Bab 7 : Alisa

10.5K 643 6
                                    

"Huh baru nampak batang hidung." Sergah mummy apabila aku masuk ke dalam rumah. Aku berhenti sebentar lalu meneruskan perjalananku ke bilik.

"Mummy tak habis cakap lagi dengan kamu Alis." Mummy mula mengeluarkan nadanya yang tinggi. Mummy? Dah lama aku tak dengar dia membahasakan 'mummy' denganku. Aku memandangnya.

"Alis tumpang rumah kawan semalam." Balasku dengan nada rendah. Airis yang berada berhampiran mendesah kecil.

"Ceh, ke rumah lelaki? Kau tu bukan boleh percaya sangat." Tuduh Airis yang ingin memanaskan keadaan. Haih dia ni kan, kalau dia kecil dah lama aku tumbuk je muka dia ni.

"Betul apa yang Airis kata tu?" Soal mummy. What? Takkan mummy percaya?

Of course.

"Betul. Tak percaya? Kejap." Balas Airis lalu menunjukkan sesuatu yang berada dalam telefonnya kepada mummy. Apa tu? Kemudian dia menunjuk kepadaku pula. Satu gambar yang familliar. Gambar aku dan Harraz berada dalam kereta. Ketika itu, Harraz sedang mengusap kepalaku.

Wait!

"Mu-mummy itu bukan seperti yang mummy fikirkan!" Nafiku. Aku melihat muka mummy yang sudah merah akibat marah.

"Dah pandai ye kamu! Dasar anak tak sedar diri! Kalau boleh nak je aku halau kamu ni!" Marah mummy. Halau? Itu yang aku tunggu selama ni. Kalau boleh aku nak keluar dari rumah ini dengan keizinan mereka. Halau means diorang dah tak perlukan aku dan mengizinkan aku keluar dari kehidupan mereka untuk selamanya.

"Mu-mmy...."

"Masuk bilik kamu sekarang! Jangan keluar sampai aku benarkan! Malukan keluarga sahaja kamu ini!" Marahnya lagi. Wait, means mummy tak jadi halau aku? Memang nampak jahat kalau aku ingin keluar dari rumah ini tapi, aku hanyalah seorang manusia biasa yang mempunyai perasaan.

Dengan tidak bersemangat aku masuk ke dalam bilik. Aku mengambil laptop yang berada di bawah katil dan membukanya. Baru sahaja aku ingin menjadi 'Aelysh', tiba-tiba satu mesej daripada telefon membuatkan aku kegeraman.

Daripada: Afrizal Izzani

Remember, untuk masa ni jangan jadi Aelysh ok? We'll make our fans suprised! Bye.

Arghh! Aku baru teringat mengenai perkara itu. Aduh dah la aku tengah moody! Hanya Aelysh sahaja yang boleh membuatkan aku tenang. Apa yang perlu aku buat? Tulis diari? Oh please, malas aku nak tulis panjang-panjang. Akhirnya aku membuat keputusan melihat komen-komen sebelum ini yang mungkin membuatku sedikit tenang. Aku membuka komen berdasarkan lagu "Be There For You" yang aku dedikasikan untuk Harraz, Fina dan peminat semalam.

Komen pertama.

Daripada : Aiha_ra

OMG! This song is very very amazing. You make me appreciate to my friends. Thanks Aelysh.

Komen kedua.

Daripada : Emma13

Bagi Emma lagu ni sangat indah untuk didengari who those have friend. Love this song very much.

Komen ketiga.

Daripada : M.Naslee

Dengar dari suara awak like awak gembira isn't it? I hope you always sucess. Me and other always waiting to know who you're exactly. By the way, fighting with your life.

Untuk komen yang ketiga ini membuatkan aku terharu. Dia bagaikan tahu kehidupanku bagaimana. Apalagi selepas dia komen 'fighting' untuk ayat akhir tadi. Yes! Dikeranakan semua komen yang aku baca malam ini telah membuatku tenang. Jadilah.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now