Bab 38 : Alisa Natasya

7.1K 367 10
                                    

"Adakah ini pengakhiran buat kita semua?"

Soalannya amat membuatku mengukirkan senyuman sehingga ke telinga. Ya sayang, aku yakin dengan semua ini.

...

"Beb, pergi kejutkan semua orang then kita breakfast okey?" Arah Fina di depan pintu sebaik sahaja aku baru bangun dari tidur yang nyenyak sekali.

Oh, inilah malam pertama yang aku merasai keamanannya yang sebenar bagaimana.

Aku mengangguk kecil sambil tersenyum. Tak lama selepas membasuh muka dan menggosok gigi, aku terus menuju ke bilik yang didiami keluargaku dan rakan-rakanku. Selepas kejadian semalam, semua  ahli Day5 Band termasuk Fina tidur di rumah daddy. Alasannya, ingin menenangkan diriku yang masih trauma. Hey, aku okey la!

Tok tok tok

Aku mengetuk satu demi satu pintu mereka. Haih, macam-macam ragamnya. Si Ariz sempat lagi dia membaling bantal busuknya kemukaku kerana mengganggunya tidur. Manakala, si Haikal dan Afriz pula terus mengunci pintu sebaik sahaja aku mengetuk pintu bilik. Mujurlah abang Harraz yang turut berada di dalam membuka kunci.

Sampai sahaja di pintu bilik Airis yang didiami ibu..... oh ya, ibu turut bermalam ni disini.

Tok tok tok

"Ibu?" Aku memanggil ibu dengan lembut.

Airis? Dia sudah pun ke sekolah kerana hari ini dia perlu menghadiri kelas tambahan untuk persediaannya ke tingkatan empat tidak lama lagi.

Tok tok tok

Aku kembali mengetuk pintu. Aik? Ibu tak ada di dalam kah? Aku mencuba membuka knop pintu.

Cleck

Lah? Tak kunci. Aku melihat-lihat keadaan di dalam. Tersusun rapi tanpa cela. Mana ibu?

Aku berlari dengan kelam-kabut menuju ke dapur untuk mencari ibu. Tiba-tiba, aku terdengar satu suara yang menghentikan larianku malah bersembunyi di suatu sudut yang tersembunyi untuk mendengar perbualan antara dua orang yang tidak asing itu.

Daddy dan ibu.

"Maafkan abang?" Pinta daddy lalu memegang tangan ibu.

Kelihatan ibu tersentak dengan perbuatan daddy itu lalu dengan cepat melepaskan tangannya dari genggaman daddy.

"Ma-maaf?" Soal ibu.

Daddy menggeleng kecil.

"Zurin....maafkan abang. Abang tahu abang banyak bersalah. Abang menyesal kerana mempercayai Hazel daripada Zurin. My first love." Luah daddy dengan riak wajah yang betul-betul insaf akan perbuatan lampaunya.

Kelihatan ibu yang mengukirkan senyuman tawar kepada daddy.

"Zurin dah lama maafkan abang. Zurin tahu, semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. And Zurin bersyukur sangat semuanya dah kembali pulih." Balas ibu dengan senyuman yang masih tidak lekang daripada wajahnya yang ayu dan manis itu.

Daddy memandang muka ibu.

"Do you miss me?" Soal Daddy dengan romantik.

Oh mai gat! Tak sedar dengan umur la daddy ni hahaha! Tak sangka sikap daddy seperti badboy zaman sekarang!

Ibu terkejut melihat daddy.

"A-apa abang maksudkan ni?" Soal ibu tergetar-getar.

"Marry me again? Kita mula semula? Please...."

Oh mama! Tak sangka daddy ingin melamar ibu secepat ini. Aku memandang kedua-duanya dengan berharap. Serius, aku harap mereka berdua kembali rujuk seperti dulu.

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now