Bab 14 : Alisa

9.7K 582 9
                                    

"A-afriz?"

"Betulkah apa yang Afriz dengar tadi?" Soal Afriz dingin sebaik sahaja dia menarikku keluar daripada cafe itu. Aku menunduk tidak tahu hendak jawab apa.

Patutkah aku berahsia lagi?

"Please Tasya. Afriz ni siapa sampaikan Tasya tak pernah nak kongsi suka duka Tasya dengan Afriz? Macam mana Afriz nak buktikan bahawa Afriz sayangkan Tasya kalau Tasya sendiri tidak pernah memberi peluang kepada Afriz?" Soalnya bertubi-tubi membuatkan aku bertambah bersalah.

"Maafkan Tasya, Afriz. Tasya perlukan masa dengan semua ini. Tasya takut Afriz menjauhi Tasya kalau Afriz tahu kebenaran yang sebenar." Ujarku dengan perlahan dan penuh harapan. Aku cuma takut dikeranakan aku ialah CEO A's Corp, Afriz dan yang lain takut denganku dan tidak menganggapku sebagai kawan dalam erti kata sebenar.

"Afriz lagi sedih kalau Tasya masih berahsia dengan Afriz macamni." Afriz memegang tanganku lembut.

"I'm sorry. Tasya janji, Tasya tak akan berahsia lagi dengan Afriz." Balasku. Afriz tersenyum kecil seraya menganggukkan kepalanya.

"Err dah habis ke?" Sampuk Harraz yang baru tiba dan membuatkan aku terus melepaskan pegangan tadi. Hehe, sorry babe.

Afriz memandang Harraz dengan geram sementara aku dan Harraz ketawa kecil melihat reaksi Afriz itu. Macam budak-budak.

Tak berapa minit kemudian, kami semua pulang ke rumah dengan menaiki kereta Harraz tapi sebelum itu kami menghantar Afriz ke rumahnya dahulu. Afriz ada mengajak kami singgah tapi Harraz terus menidakkannya dengan alasan sudah lewat. Aku perasan Afriz tersenyum kecil sambil menggelengkan kepalanya. Aku rasa janggal pula dengan suasana ini.

"Dah lama kau kenal Afriz?" Soalku yang ingin memecahkan keheningan yang berada di dalam kereta ini. Harraz memandangku sekilas.

"Dah lama. Lama sangat. Kenapa?" Soalnya sambil tersenyum kecil. Aku perasan apabila dia membalas 'lama sangat', dia kelihatan gembira dan seiring dengannya.

"Nothing."

...

Suasana di sekolah masih sunyi kerana kami datang satu jam awal sebelum waktu persekolahan bermula. Aku melihat ahli-ahli crew yang sibuk untuk rakaman harini. Manakala aku dan ahli band perlu bersedia dari awal seperti bersolek dan pakaian.

Tema rakaman kami adalah sekolah jadi aku harus memakai pakaian sekolah sahaja dalam rakaman ini. Aku dan Sarah diminta masuk ke dalam van yang dalamnya ada beberapa orang yang pakar dalam solekan. Terdapat lebih kurang empat orang mak andam yang aku agak akan menyolekku dan Sarah.

"Cantik la muka you ni. Kalau macam tu I make-up natural saja la." Puji salah seorang mak andam yang dikenali sebagai Vivy. Vivy okey, bukan Viva. Aku hanya mengangguk kecil besertakan senyuman manisku kepadanya.

...

Rakaman 1

Untuk scene pertama, iaitu scene aku dan Afriz. Kami akan membuat rakaman di dalam kelas Afriz. Aku disuruh duduk di tempat yang paling hadapan manakala Afriz di belakang. Ahli Day5 Band yang lain ada yang duduk di tengah. Aku melihat Airis berada di sebelah Afriz.

Tidak dilupakan, seorang artis akan dijemput yang akan memainkan peranan sebagai guru kami. Kami semua masih tidak mengetahui siapakah gerangannya. Beberapa minit kemudian, seorang crew telah memberitahu bahawa artis jemputan itu sudah tiba. Para gadis termasuk aku semuanya berharap artis lelakilah yang dijemput.

Keputusannya, yes! Rupanya artis yang dijemput adalah berjantinakan lelaki. Rupanya dia adalah Henry! Artis yang sedang naik daun pada kini. Kebanyakan gadis-gadis yang berada di dalam kelas ini menyorak kecil melihat kehadirannya yang tanpa di duga.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now