Bab 20 : Aelysh

9.1K 499 10
                                    

Prom Night Timland Highschool pt.1

Tunggu punya tunggu, akhirnya hari Timland Highschool mengadakan prom night sudah tiba. Memandangkan aku dan Day5 Band bergerak bersama jadi aku mengajak Sarah, Haikal dan Zeeyad untuk bermalam dan siap di rumah kami. Memandangkan Fina manager kami, jadi dia pun dijemput sekali untuk menghadiri majlis tersebut serta abang Harraz kerana dia kan mewakili CEO A's Corp.

Saat ini, Sarah dan Fina sedang menghias aku. Memang mengikut permintaan kami agar tidak menggunakan perkhidmatan juruhias kerana aku tahu Fina dan Sarah juga pandai dalam hal menghias. Mereka menyuruhku memakai dress hitam yang bagi aku amat lawa dan elegan! Manakala Fina memakai dress berwarna ungu dan Sarah berwarna merah jambu. Cantik sungguh mereka.

"Weiyh lama lagi ke?" Soalku kebosanan kerana dah dekat 30 minit Sarah menghiaskan rambutku. Naik ngantuk aku.

"Wait, nak siap dah......okey cun!" Akhirnya siap juga. Aku melihat gaya rambutku.

Not bad, simple but nice. Aku turut melihat hiasan rambut Sarah dan Fina. Lebih kurang sepertiku juga.

"Dah siap kan?" Soalku lalu mengerling jam di dinding.

Sudah pukul 9 malam. Majlis bermula pukul 9.30 dan dikira tamat pada jam 12.30. Fina dan Sarah bertiga menggalas beg tangan mereka kecuali aku. Maaf aku memang tak suka bawak beg. Barang yang aku bawa hanya telefon dan beg dompet. Selalunya beg dompet aku menyuruh Fina pegangkan. Kan dia ada bawa beg.

"Okey jom." Kami bertiga berjalan keluar dari bilikku lalu menuju ke tangga. Kami turun tangga sambil tersenyum kaki. Mungkin jarang sekali kami berpakaian seperti ini lepastu bermake up bagai.

"Aduh aku mesti hodoh kan?" Kataku merendah diri.

"No la. Aku yang make up kau, mesti lawa." Pujuk Fina.

Kami tergelak kecil.

"Hello.....girls." Sapa orang dari bawah iaitu abang Harraz. Di sana sudah ada semua para lelaki.

Aku memandang Afriz. Dia nampak kacak memakai kot hitam mahal. Dan pakaiannya nampak sedondon dengan aku. Tapi aku baru teringat yang aku masih tidak akur dengannya. Banyak masalah yang kami harus lalui. Tambah masalah kami sebagai artis yang melarang artis untuk bercinta antara satu sama lain.

Jujur aku katakan yang aku rindukannya. Selalunya kalau setiap malam sebelum tidur, mesti dia akan menyanyi ataupun bermain gitar untukku melalui telefon. Tapi malam tadi, aku hanya tidur tanpa suaranya lagi. Tapi, aku pun tak tahu la kenapa aku terlalu emo dengan Afriz. Mungkin aku perlu minta maaf terhadapnya nanti.

"Okey, let's go? Aku dah tak sabar ni?" Ajak Haikal.

Kami bertujuh menuju ke garaj kereta. Sudah membuat persetujuan, kami bergerak menggunakan dua kereta. Satu kereta Harraz yang menumpangkan Harraz, Fina, Haikal dan Zeeyad. Manakala kereta Haikal menumpangkan aku, Afriz serta Haikal sendiri.

Aku pun tahu macam mana aku boleh sangkut dengan Afriz ada sekali. Dalam kereta, Haikal yang membawanya manakala Afriz di sebelah. Aku berseorangan di seat belakang. Aku membuka youtube kerana bosan. Dah lama tak jadi Aelysh seperti dulu.

"Weiyh jom youtube? Aku dah on ni." Ajakku kepada Haikal dan Afriz. Walaupun kami gaduh, kami tak tunjukkan di hadapan orang lain.

"Jom! Nyanyi lagi......lagu For You yang Baekhyun, Chen dan Xiumin tu!"

Aku dan Afriz memandang Haikal tak percaya.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now