Bab 12 : Tasya

10.3K 582 2
                                    

"Macam mana dengan Ariz?" Soalku kerisauan kepada Afriz dan Haikal yang baru sahaja keluar dari bilik Ariz. Sampai sahaja mereka berdua, aku terus menyuruh mereka memindahkan Ariz ke biliknya agar Ariz dapat berehat dengan nyaman.

"Dia tidak apa-apa dan dia hanya tidak sedarkan diri. Cuma lebam-lebam yang berada di badannya akan hilang dengan jangka waktu yang lama." Balas Haikal dengan lagaknya yang seperti doktor.

Aku menghela nafas lega selepas mendengar penjelasan Haikal tadi. Mujurlah Ariz tidak terlalu teruk. Aku mengusap perlahan air mata yang dari tadi jatuh dari kelopak mataku sampai kering.

"Sebenarnya apa yang berlaku terhadap Ariz? Kenapa dia lebam-lebam?" Soal Afriz apabila kami di luar rumah. Lagipun tak manis kalau kami bersembang di dalam walaupun Ariz ada bukan?

"Tasya tak tahu. Semasa Tasya balik tadi, tiada siapa pun berada di dalam rumah. Tasya fikir mereka keluar. Tapi tiba-tiba sahaja ada orang ketuk pintu bilik Tasya. Tasya buka dan lihat rupanya ada Ariz yang berkeadaan tidak baik. Tasya panik sangat sampai Tasya tak tahu buat apa." Balasku sambil mengalirkan air mataku. Aku melihat Afriz menyuruh Haikal masuk ke dalam kereta lalu Afriz menghampiriku.

"Dah jangan nangis. Nanti tak lawa." Ujar Afriz yang ingin memujukku walaupun perkara itu tak akan berjaya.

"Tapi boleh Afriz tanya sesuatu? But please jangan marah Afriz." Pintanya lalu aku mengangguk kecil.

"Kenapa Tasya masih peduli dengan keadaan Ariz sedangkan selama ini dia melakukan perkara jahat kepada Tasya?" Soalannya membuatkan aku terdiam. Aku pun masih terfikir kenapa aku masih menolongnya walhal dia banyak menyakitiku.

"Tasya pun tak tahu. Mungkin Ariz abang kembar Tasya, walaubagaimanapun dia tetap keluarga Tasya." Balasku ringkas dengan tidak pasti. Afriz menghela nafas kecil.

"Okeylah dah lewat ni. Afriz dan Haikal balik dulu. Kalau ada apa-apa, call okey. Assalamualaikum. Bye. Jaga diri." Pesannya sebelum beredar dari kawasan perumahannya.

Aku menghela nafas lega apabila semua yang terjadi tadi selesai. Nasib baik ada mereka berdua. Aku tak tahu apa akan terjadi jika mereka berdua tiada.

Kira-kira pukul 12 mummy, daddy dan Airis pulang. Aku mendekatkan diri dengan daun pintu ini untuk memdengar apa yang terjadi selepas mereka melihat keadaan Ariz. Keluar? Nanti aku juga yang dipersalahkan.

"Ariz! Kenapa dengan anak mummy ni? Siapa yang pukul Ariz? Cakap kat mummy, biar mummy balas balik." Soal mummy dengan kerisauan. Jujur aku katakan bahawa mummy ni boleh dikategorikan antara mummy yang penyayang dan prihatin terhadap anaknya. Tapi aku juga anaknya, tetap tidak mendapat perhatian sebegitu.

"Nothing la mummy. Ariz just salah faham sikit dengan kawan Ariz. Dah selesai dah pun." Balas Ariz dengan tenang.

"Kalau macam tu, esok Ariz tidak perlu ke sekolah. No excuse! Esok Airis, tolong hantarkan surat tidak hadir kepada guru kelas Ariz tau." Arah daddy pula dengan tegas. Nampaknya seluruh ahli keluarga risau akan keadaan Ariz itu termasuk diriku.

"Ok mummy. Abang, siapa yang tolong abang bersihkan luka abang tu?" Soal Airis pula. Kali ini, aku lebih mendekatkan telingaku dengan daun pintu untuk mengetahui jawapan Ariz.

"Err entah. Bangun-bangun je abang dah ada di atas katil." Balasnya dan membuatkan aku terus menjauhi pintu. Kenapa dia tidak ceritakan keadaan sebenar? Kejap, mungkin dia tidak sedar bahawa akulah yang menolongnya. Haa aku harap begitulah.

...

Kring!

Loceng berbunyi menandakan rehat. Aku mengemas barangku yang berada di atas meja lalu bergerak ke perpustakaan. Memang selalunya waktu rehat aku tidak ke kantin malahan aku lebih gemar ke perpustakaan. Apalagi keadaan kelas tadi yang bising membuatkan aku tidak boleh fokus untuk belajar.

Aelysh's Secret ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora