Bab 13 : Tasya

9.7K 568 3
                                    

Saat ini aku dan yang lain-lain sedang menjamu selera di rumah Naqiyah. Dalam diam aku melihat-lihat pemuda yang berada di hadapanku. Orang yang duduk bersebelahan dengan Sarah. Tak sangka aku dia boleh berteman dengan suami Naqiyah.

"So Ariz sekolah sama dengan Haikal, Afriz and Ta-"

"Aelysh." Afriz memotong ayat Naqiyah tadi. Aku memandangnya yang berada di sebelahku. Mujurlah dia memahamiku. Thanks babe.

"Yes." Balas Ariz . Yes, dia lah rakan kepada suami Naqiyah. Mungkin dikeranakan Ariz perlu practise untuk menjadi CEO yang sebenar dalam beberapa bulan lagi.

Aku melihat Haikal dan Afriz memandang tajam ke arah Ariz. Aku tak tahulah kenapa tapi sejak dari hari pertama kami bersekolah sehinggalah sekarang mereka bermusuhan. Yang aku dengar daripada pelajar-pelajar lain kerana mereka berebutkan nombor dalam tingkatan. Tapi itu untuk Afriz sahajalah. Haikal? Oh lupa, dia kan kawan rapat Afriz.

"Err boleh saya tanya sesuatu?" Soal Ariz kepadaku. Dengan berdebar-debar aku mengangguk kecil. Selama ini tidak pernah Ariz bercakap lembut denganku. Ini untuk kali pertamanya sejak beberapa tahun dahulu. Mungkin kali terakhir sejak aku berumur 10 tahun dahulu.

"Ya?"

"Awak kelas apa ya? Saya tak pernah nampak awak dekat sekolah tapi muka awak macam familliar." Soal Ariz membuatkan aku dan semua ahli Day5 Band termasuk Fina terbungkam. Mereka semua semestinya tahu siapa Ariz sebenarnya.

"Err ada la. A-awak je tak perasan." Balasku gugup. Sebenarnya aku tidak tahu hendak balas apa.

"Entah. Ada sahaja. Kau yang tak perasan agaknya." Celah si Haikal sambil berpura-pura mesra. Takkan nak cari gaduh depan suami Naqiyah? Tak pasal-pasal kena halau sahaja.

Aku melihat Ariz terdiam masih berfikir tentangku. Mengapa perlu berfikir tentangku? Mengapa bukan adikmu, Alisa Natasya sahaja? Ceh, mengarut sahaja kau.

Selepas makan malam, kami semua meminta diri untuk pulang. Baru pukul 8 malam jadi kami bercadang untuk singgah ke rumah aku, Harraz dan Fina untuk berbincang mengenai band kami. Lagipun aku sudah memberitahu kepada pembantu rumahku bahawa aku akan menginap di rumah kawan. Nanti pasti pembantu rumahku mengkhabarkannya kepada mummy dan daddy.

"Fina, kau cakap yang kau nak bincangkan sesuatu?" Soal Haikal apabila kami semua sudah tiba di Family Room. Aku masih tidak lihat kelibat Harraz, mungkin dia pulang lewat. Baru sahaja aku ingin menjumpainya.

"Sebenarnya aku baru dapat call daripada sekolah kalian tadi." Balasnya singkat membuatkan aku, Afriz dan Haikal terkejut. Takkan nak bagitahu tentang kami bertiga ponteng? Tapi macam mana diorang tahu tentang aku pula?

"Err untuk?" Soal Afriz ragu-ragu.

"Selepas peperiksaan PT3 dan SPM tamat, mereka ingin membuat party macam prom night la. So pihak sekolah call aku awal-awal untuk inform kalian bahawa kalian akan ada job time tu. Aku just nak kalian bersedia dari awal. Okey?" Kami mengangguk kecil selepas mendengar penjelasan Fina tadi. Huh~ aku fikir Fina nak cerita pasal apa.

"Aku okey sahaja. But how about our comeback? When we want to start shooting?" Soal Zeeyad pula. Fina tergaru-garu dagunya.

"Esok boleh tak?"

Kami semua mengangguk tanda bersetuju.

"Okay good. Kalau macam tu esok berkumpul di A's Corp dahulu after that baru bertolak ke sekolah. But......Tasya I have a bad news for you." Ujar Fina dengan tidak yakin lalu semua memberi perhatian kepadanya terutamanya aku. Bad news? Aduh, takutnya!

"What?" Soalku sambil mengerutkan dahi.

"Sepanjang rakaman dijalankan, kita memerlukan beberapa pelajar Timland Highschool dalam bab lakonan. Kami sudah pun melakukan audition haritu and......Airis terpilih. I'm sorry Tasya." Jelas Fina dengan bersalah dan takut. Takut aku sedih.

"A-apa?" Soalku tak percaya. Tak!

Aku tahu semua keputusan audition berada di tangan Harraz dan bukannya Fina. Aku yakin dia sudah merancang sesuatu. Aku mesti menjumpainya segera! Aku perlukan penjelasan daripadanya.

Dengan segera aku mengemas barangku dan bangun dari sofa. Kalau Harraz tak pulang lagi, biar aku yang pergi ke sana. Ini tak boleh jadi. Kenapa dia lakukan semua ini? Aku cukup tersakiti selama ini kerana Airis.

"Tasya! Tasya nak pergi mana?" Soalan Afriz aku endahkan dan meneruskan perjalananku.

Aku menahan teksi yang lalu-lalang di bus stop yang berada berhampiran dengan rumahku. Beberapa minit kemudian, sebuah teksi yang kosong lalu dan berhenti di hadapanku. Ah, syukurlah!

"Bawa saya ke A's Corp pak cik!" Kataku tergesa-gesa. Pak cik teksi itu mengangguk dan mula memandu kereta teksinya.

Tak lama kemudian, teksi yang aku naiki tiba di hadapan bangunan yang tersergam indah di Kuala Lumpur ini iaitu A's Corp. Selepas membayar wang kepada pak cik teksi tersebut, diriku terus meluru masuk ke dalam bangunan tersebut. Aku memasuki bangunan tersebut dengan mudah walaupun pengawasannya ketat kerana mereka semua mengenali aku yang sebenarnya.

Aku menekan nombor 7 pada butang lif. Ketika berada di dalam lif untuk menunggu ke tingkat 7, sesuatu perkara telah terlintas di fikiranku. Kenapa aku rasa seseorang mengikuti aku tadi? Tapi aku malah mengendahkannya kerana yang penting sekaran, aku dapat jumpa Harraz.

Sampai sahaja di tingkat 7, aku terus berjalan ke hadapan. Di tingkat 7 hanyalah ruang untuk para pekerja yang mempunyai jawatan tinggi seperti aku. Aku melihat Kak Erlin yang berada di meja kerjanya. Dah malam, tak balik lagi?

"Kak saya nak jumpa Harraz." Tanpa sempat Kak Erlin membalasku, aku terus membuka pintu ruang kerja Harraz yang sebelum ini ruang kerja aku. Boleh sahaja aku menukarkan Harraz ke ruang lain, tapi aku percayakannya.

"Harraz!" Jeritku dan perkara itu membuatkan Harraz terkejut kerana Harraz sedang bersama dua orang atau lebih dikenali klien. Mereka memandangku aneh. Mukaku memerah melihat mereka memandangku. Argh! Malu!

..

"Ada apa ni?" Soal Harraz sambil menghirup kopi panasnya. Aku yang berada di hadapannya terdiam seketika apabila melihat muka Harraz yang geram akan aku mengenai perkara tadi.

"Err firstly, I'm very sorry about what did happen just now. Aku emosi sangat tadi." Kataku bersalah lalu mengedarkan pandangan di sekeliling cafe yang masih buka pada tengah malam ini untuk menghindar daripada pandangan tajam Harraz.

"Huh. Apa yang membuatkan kau emosi sangat ni?" Soal Harraz pasrah.

"Kenapa Airis?" Soalku sekaligus ingin menjawab soalan Harraz tadi. Aku memandang Harraz lama untuk mendapatkan kepastian.

"Sampai bila korang nak bermusuh?" Soalan dibalas soalan daripada Harraz. Aku mengerutkan dahi mendengar soalan Harraz tadi.

"What do you mean?" Soalku.

"Aku tahu kau teringin nak berbaik dengan family kau kan? Apa salahnya kau rapatkan diri dengan Airis? Aku tahu kau sependapat dengan aku bahawa Airis adalah punca utama kau dibenci oleh seluruh family kau bukan?" Kata-kata Harraz tadi membuatkan aku terbungkam.

Memang betul apa yang dikatakan oleh Harraz itu. Airis lah punca utamanya. Aku juga masih tidak mengetahui kenapa aku dibenci olehnya. Tapi....dapatkah aku terima Airis jika dia ingin memohon maaf dariku? Memang aku sayangkan dia, tapi dia telah membuatkan aku kecewa dengan sikapnya terhadapku.

"A-aku tak tahu. Oh ya, macam mana dengan A's Corp?" Soalku yang ingin mengubah topik perbicaraan. Biarlah masa yang menjawab semua tanda tanya yang berada di dalam fikiranku ini.

Harraz mengeluh pasrah melihatku.

"A's Corp okey sahaja. Tapi.....kau tak teringin nak jadi CEO di sana semula ke?" Soalnya.

"Aku nak tapi.....kau tahu masa aku terhad semenjak aku menyertai Day5 Band bukan? Kalau aku ada masa, aku akan datang." Balasku singkat.

"CEO?" Soal seseorang daripada belakangku. Suaranya bagaikan seseorang. Seseorang yang amat aku kenali. Aku menoleh kepalaku melihat gerangan tersebut.

Membutang mataku apabila melihat siapa yang berada di belakangku sejak dari tadi.

....

VOTE AND COMMENT (✔)

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now