Bab 8 : Aelysh

9.9K 669 0
                                    

Oh Mai Gat! Saat ini aku dan Day5 Band sedang di belakang pentas. Harini adalah hari penting iaitu pertemuan Day5 Band dengan peminat. Harini adalah bertujuan untuk mengumumkan kehadiran vokalist utama baharu dalam band tersebut. Aku harap mereka menyukai kehadiranku.

"Dipersilakan band yang sudah lama kita tunggui dari tadi! Day5 Band!" Ujar MC untuk memanggil Day5 Band. Aku melihat Day5 Band sudah pergi ke pentas kecuali aku. Fina kata aku akan naik ke pentas kemudian kerana ingin membuat kejutan kepada para peminat.

"Sebagai pengurus baharu mereka, saya ingin menyatakan bahawa sebenarnya harini kami ingin membuat pertemuan dengan para peminat adalah untuk mengumumkan vokalist utama kami yang baharu bagi menggantikan Naqiyah iaitu vokalist kami yang sebelumnya." Aku melihat para peminat ada yang terkejut mendengar pengumuman daripada Fina tadi.

Memang kami sengaja tidak memberitahu tujuan kami membuat pertemuan ini.

"Dan akan kami pastikan kalian semua akan menyukai vokalist baharu kami. Dipersilakan vokalist utama baharu kami." Panggil Afriz kepadaku. Dengan gementarnya aku menghampiri mereka sambil tersenyum kekok. Kemudian aku duduk di kerusi yang disediakan bersebelahan Afriz dan Fina. Sarah di hujung dan sebelahnya Zeeyad dan Haikal.

"Wow! Sungguh mengejutkan kami! By the way, si cantik ini boleh perkenalkan diri kepada DayLove semua?" Ujar MC dengan teruja. Si cantik? Aduh, malunya gue!

"Err hai. Saya....Aelysh." Selepas aku memperkenalkan diri sebagai 'Aelysh', mereka semua pakat memasang muka terkejut dan tidak percaya. Memang kami dah agak dari awal akan berlaku seperti ini.

"Aelysh? I think Aelysh ni nama familliar. Seperti artis youtuber tersembunyi yang sangat terkenal itu." Aku dan lain-lain tersenyum kecil dan mengangguk kecil.

"Hmm kalau macam itu, boleh Aelysh buktikan kepada kami? Lagipun kami memang ingin mendengar suara Aelysh." Kata MC itu lagi. Ish ni aku malu ni. Tapi memang Fina dah cakap awal-awal lagi bahawa nanti aku akan menyanyi berseorangan untuk meyakinkan DayLove bahawa aku Aelysh.

Akhirnya aku bersetuju dan bangun lalu mencapai mikrofon daripada MC. Kemudian terdengar alunan gitar daripada Afriz. Kali ini aku bercadang untuk menyanyikan lagu 'Set Fire To The Rain', versi akustik dan penyanyi asalnya ialah Adele.

Set Fire To The Rain

I let it fall, my heart
And as it fell you rose to claim it
It was dark and I was over
Until you kissed my lips and you saved me

My hands, they're strong
But my knees were far too weak
To stand in your arms
Without falling to your feet

But there's a side to you that I never knew, never knew
All the things you'd say, they were never true, never true
And the games you'd play, you would always win, always win

But I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Let it burn while I cry
'Cause I heard it screaming out your name, your name

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
Where I felt something die, 'cause I knew that
That was the last time, the last time

Sometimes I wake up by the door
As if that heart you caught is still waiting for you
Even now when it's already over
I can't help myself from looking for you

I set fire to the rain
Watched it pour as I touched your face
Let it burn while I cried
'Cause I heard it screaming out your name, your name

I set fire to the rain
And I threw us into the flames
Where I felt something die
'Cause I knew that that was the last time, the last time, oh

Oh, oh
Let it burn, oh
Let it burn
Let it burn

Kedengaran ramai peminat yang bertepuk tangan termasuk ahli-ahli Day5 Band. Nampaknya mereka sudah percaya bahawa akulah Aelysh.

"Wow! It's amazing! Suara awak sangat merdu seperti yang kami sering dengari di youtube." Puji MC dengan bersungguh-sungguh. Kemudian aku duduk semula sambil tersengih. Jujur aku katakan bahawa aku masih gementar apabila di hadapan khalayak para peminat.

"So sudah tiba waktunya untuk para DayLove tanyakan soalan kepada ahli-ahli Day5 Band. Jadi siapa yang ingin mulakan sila angkat tangan!" Selepas MC itu berkata begitu, dengan sepantas kilat ramai para peminat yang angkat tangan. Aku harap jangan tanya soalan yang aku atau yang lain tak boleh menjawab.

"Ok kita mulakan daripada......you! Bagitahu nama awak dan soalan kepada siapa yang ingin awak tujukan." Jelas MC tersebut ketika peminat yang dipilih itu sudah berada di atas pentas.

"Hai nama saya Zairi. Saya ingin bertanya kepada para ahli Day5 Band. Bila kalian hendak comeback?" Soalannya membuat kami tersenyum kecil. Aku melihat Afriz mengambil mikrofon dan ingin menjawab soalan itu.

"Kemungkinan kami akan membuat comeback dalam bulan ini atau bulan hadapan kerana masih banyak perkara yang perlu kami baiki lagi. Lagipun dikeranakan Aelysh masih baharu, jadi masih banyak yang dia perlu pelajari." Jelas Afriz dengan panjang lebar. Betullah tu apa yang dikatakannya. Sampai sekarang pun aku masih gementar berada di atas pentas ini.

Para peminat yang lain dan Zairi yang bertanyakan soalan tadi mengangguk kecil. Kemudian Zairi dan semua peminat yang dipilih untuk bertanya soalan juga diberi peluang untuk bersalaman dengan kami.

"Hai nama saya Aziz. Saya ingin tanyakan soalan kepada Aelysh. Dalam Day5 Band, hanya Haikal dan Afriz sahaja yang masih bersekolah. Kalau boleh saya tahu, berapakah umur Aelysh dan dimana Aelysh bersekolah jika masih bersekolah?" Soalnya. Hmm agak mencabar. Kali ini aku cuba untuk jujur.

"Hai Aziz. Umur saya 17 tahun dan masih bersekolah. Saya bersekolah di sekolah yang sama dengan Afriz dan Haikal." Balasku ringkas membuatkan Afriz, Haikal dan ahli yang lain termasuk Fina tersenyum bangga kepadaku kerana aku jujur. Lagipula, sampai bila aku hendak bertutup?

Tapi....

Sampailah kepada seorang peminat yang bertanyakan soalan yang mencabar kepadaku.

"Hello my name is Aira. I nak tanya soalan kepada Aelysh. Kenapa ketika you menjadi artis youtube sebelum ini, you dalam keadaan bertutup? I mean tiada siapa yang tahu siapa you pada masa itu." Soalnya.

Pada ketika itu, tanganku sudah bergetar-getar memegang mikrofon. Apa perlu aku jawab? Takkan aku nak kata hal sebenar? Aku melihat para ahli yang lain. Mereka semua tersenyum bagaikan memberikan kata semangat kepadaku. Pada masa itu juga, aku teringat kata-kata Zeeyad haritu yang mengatakan aku perlu yakin kepada diri sendiri.

"Apa kata kalian buktikan kepada semua orang bahawa kalian juga boleh? Aku tahu kalian boleh sebenarnya. Takut? Kalau kalian terapkan perasaan itu, pastinya kalian selama-lamanya akan hidup dalam kegelapan. Korang kena yakin tentang kehidupan. Memang kita perlu hormat kepada ahli keluarga, tapi kita juga punya hak untuk bersuara. Jangan risau, korang lakukan secara slow and steady kerana kami sentiasa ada untuk membantu kalian bukan?"

Tiba-tiba aku melihat Haikal sudah berdiri disebelahku sambil tersenyum kecil. Aku tahu. Dia senasib denganku. Dan dikerana itu, dia menjadi rapat denganku.

...

Thanks sudi baca =)

Vote & Comment ✔✔✔

Aelysh's Secret ✔Where stories live. Discover now