Bab 11 : Aelysh

10K 613 5
                                    

Timland Highschool

Why? Why? Why? Rupanya Day5 Band akan membuat rakaman untuk lagu kami di sini. Aku memandang tajam ke arah Fina namun dia hanya mengangkat bahunya tanda tidak mengerti dengan semua ini. Aku menarik Fina dan menjauhi mereka.

"Fina! Kenapa kita buat rakaman di sini?" Rengekku. Fina hanya menanyangkan muka bersalahnya.

"Sebenarnya aku pun tak tahu. Abang Harraz hanya kata bahawa kalian akan membuat rakaman di sekolah tapi dia tidak kata di mana. Aku pun tidak menyangkanya. Tasya, I'm sorry!" Jelas Fina dengan bersalah. Aku mengeluh kecil. Sepatutnya aku tidak boleh menyalahkan Fina kerana ini semua rancangan Harraz.

Aku akan membuat perhitungan dengan Harraz nanti!

"No bukan salah kau. Aku je yang melebih-lebih. Hmm nak buat macam mana? Terpaksa jugalah." Kataku lalu kami mendekati Day5 Band semula. Afriz memandangku dengan tanda tanya namun aku hanya membalas dengan senyuman kecil tanda tiada apa yang berlaku.

Sungguh riuh-rendah dengan jeritan dan pekikan pelajar-pelajar di sini. Memang dimaklumkan bahawa Day5 Band ini amat popular di luar dan dalam negara. Aku melihat sekeliling pelajar dan terdapat Airis dan rakan-rakannya sedang tersenyum manis memandang kami termasuk aku. Sudah lama aku tak tengok dia senyum sebegitu kepadaku. Jujur walaupun dia banyak buat perkara yang tak sepatutnya kepadaku, tapi dia tetap adik kandungku yang aku sayangi. Aku membalas senyumannya tanpa disedariku. Aku perasan Airis bagaikan terkejut dan tidak percaya apabila sedar aku membalas senyumannya.

"Tasya." Afriz memanggilku membuatkan aku mengalihkan pandanganku daripada Airis.

"Apa?" Soalku.

"Tasya comel la." Guraunya sambil ketawa kecil. Ceh, aku fikir apa tadi! Aku memandangnya tajam.

"Okey. Sebenarnya kita disuruh membuat fan meeting dulu bersama para pelajar di sini. After that baru kita buat rakaman." Jelas Fina dengan bersalah. Aku tahu dia bersalah dengan aku tapi aku tak boleh menyalahkannya sepenuhnya kerana ini semua arahan daripada Harraz. Aku hanya membalas dengan senyuman kecil kepadanya.

Kami semua mengangguk kecil lalu pergi ke pentas di dalam dewan ini. Di sana tiada kerusi untuk kami duduki jadi kami perlu berdiri sahaja.

"Assalamualaikum dan selamat petang kepada pelajar Timland School!" Kata Zeeyad lalu dibalas dengan sorakan para pelajar dengan kuat. Bersemangat sungguh mereka.

"Okey harini kami akan membuat fan meeting di sini memandangkan kami akan membuat rakaman untuk lagu baru kami di sini." Sambung Afriz juga yang berada di sebelahku. Para pelajar menjerit kesukaan dan teruja selepas mendengar penjelasan Afriz.

"Afriz! I love you!" Jerit seorang pelajar perempuan dengan kuat dan bersemangat. Afriz mengukirkan senyuman manis lalu membuat 'love' dengan tangannya kepada pelajar perempuan tadi. Aku hanya memandangnya. Bukan cemburu okey.

"Jangan cemburu Aelysh." Sampuk Haikal yang ingin mengusikku. Aku mendengar ramai pelajar yang menjerit nama aku dan Afriz.

"Ma-mana ada cemburu!" Balasku gugup. Sebenarnya aku masih gementar dari tadi apalagi di hadapan pelajar-pelajar yang sering menghinaku sebelum ini.

"Ye la tu. Pipi tu dah blushing!" Celah Zeeyad sambil menunjukkan pipiku. Betulkah aku blushing? Aduh!

"Hahahaha." Mereka semua ketawa kecuali aku dan Afriz. Tiba-tiba aku melihat Afriz yang hendak bercakap sesuatu.

"Aelysh ke korang cemburu? Aku tahu kami berdua sweet!" Tembak si Afriz membuatkan para pelajar lagi menyorakiku dan Afriz.

"Wooooo!!!" Aku hanya tersenyum kekok dan malu selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Afriz tadi. Aduh, jangan malukan akak boleh tak?

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now