Bab 30 : Tasya

7K 408 26
                                    

Aku terkaku mendengar penjelasan daripada Fina sebentar tadi. Gila! Takkan pihak Timland Highschool sanggup membatalkan perjanjian persembahan kami demi menggantikan kumpulan lain.

Aku yakin ada orang dalam yang berjaya sabotaj kami. Mustahil kumpulan kami dibatalkan persembahan memandangkan dengan ada kami sedikit sebanyak mempengaruhi kepopulariti Timland Highschool.

"Jadi, apa rancangan kau? Nak teruskan jugak pembatalan tu?" Soal Haikal yang baru tiba kepada Fina yang merupakan manager kumpulan kami.

Fina menggeleng.

"No! Harini jugak aku akan pergi ke sana dan bincang dengan diorang. Aku yakin ada orang ingin kenakan kita." Tegas Fina.

Afriz dan Haikal termasuk aku mengangguk setuju.

"Tapi kalau diorang tak mau dengar?" Soal Afriz.

"Jangan risau. Tasya ikut Fina."

Semua memandangku tak percaya.

"Seriously Tasya?"

"Yes. Aku yakin."

.

.

.

.

.

.

.

"Boleh saya bantu?" Soal guard sekolah dengan sopan.

"Saya nak jumpa pihak pengurus persembahan dan pengetua." Balas Fina dan membuatkan guard tersebut mengerutkan dahi.

"Err maaf tapi boleh saya tahu, cik berdua ni siapa?" Soal guard itu curiga melihat aku dan Fina.

Aku memandang Fina seketika.

"Saya Fina, manager Day5 Band dan ini Tasya, penolong saya. Kami ingin berbincang hal penting bersama mereka. So, can we?"

Guard tersebut seakan-akan terkejut mendengar penjelasan Fina. Hah, belum lagi aku cakap siapa aku sebenar ni. Memang rancangan kami untuk mendiamkan dahulu identiti aku daripada orang luar.

"Oh, maafkan saya cik. Mari, saya bawakan cik Tasya dan cik Fina ke pejabat."

Aku dan Fina tersenyum kecil lalu menganggukkan kepala.

"Terima kasih." Ucapku ikhlas.

"So, apa tujuan cik Fina dan cik Tasya yang sebenar datang ke sini?" Soal pengurus persembahan yang baru sahaja tiba di pejabat.

Eh, dia soal seperti tidak mengetahui apa-apa masalah yang kami ingin bincangkan. Padahal, dia sendiri yang membatalkan persembahan kami dengan jelas. Dan nampaknya, pengurus ni masih tidak mengetahui siapa aku yang sebenarnya. Pengetua? Huh, pengetua bercuti makan angin dengan isteri baru dia *korek hidung*

"Saya ingin menanyakan persoalan tentang pembatalan persembahan Day5 Band yang tiba-tiba untuk majlis perpisahan Form 5 tak lama lagi." Luah Fina.

Pengurus persembahan atau lebih dikenali sebagai Encik Ali terdiam dan seakan-akan sedang memikirkan jawapan untuk diberikan kepada kami.

"Actually, saya rasa perkara ni merupakan hak pihak sekolah untuk menerima atau menolak persembahan. Jadi, saya tak rasa orang luar boleh membuat aduan." Balasnya teragak-agak.

Aku dan Fina bagaikan tak percaya mendengar apa yang diperkatakan oleh Encik Ali itu. Itu bukan jawapan yang aku dan Fina perlu.

"No. Encik Ali tak patut membatalkan persembahan Day5 Band. Encik Ali pon tahu implikasi Day5 Band kepada sekolah ni right?" Dalih Fina tak puas hati.

Encik Ali tersenyum sinis.

"Saya pengurus persembahan Timland Highschool sejak 40 tahun lagi. Jadi, saya dah cukup pengalaman dan cik berdua ni tak akan dapat menghalang kehendak saya. Dengan petikan jari pun, saya boleh menyaman cik berdua dengan jawatan saya."

"Dan saya cik Tasya, CEO....opps! president of A's Corp dengan bila-bila masa sahaja boleh menghumban Encik Ali atas tuduhan Encik Ali yang agaknya boleh difikir sendiri kerana saya pun tiada masa untuk melayan hal remeh sebegitu." Ucapku segera dan aku dapat melihat reaksi Encik Ali yang sudah berubah.

Wajah Encik Ali sudah pun bertukar pucat lesi.

"Pre-president? Err ma-maafkan saya Cik!" Dengan segera Encik Ali bangun lalu menunjukkan hormatnya kepadaku.

Aku yang tak berapa selesa dengan keadaan itu turut bangun dari dudukanku.

"Saya tak akan ambil tindakan kalau Encik Ali memberitahu hal sebenar mengenai pembatalan Day5 Band. Please Encik Ali, kami sungguh tiada masa." Ujarku tidak sabar.

"Sebenarnya..."

.

.

.

Aku termenung di dalam kereta sambil memikirkan apa yang Encik Ali katakan tadi. Semua ini berpunca daripada Zarid. Bagaimana Zarid boleh masuk campur dalam hal ini?

Oh baru aku ingat! Zarid bukankah anak Tan Sri Zudin? Tapi, persoalan aku banyak bermula dengan 'kenapa'

Adakah aku perlu berjumpa Zarid? Tapi kalau aku tidak berjumpa dengannya, masalah tidak akan selesai.

"Err Fina?" Panggilku.

"Ya?" Sahut Fina disebelahku.

"Err aku hantar kau ke rumah dulu eh? Aku maybe balik esok sebab mummy ada hal penting katanya. And... "

"Kau nak jumpa Zarid?" Potong Fina.

Aku terdiam kecil.

Perlu ke aku memberitahu hal sebenar?

"Err kejap je kot. Tapi maybe dia sibuk. Mungkin lain hari la." Balasku teragak-agak.

Fina mengangguk faham.

"Okey. Tapi! Aku nak ikut kau nanti tau!"

Aku mengeluh namun tak lama itu aku terpaksa bersetuju dengan permintaan Fina. Mungkin dia tidak mahu aku diapa-apakan oleh Zarid. Bukan dia tak tahu tentang aku dan Zarid ketika malam haritu.

"Okay fine."

Selepas aku menghantar Fina, aku terus menuju kerumahku. Selepas memarkir keretaku di halaman rumah, aku keluar namun berasa pelik melihat beberapa buah kereta lain yang sungguh berasa asing bagiku.

Oh, mungkin mereka ni merupakan tetamu khas yang mummy katakan pagi tadi.

"Assalamualaikum." Ucapku.

"Waalaikumussalam. Haa Alis dah sampai pun. Meh sini sayang." Sahut mummy lalu memanggilku untuk mendekatinya.

Aku berjalan dengan pelahan lalu melihat satu-satu muka yang sungguh terasa asing bagiku kecuali... wajah lelaki yang terakhir itu.

"Haa ini la anak aku. Nama dia Alisa Natasya. Dia ni la CEO A's Corp tu. Alis, salam uncle Zudin dan aunty Dira."

Aku menuruti segala arahan mummy. Lalu, aku memandang Zarid di hujung yang sedang tersenyum sinis terhadapku.

"Wah, cantik sungguh bakal menantu aku!"

Eh?

....

Promote :

Miss Vogue Mr Sweet Talker by _SNFsB_

....

Btw dont forget VOTE and COMMENT !

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now