Bab 6 : Aelysh

10.5K 667 9
                                    

Aku melihat Day5 Band yang berada di hadapan pintu. Mereka sedang bersalaman dan berpelukan bersama Fina dan Harraz. Tak sangka aku boleh berjumpa dengan band yang begitu popular pada abad ini. Waw!

"So, where is she?" Soal Sarah. Drummer dalam Day5 Band. Cantik juga dia apabila melihatnya face to face even dari jauh begini.

She? Siapa? Aku ke? Bukan nak perasan tapi tak silap aku, hanya aku perempuan yang tinggal dalam rumah ini kecuali Fina.

"Wait. I'll call her. Tasya!" Fina memanggilku dengan menjerit. Eh aku? Aduh segan la nak jumpa mereka.    Kecuali 'dua ekor' berok yang sesat dalam band tu. Muahaha sorry Afriz and Haikal. Oh lupa nak cakap yang Afriz and Haikal tu sebenarnya ahli band tu. Sebab tu semua pelajar mahupun guru tak berani membentaknya.

"Hei. Apa yang kau termenung tu? Jom!" Secara tiba-tiba, Fina menarik tanganku untuk mendekati band tersebut. Oh Mai Gat! Dalam band ni, aku paling paling paling minat Zeeyad. Handsomenya dia!!!!!

Sorry terfangirling pula 😅

"So ini Aelysh?" Soal Sarah apabila aku sudah berada di hadapan mereka. Aku melihat Sarah dan lain-lain tersenyum manis kepadaku. Haha nampaknya Afriz dan Haikal tidak mengenaliku. Mujurlah kerana selalunya apabila aku menjadi Lisa, aku akan memakai tahi lalat palsu di pipi.

"Hai nama aku Sarah. Yang ini Zeeyad, Haikal dan yang hujung itu Afriz. Kami dari Day5 Band. Aku-"

"Dah la Sarah sayang. Dia kenal kau and Day5 Band is her favourite band." Potong Harraz sambil memutarkan matanya bosan melihat kekepohan Sarah itu. Wait, dia bagitahu yang aku minat Day5 Band? Malulah aku!

Aku perasan Sarah terdiam selepas Harraz memanggilnya 'sayang'. Aih ada apa-apa ke ni?

"Hai. Saya Tasya." Aku memperkenalkan diri kepada mereka. Kemudian aku menjemput mereka pergi ke ruang tamu untuk berbual.

.

"So Aelysh, how?" Soal Zeeyad tiba-tiba kepadaku dengan memanggil namaku 'Aelysh' OMG! Zeeyad cakap dengan aku!

Aku mengerutkan dahi mendengar soalan Zeeyad. How? Apa yang bagaimana?

"Err actually aku tak bagitahu dia lagi." Celah Harraz dengan sebersalah. Aku memandang Harraz aneh. Takkanlah....

"About what? Err your 'plan'?" Tekaku dengan tidak yakin. Huh tidak mungkin dia nak aku masuk Day5 Band.

"Okey lah. Biar aku yang terangkan." Celah Sarah.

"Macam ni. Aelysh pun tahu tentang kemunduran vokalist utama kami bukan?" Sambungnya. Aku mengangguk kecil. Aku memang tahu, baru-baru ni Naqiyah, vokalist utama kumpulan itu sudah mundur untuk menumpukan perhatian dalam alam perkahwinannya.

"So.....kami dah dengar semua lagu-lagu Aelysh dalam youtube and kami terpegun dengar suara Aelysh yang merdu itu." Sambungnya lagi.

"Wait, how you guys tahu saya ni Aelysh?" Soalku pelik.

"Actually diorang tahu disebabkan lagu kau yang baru-baru ni kan ada mention nama aku dan Fina. So dari situ diorang dapat rasa yang Harraz and Fina tu kami." Celah Harraz pula. Aku hanya mengangguk kecil tanda faham.

"Actually saya okey je. But....I'm not sure." Balasku kerisauan. Memang aku tak pasti. Aku terfikir tentang keluarga aku dan lain-lain. Macam mana jika keluarga aku makin benci aku disebabkan kerjaya ini?

"Don't worry Aelysh. Apa kata kita practise dulu? Kalau Aelysh berasa selesa, go on with our band. We're not pushing you. Okay?" Cadang Haikal dengan tenang.

Aku berfikir sebentar. Tapi, apa salahnya kalau aku mencuba? Hmmm jap tiba-tiba aku terfikirkan sesuatu. Kalau aku jadi penyanyi, A's Corp macam mana? Takkan aku nak biarkan? Aku bangunkan bangunan itu hasil titik peluh aku! And one more thing, tanpa A's Corp tiadalah Day5 Band cause band ni di bawah agensi syarikat aku.

"Err okay. But can I talk to you first Harraz?" Soalku kepada Harraz lalu menariknya ke tempat lain. Mungkin saat ini aku tak boleh bagitahu mereka all about me.

"Why Tasya?" Soal Harraz.

Aku memutarkan mataku bosan.

"Okay first. Memang aku teringin nak masuk Day5 Band. But how about my compony? Siapa nak uruskan? Takkan aku nak suruh Kak Erlin seorang je?" Soalku kerisauan.

Harraz terdiam dan tampaknya dia sedang ligat berfikir. Tiba-tiba sebuah mentol kecil muncul di kepalaku dengan nyalanya. Aku memandang Harraz sambil tersengih. Dia membalas pandanganku dengan aneh.

"What?" Soal Harraz dengan polosnya.

"How about kau yang gantikan position aku? Aku lantik kau jadi Second CEO dalam syarikat aku?" Balasku teruja. Harraz memandangku seram.

"Ish tak mahu lah! Kau pun tahu aku mahu hidup berdikari." Bangkang Harraz dengan sedaya upaya. Aku tersenyum kecil melihat kesemangatan Harraz yang tinggi untuk menyara dirinya dan adiknya, Fina. Tapi bagi aku, inilah kesempatan atau peluang yang boleh diambilnya.

"Kalau macam tu aku tak jadi masuk band itu la." Ugutku lalu berpura-pura untuk meninggalkannya.

Hap

"Wait. Aku....aku terima tawaran kau." Aku mengembangkan senyuman mendengar persetujuan daripada Harraz.

"Asalkan kau jangan berpatah balik. Janji dengan aku, kau perlu berusaha untuk ubahkan gaya hidup kau demi aku dan Fina."

Aku mengangguk kecil. Kalau itu yang kau mahukan, aku sanggup. Mungkin ini masanya untuk aku membalas jasa mereka.

....

"So how? Semuanya okey kah?" Soal Sarah kerisauan. Aku dan Harraz menganggukkan kepala serentak sambil tersenyum lebar.

"But....." Jeda Afriz membuatkan aku dan yang lain memandangnya.

"What?" Soal Zeeyad.

"Bukankah pengurus kita baru berhenti?" Soal Afriz kepada yang lain. Tak silap aku, pengurus Day5 Band iaitu Reen baru sahaja berhenti. Mestilah aku tahu sebab aku CEO syarikat itu.

"Aduh, datang lagi satu masalah! Macam mana ni guys?" Soal Zeeyad kegeraman.

Oh I think someone boleh selesaikan masalah ini. Aku memandang Harraz a.k.a new Second CEO di A'Corp. Harraz membalas pandanganku dengan berkata 'What?'

Aku menunjuk-nunjuk Fina yang sedang tersenyum sendiri memandang.........Haikal? Eh minat ke minah ni?

'Fina?' Soal Harraz dan aku membalasnya dengan anggukan. Kemudian aku melihat dia menarik nafas panjang-panjang sebelum berucap kepada yang lain. Nervous la tu. Haha.

"Guys, I have an idea to solve this problem!" Ujar Harraz dengan berhemat. Semua orang memandang Harraz dengan penuh tanda tanya.

"What's your idea?" Soal Sarah pula dengan penuh penasaran.

"Err macam ni....err"

"Just talk Harraz." Potong Sarah sambil memutarkan matanya. Tak apa Sarah, aku pun menyampah. Ni baru depan mereka, belum depan klien or anyone.

"Sabarlah aku nak cakaplah ni. Err Fina akan jadi pengurus korang." Kata Harraz dengan satu nafas cukup membuatkan mereka terdiam. Fina yang baru sedar namanya dipanggil terus memandang Harraz dengan terkejut.

"What you say abang? Abang gila ke?" Soalnya dan dalam diam dia memandangku dengan tidak percaya. Aku membalasnya dengan mengangkat satu kening kepadanya. Dalam pada masa yang sama aku ikut memohon kepadanya agar dia bersetuju.

"Tapi kita kena inform ke CEO or P.A dia first." Cadang Haikal dengan aneh.

"I'm her new Second CEO. Lagipun CEO memang nak Fina yang jadi pengurus kalian." Balas Harraz dengan bijak. Ahli Day5 Band yang lain mengangguk kecil.

"Peliklah dengan CEO tu. Wajah dia pun aku tak pernah lihat. P.A dia ada la juga." Celetuk Zeeyad. Zeeyad sayang, akulah CEO tu. Berani kau berkata begitu ya? Haha.

"Whateverlah. So now we get new vocalist and manager right? So, the problems solved! Tinggal berlatih sahaja la." Ujar Sarah dengan gembira.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now