pandanganku menjadi kelam. Aku mendengar Fina menjerit-jerit memanggil namaku. Aku pengsan. Biarlah. Untuk kali pertama, aku pengsan dalam keadaan yang tenang dan bebas. Bukan lagi berada dalam keadaan yang gelisah dan ketakutan.

.

Aku membuka mataku dengan perlahan lalu mengedarkan pandangan ke sekeliling. Aku berada di dalam bilik aku dan mulai sekarang, aku akan tidur di dalam bilik ini untuk selama-lamanya.

"Hai...Tasya."

....

Ok short😥

Apepon lepas raya baru update, ni last.

Ermm Selamat Hari Raya again!

Jangan main mercun, sbb saya tak dpt main so korang jangan buat saya cemburu😭

Bye😂😂😂

Vote and Comment ✔✔✔

Aelysh's Secret ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora