1

14.7K 219 15
                                    

Aku seorang pelajar yang masih dahagakan ilmu. Apa yang ada dalam fikiranku adalah belajar dan matlamatku adalah untuk menamatkan pengajian dengan jayanya dan jika ada rezeki aku ingin menyambung ke peringkat seterusnya. Warda Aisyah nama yang unik, seunik orangnya. Warda dilahirkan bukan dalam keluarga kaya raya, harta yang ada cukup menampung mereka adik beradik. Bercerita pasal adik beradik, Warda merupakan anak bongsu daripada Empat adik beradik. Mak dan abahnya hanya kerja kampung biasa.

"Mak, adik dapat tawaran ke matrikulasi." tutur Warda di corong telefon. Apa yang dirasakan sekarang adalah sangat bahagia. Bila tamat sahaja tingkatan lima, tawaran ini adalah yang ditunggu-tunggukan.

"Alhamdulillah, dapat kat mana?" Soal mak turut menumpang bahagia atas kejayaan anaknya.

"Errr Matrikulasi kelantan." Jawab Warda bersahaja.

"Apesal dekat sangat dik?" Mak ketawa mengekek. Mana taknya, tinggal di kelantan, bersekolah di kelantan kini bakal menyambung pengajian di kelantan pula.

"Entah la mak, dulu masa isi borang online. Adik tak mintak pun dekat kelantan. Adik rasa jodoh adik dengan kelantan memang tak lepas kot." Warda sendiri hairan. Dia mempunyai sejenis penyakit iaitu penyakit yang tidak mahu menyambung pengajian di negeri tumpah darahnya. Katanya bosan duduk di negeri sendiri, rasa macam katak di bawah tempurung. Ha kau tengok la nanti!

"Habistu bila adik nak balik?" Soal mak lagi.

Habis sahaja SPM Warda mengikut kakaknya ke kuala lumpur, bekerja di sana. Apalah sangat kerja makan gaji dengan kakak sendiri. Kerja apa nak tahu? Kerja mengasuh anaknya. Haishh memang tak lepas dengan jadi pengasuh. Elok jugak, nanti dah ada pengalaman jaga baby. Lagipun sebenarnya abah tak benarkan anak2nya bekerja, katanya tak mahu nanti bila dah dapat duit, anaknya jadi liat untuk belajar. Betul jugak apa yang abah buat.

"Entah la mak, adik daftar sebulan dari sekarang. Nanti adik bincang dengan kakak ye."

"Emm okay la dik, nanti ape2 bagitahu. Kalau boleh, balik la awal. Boleh uruskan apa yang patut." Pesan mak sebelum meletakkan telefon

Warda tersenyum lega lepas dapat berborak panjang dengan maknya. Rindu akan maknya memang tak terkata. Satu tabiat buruk yang ada dalam diri Bunga adalah, dia suka berimaginasi. Tapi dulu warden asrama pesan bagus kalau kita berimaginasi, nanti kita akan usaha untuk capai apa yang kita imaginasikan. Ada betul jugak! Masih bunga teringat akan kenangna lama.

"Lyn, kau nanti besar nak jadi apa?" sudah menjadi kebiasaan setiap kali sebelum tidur, Warda akan berborak panjang dengan rakan sekepalanya. Walaupun dia duduk dalam kelas berbeza namun tidak dapat dinafikan keakraban mereka sebabkan kepala gila-gila mereka.

"Aku nak jadi doktor lepastu aku nak buka klinik sendiri." ujar lyn.

"Eh sama la, aku pun macam kau jugak." Balas Warda teruja.

"Kalau macam tu kita jadi partner la."

"Yuhuuu! Nanti kalau kita kaya, aku nak buat rumah banglo besar lepastu nak letak bodyguard+bibik. Pastu dekat laman depan nak letak court badminton." Ujar Warda teruja.

"Aku pun sama, tapi aku nak buat court tennis. Lepastu nanti kawan2 dorm kita ni semua jadi bibik aku. Tiga orang kena jaga peti emas aku pastu yang selebihnya jaga bilik simpanan baju, masakkan untuk aku...bla bla bla." Tutur Lyn tak mahu kalah.

"Alah, nanti kat depan rumah aku nak letak guard yang tegas pastu buat kawalan ketat2. Nanti kalau orang nak datang rumah, seminggu sebelum tu kena buat temujanji termasuk kau! Hahahaha." Warda mula ketawa terbahak-bahak.

"Siap kau! Kat pagar rumah nanti aku nak bela ular! Biar kau tak boleh datang melawat rumah aku!"

"Blerkkkk. Tak takut pun." Warda membalas persis seorang pahlawan padahal dengar saja nama ular sudah naik bulu romanya. Penakut!!!

CINTA ini hanya untukMUحيث تعيش القصص. اكتشف الآن